Sebenarnya Mc dapat ni dari risalah yang disebarkan semasa ceramah UMNO. Mc masukkan dalam blog untuk bacaan pembaca, mungkin ada diantara kita yang belum pernah baca. Boleh tahan jugak la lawaknya.
kita masuk sketsa kedua..
Once Upon a time in Kedah..
Peristiwa kononnya ada la dua pembesar dok merancang satu projek besar.
Pembesar 1: Apa kata kita tebang balak-balak ni, kita bersihkan kawasan, lepas tu kita cadang buat kolam ikan keli.
Pembesar 2: Good Idea!
Pembesar 1: Dalam masa seminggu saja kita dapat untung, beratus-ratus ribu ringgit.
Pembesar 2: Ehh.. takkan ikan keli dapat hasil secepat itu?
Pembesar 1: Bukan hasil Keli, tapi hasil jual balak!!
P/s: Nak projek balak ke, nak projek keli? he he he..
Ada satu lagi Sketsa Penceramah dari Pas Kedah.. janji-janji manis pilihanraya.
Penceramah: Kami akan berikan bantuan pisau toreh kepada penoreh, baja kepada pekebun, bot kepada nelayan. Pendek kata semua penduduk di kawasan ini akan mendapat nikmatnya.
Hadirin: Tapi disini mana ada nelayan, laut pun tak ada!
Penceramah: Tak apa jangan bimbang, kami akan buat laut di sini!
Teng Teng Teng... kah kah kah..
McTheory:
Sumber ni dari risalah.. untuk gelikan hati kita.. hehe..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan