Selasa, 7 Februari 2012

PANASS!! Tun Dr Mahathir Kafir??

Assalamualaikum...
Dulu tuduh Tun ni ikut budaya kafir..
Apa masalahnya menyambut hari kelahiran? Anak-anak sendiri pun kekadang kita terlupa nak meraikannya. Bukannya selalu dan ianya juga bukanlah satu adat. Memanglah sepatutnya kita nak sambut ulangtahun kelahiran ni tidaklah perlu besar-besar. Cukup memadai dengan kemampuan kita sebenarnya. Jika kita mampu beli kek sahaja, itu pun sudah cukup. Begitu juga dengan sebaliknya.

Berkenaan sambutan Maulidur Rasul, jika kita mampu berarak keliling kampung. Buat je lah. Jika kita mampu buat kenduri dan mengucap selawat ke atas Baginda Rasullulah di dalam masjid, lakukan je lah. Mengapa hendak mempertikai pulak tentangnya? Bukannya sesuatu pembaziran. 

Persoalan yang timbul adalah kerana Nik Aziz telah mengeluarkan satu teguran umum kepada masyarakat yang mempertikaikan Sambutan Maulidur Rasul selama ini.

"...Istiadat menyambut Maulud baru timbul lepas pada 300 tahun atau 400 tahun lepas Nabi kita wafat, zaman Nabi tidak ada Maulud, zaman sahabat tidak ada maulud, zaman Tabiin tidak ada Maulud, kita buat Maulid ni pertamanya kerana kita nak bertanding dengan orang kristian…"

Dan kafir itu sudah berbalik kepadanya
Alasan beliau sebenarnya tidak kukuh bilamana sambutan ulangtahun orang lain dianggap bidaah la, mengikut cara orang kafir la. Tetapi apa perasaan beliau semasa disambut oleh kaum kerabat beliau semasa hari kelahirannya? Gembira, kan?

Itu menampakkan sikap munafik yang jelas dalam diri Nik Aziz bilamana sambutan ulangtahun orang lain, difatwakan sebagai ikutan orang kafir. Sedangkan bila ulangtahun beliau disambut, tersenyum lebar sahaja.

P/S: Nak dengar pulak apa lagi spin juak-juak pembangkang berkenaan isu ini. Rasanya sudah cukup buktinya kot?



McTheory:
ambil dari blog Melayu Kedah Terakhir

5 ulasan:

zulkifli mohamad berkata...

Kupasan Nik Aziz akhir-akhir ni tak berapa nak menjadi. Entah kenapa.

Tanpa Nama berkata...

Zaman nabi dulu pun tak ada kereta mercedes, bukan sunnah, so N.Ajis & cacai dipersila ulang alik pejabat, pi umrah, pi masjid boleh naik unta sebab naik kenderaan moden adalah bida'ah.

ADE PAHANGG??? ULAMAK BODDO..

Tanpa Nama berkata...

... dan buatkan surau dan masjid dari pokok dan batang kurma la- zaman nabi pun tak ada pembesar suara, tak ada aircon dan lain2- jadi pork niky ikut ja la tu

Tanpa Nama berkata...

napa pokNik xkata naik kereta kerajaan xharam, kan duit kerajaan tu ,duit beli kek tu duit derma surau ku,halal3

Wan Solehah al-Halbani berkata...

Salam,

1. Nik Aziz pada hari ini telah muncul sebagai pemimpin Islam yang nombor satu di Malaysia.

2. Kesemua orang, tak kira kawan ataupun lawan, memberi tumpuan kpd sebarang sikap dan kenyataan yang dibuat oleh beliau.

3. Tanpa Nik Aziz, PR sudah lama berkecai.

4. Tanpa PR seperti sekarang ini, BN tetap boleh memerintah lagi.

5. Pada masa sekarang ini orang-orang Cina dan India telah berhijrah kpd PR, manakala 20% dpd orang-orang Melayu pun sudah mengalami perubahan.

6. Di kawasan-kawasan pilihanraya Melayu yg agak conservative di Pahang yg secara tradisinya kuat menyokong UMNO, pada hari ini sudah berubah.

7. Majoriti dpd Melayu di kawasan-kawasan yg kuat UMNO di Pahang kini mengatakan bahawa PR akan menang pada pru ke 13 ini.

8. Sudah ramai orang-orang UMNO yg mula menyokong Nik Aziz dan mereka hanya bergantung harap kpd Nik Aziz untuk membela nasib Melayu dalam kerajaan PR nanti.

9. Anwar adalah liabiliti kpd PR, begitu juga Rosmah kpd BN.

10. Melayu sudah tidak keberatan untuk mengundi DAP dan Cina pula sudah tidak keberatan untuk mengundi PAS - ini adalah perubahan sikap dan mentaliti rakyat kita.

11. Saya adalah musuh PR dan BN dan tidak akan mengundi dan pandangan saya ini adalah objektif dan adil.