Sponsor

Memaparkan catatan dengan label pas kedah pembohong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pas kedah pembohong. Papar semua catatan

Khamis, 14 Februari 2013

PANASS!! Pejabat Pas Kupang Masih Berhutang Dengan Kontraktor Ukur Tanah Ladang Rakyat? #TukarKedah



Semalam Mc ada dapat email mengenai kedudukan sebenar tanah di Ladang Rakyat Baling. Patutlah selama ini Pas Baling tidak dapat menunaikan janji mereka untuk berikan geran tanah pada penduduk kampung. Rupanya ada masalah besar yang sedang dihadapi.

Mc tak pasti bagaimana kerjasama diantara Pas Kedah dan Pas Baling menghadapi masalah ini. Namun Pas Kupang, Baling telah mengutip bayaran ukur tanah dari penduduk dan sesetengah penduduk terpedaya dengan janji untuk dapatkan geran. Cerita tersebut boleh baca kat SINI.

Rupanya disebalik semua itu ada satu cerita lain, 8000 ekar tanah tersebut dalam proses untuk disukat, RM300 ribu kos ukur tanah, RM150 ribu dah dibayar oleh pejabat Cikgu Joe dan RM150 ribu lagi masih terhutang dengan kontraktor ukur.

Malah email tu memberitahu Mc, status tanah di kawasan Ladang Rakyat pun belum ditukar, sebab itu mereka masih belum pohon EIA dari Jabatan Alam Sekitar. Disebabkan itu juga, tanah tersebut belum boleh diberikan kepada penduduk kampung.

Berita yang Mc terima ini sangat mengejutkan. Apakah boleh Pejabat Pas Kupang beri sedikit pencerahan mengenai perkara ini? Jika benda ini tidak betul, sila nafikan dan beri kami status sebenar Ladang Rakyat sekarang.


McTheory:
Rakyat berhak mengetahui, sila jawab soalan kami!

Rabu, 2 Januari 2013

PANASS!! Penduduk Dun Sungai Limau TOLAK Azizan Razak MB kedah!! #TukarKedah


Kita bersambung lagi cerita mengenai penduduk Dun Sungai Limau yang mahu  menolak Adun merangkap Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak. Sambungan dari cerita Mc pada tahun lepas, nak baca boleh klik kat SINI.

Ini cerita tentang Menteri Besar Pertama Pas Kedah, tingkah lakunya yang jelik dan insyallah beliau dan exco beliau akan menjadi Menteri Besar terakhir wakil dari puak Pakatan haram.

Dengan gaya persembahan yang kurang menyakinkan, hambar dan banyak penipuan, Mc percaya takdak seorang pun, orang yang waras mahu Pas Kedah terus mentadbir negeri Kedah.

Semenjak pentadbiran Pas di Kedah, tak ada sesuatu perkara pun yang boleh dibanggakan oleh rakyat Kedah. Apa yang kita dengar, hanyalah salahlaku, salahgunakuasa, tebang balak berlebihan, projek gagal dan juga percemaran alam sekitar yang kritikal.

Begitu juga hal yang berlaku di Dun Sungai Limau. Sebelum Azizan menjadi Menteri Besar Kedah, Azizan menabur janji bagai nak rak dengan gaya ayat, 'kalau Pas memerintah Kedah'. Setiap ceramah, pelbagai janji ditaburkan, kononnya nak menegakkan syiar Islam, nak pejuangkan agama, nak hapuskan maksiat dan bla bla bla lagi janji yang ditaburkan.

Namun selepas Pas memerintah Kedah, janji entah ke mana, cerita lama yang dijanji hilang terus dibuai angin lalu. Menurut cerita dari penduduk Dun Sungai Limau, selepas Azizan jadi MB, nak tengok muka kat Kampung pun dah susah.

Kalau dulu sebelum mengundi, selalu nampak muka. Namun selepas jadi MB, walaupun balik kampung, Azizan agak menjauhkan diri dari orang kampung. Perangai sombong Azizan menjadi buah mulut orang kampung.

Akibat tekanan dengan perangai Azizan yang tak pernah langsung nak membantu orang kampungnya sendiri. Menyebabkan bekas orang kanannya sendiri sudah bosan dengan perangai sombongnya tu. Lalu beralih arah memberi sokongan kepada saingan ketat Azizan iaitu Phahrolrazi.

Punca dari kelemahan Azizan sendirilah menyebabkan Phahrolrazi bergerak 'membiayai' gerakan jatuhkan Azizan di Sungai Limau. Bak kata orang, kalau nak racun pokok tu, biar hingga ke akarnya, biar mati terus. Itulah yang terjadi sekarang.

Mc bukan cakap kosong, kalau tak percaya boleh tanya hal ini kepada penduduk kat sana. Sampai masa Mc akan dedahkan siapa individu yang menjadi ketua pengerak kat sana. Sabar yaa..

Sampai sini sahaja cerita Mc kali ni, nanti Mc sambung lagi cerita pasal Dun Sungai Limau ni. he he.. penentuan hidup dan mati Ustaz Azizan dalam politik Kedah.


McTheory:
Buat suspen sikit.. baru bestt

Sabtu, 29 Disember 2012

PANASS!! Dr Asri Kecam Pas Kedah Arak Bertimbun di Langkawi!! #TukarKedah



Dr Asri terkejut bila melihat Langkawi, walaupun dah tukar kerajaan, namun arak masih dijual bertimbun-timbun. Apakah Dr Asri harapkan perubahan?

Mc nak habaq la kat Dr Asri dan rakyat Malaysia yang lain, takdak sebarang perubahan pun yang Pas lakukan kat Langkawi. Dari segi zahiriah atau rohaniah semuanya takdak, yang ada hanyalah perubahan nama, 'Langkawi Permata Kedah' itu saja la yang ditukar.

Dr Asri nak harap apa kat Pas Kedah ni? Kerajaan Kedah menjadi lebih ISLAMIK berbanding UMNO/BN dahulu? Harap maaf la.. takdak apa yang Pas Kedah buat untuk kemajuan Islam di Kedah. Yang ada hanya kelab malam yang tumbuh bagai cendawan lepas dari hujan.

Mungkin Dr Asri hanya fokus Langkawi, itu baru Langkawi, belum lagi yang lain. Takdak perubahan kearah kebaikan langsung, kearah kemungkaran banyak la.

Paling berubah ialah balak di Kedah semakin kurang, dan sumber air dah tercemar. Itu paling nyata!!

Bab Islam, ceramah politik lebih banyak dari ceramah agama.

Jadi memang tak berguna la.

McTheory:
Allah dah tunjuk sebenarnya Pas lebih teruk dari UMNO, ini hakikatnya!!

Isnin, 26 November 2012

PANASS!! Azizan Razak, Tipu Rakyat Kedah, Hidup-Hidup!! #TukarKedah

MB ni tau ka taktau!!

Kah kah kah.. rakyat Kedah kena tipu lagi dengan MB Kedah ni. Jangan fikir, dia buat muka bodoh dan berlakon alim, dia tak pandai menipu. Entah-entah, dia penipu paling besar kot.

Detail dari blog Mummy Rokiah, ni membuktikan bahawa, Pas takdak kerja lain, selain membohong saja!!

Di dalam pembentangan Bajet 2013 pada 20 November 2012 MB Kedah Ustaz Azizan Abdul Razak menyatakan hasil Kerajaan Negeri akan meningkat sebanyak RM40 juta melalui hasil perolehan caj air kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Kerajaan Kedah menjangkakan kutipan hasil negeri pada 2013 akan meningkat dari RM550 juta pada 2012 kepada RM640 juta. Peningkatan sebanyak RM105.6 juta ini bakal diperolehi dari hasil premium tanah di Langkawi, Alor Setar dan Bandar Baharu serta bayaran jualan air mentah kepada Syarikat Air Kedah Darul Aman (Sada) dan Kerajaan Pulau Pinang.

Dalam perkara yang sama Lim Guan Eng pada 24/11/2012 terkejut beruk bagaimana Kerajaan Kedah boleh mengeluarkan angka ini sedangkan tiada sebarang persetujuan dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang malah jauh sekali memasukan peruntukan tersebut di dalam Bajet 2013 mereka.

Lim Guan Eng yang juga selaku Pengerusi Penang Water Authority Holding Bhd telah melenting (corky cocky & arrogant) dan cukup bertegas di dalam hal ini. Katanya di dalam sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris “I’ve never met any Kedah official to discuss such a deal and there is no way we will ever agree to pay for water which flows into the state. If there is any confusion, it is on Kedah’s side.”

Tegas Guan Eng lagi “..as a matter of procedure there must be a (proper) document before you can table any anticipated revenue in the budget. You cannot just make up a number”.

Mengikut tafsiran, konsep bajet ialah - ‘satu pernyataan hasil dan perbelanjaan bagi sesuatu tahun (hadapan) yang digunakan sebagai alat perancangan dan pengurusan sumber-sumber ekonomi negara untuk memenuhi keperluan rakyat dan negara’.

Melihat percangahan, konflik dan keserabutan kenyataan kedua-dua Kerajaan di atas ini jelas membuktikan Bajet 2013 Kerajaan Kedah yang dibentangkan baru-baru ini ternyata ia merupakan satu belanjawan yang tidak ada intergritinya dan tidak berlandaskan fakta malah jauh untuk diterima pakai sebagai dasar, matlamat dan strategi Kerajaan yang akan dilaksanakan di dalam tahun budget, 2013.

Bagaimanakah satu angka hasil perolehan dimasukkan dari sumber kewangan yang tidak jelas dan tepat atau figure that pluck from the sky. Malah yang lebih mengeciwakan ialah bajet ini jika diterima ia merupakan satu pedustaan yang amat besar kepada rakyat negeri Kedah.

Walaubagaimanapun Kerajaan Negeri Kedah masih lagi ada masa untuk mendesak Kerajaan Pulau Pinang supaya membayar hasil air ini dan jika gagal mereka gagal tindakan menyekat air harus dilakukan. Jika masih gagal pimpinan PAS menanggung dosa kerana menipu rakyat.

McTheory:
Bajet Kedah, syok sendiri saja!!

Ahad, 25 November 2012

PANASS!! Azizan Menipu Lagi? Kes Air Kedah ke Pulau Pinang!! #TukarKedah


Sebelum ini dalam pembentangan bajet 2013 Kedah, MB Kedah berkata bahawa Kerajaan negeri akan mengutip hasil dalam angaran 40juta dari Kerajaan Dap Pulau Pinang kerana mengunakan sumber air mentah yang di ambil dari Sungai Muda..

Dalam sesi perbahasan dalam sidang dun yang lalu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Diraja Mahdzir Khalid bangun mencela bertanyakan soalan kepada pihak kerajaan adakah kerajaan Dap Pulau Pinang akan membayar sumber bekalan air mentah itu sedangkan guan eng sendiri tidak setuju untuk membayar..

YB Anak Bukit dengan bersungguh sungguh mengakui bahawa kerajaan Dap Pulau Pinang akan membayar melalui perbincangan yang akan diadakan antara exco kerajaan negeri Kedah dengan Guan Eng..

Namun pekara ini menjadi semakin rumit apabila Guan Eng sekali lagi menafikan bahawa kerajaan Pulau Pinang akan membayar pembelian air mentah dari Kedah..

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menafikan pernah bersetuju untuk membuat pembayaran bagi pembelian air mentah dari Kedah.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, beliau telah menghubungi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi mendapatkan penjelasan mengenai Bajet 2013 yang menyatakan akan mendapat anggaran pendapatan kira-kira RM40 juta dari pembelian air.

Guan Eng berkata, tidak ada mana-mana pegawai atau Exco Kedah yang berjumpanya bagi membincangkan isu pembayaran air dan tiada sebarang dokumen hitam putih yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri berhubung perkara itu.

“Tidak dinafikan ada seorang pegawai dari Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (Sada) bertemu Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Jaseni Maidinsa dan Ahli Lembaga Pengarah PBAPP, Mohamad Sabu namun tiada sebarang keputusan dibuat.

“Jadi saya tidak faham bagaimana Kedah boleh cakap mereka akan mendapat pendapatan RM40 juta sedangkan tiada sebarang surat mahupun pegawai PBAPP yang bersetuju untuk membayar,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Guan Eng berkata, jika Kerajaan Negeri bersetuju membayar pembelian air kepada Kedah, sudah pasti ia dimasukkan ke dalam Bajet 2013 Pulau Pinang yang diluluskan baru-baru ini.

Menurutnya, perkara ini timbul mungkin berpunca dari masalah dan kekeliruan di peringkat Kerajaan Kedah.

“Beliau (Azizan) pun bersetuju bahawa tiada langsung surat yang mengatakan Kerajaan Pulau Pinang bersetuju membuat bayaran.

“Mereka membuat anggaran yang langsung tak wujud,” katanya.

Sebelum ini pada pembentangan Bajet 2013 Kedah, Azizan berkata pendapatan Kerajaan Negeri itu akan meningkat pada tahun depan apabila Pulau Pinang mula membayar caj bekalan air mentah yang mengalir dari sungai negeri itu.

Macam mana pekara yang tidak dipersetujui ini dimaksudkan dalam pembentangan bajet negeri Kedah ?? Nilainya bukan sedikit tetapi dianggarkan hampir RM 40juta..

Kalau melihat dari aspek perancangan, Pas Kedah memang GAGAL sama sekali..Sebab itu Pas lebih seronok berceramah menjaja kononnya kerajaan yang ditadbir mereka dapat membawa pelbagai manfaat kepada rakyat, tetapi pada hakikatnya semua itu hanyalah pembohongan semata mata..

Dalam laporan audit pun menyentuh banyak pekara mengenai kegagalan kerajaan Pas Kedah..Tetapi disebabkan tak mahu mengaku salah maka, mereka menghasut rakyat supaya tidak mempercayai laporan audit..Rakyat dinasihatkan untuk membaca portal portal pembangkang dan ceramah saja.

 Medan Tempur Kedah

Jumaat, 23 November 2012

EKSKLUSIF!! Gambar Kemusnahan Hutan Tasik Pedu Dari Udara Akibat Kebodohan Pas Kedah!! #TukarKedah

Pembalakan berhampiran Tasik Pedu yang menjadi punca air orang Kedah semakin parah! Apabila Pas Kedah tanpa bertimbang rasa dan tamak terus menerus menerjah kekawasan berkenaan dengan gelojoh dan kejamnya.

Disebabkan itu, Mc dan Team Media Kedah membawakan gambar eksklusif dari Udara untuk tatapan rakyat Kedah hatta Malaysia amnya!

Cuba lihat jarak empagan pedu dengan kawasan pembalakan, hanya beberapa meter sahaja

kawasan balak dengan empangan hanya dipisahkan dengan jalan raya.

licin woo

cuba bayangkan bila hujan lebat, tentunya air lumpur akan mengalir masuk kedalam empangan.


kawasan hutan simpan bernilai tinggi musnah sama sekali

teruk betui..

adehh..

masih berjalan..


Bila kita tanya MB awat buat macam ni, nak tau orang tua tu kata apa? Dia kata penebangan balak membabitkan kawasan seluas 400 hektar di hutan simpan Tasik Pedu, Padang Terap adalah bagi membangunkan taman agropelancongan pertama negara.

Katanya projek itu akan tetap diteruskan sekalipun Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menolak laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

Ini kerana katanya JAS memperuntukkan EIA bagi kawasan yang berada pada paras 240 meter dari aras laut, manakala Jabatan Perhutanan pula mensyaratkan hanya kawasan pada ketinggian 750 meter yang perlukan EIA.

"Nak ikut yang mana...tanah telah ditolak. Peruntukan RM20 juta untuk projek ini akan dimasukkan dalam Belanjawan 2013," katanya kepada media.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar yang melaporkan mengenai kerja penebangan balak secara berleluasa di kawasan hutan simpan Tasik Pedu dan hutan Bukit Bintang, Gunung Inas, Baling.

Antara lain, laporan itu memetik Timbalan Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai berkata kerajaan Kedah pimpinan PAS tidak mematuhi arahan JAS agar kerja membersih hutan di kawasan Tasik Pedu dihentikan selepas menolak laporan EIA.

Mengulas lanjut, Azizan turut mempertikai gambar yang disiar akhbar berkenaan yang didakwanya memaparkan kawasan pembalakan di kawasan Gunung Inas dan bukan Tasik Pedu.

Mengulas mengenai taman agropelancoangan itu, Azizan berkata pelbagai pokok buahan termasuk anggur dan kurma akan ditanam di taman itu bagi menarik pelancong.

"Setakat ini lebih 1,000 pokok mempelam telah ditanam. Projek ini menawarkan banyak peluang pekerjaan dan diyakini berjaya dengan adanya lebuhraya TEKIH (Trans Eastern Interland Highway) yang menghubungkan tiga daerah Padang Terap-Sik-Baling," katanya.

Itu kata MB Kedah yang tak tau apa-apa pun. Semalam Mc dan TMK ada menemubual Bekas MB Kedah yang juga Adun Pedu, Mahdzir Khalid, beliau juga terkilan dengan Kerajaan Negeri Kedah, dan menganggap cadangan untuk membuat agropelancongan itu hanyalah sebagai alasan untuk 'menyapu' bersih balak dikawasan berkenaan.


Mc pun sokong apa yang Tok Det katakan tu. Memang puak Pas ni nak sapu balak buat duit saja. Agropelancongan tu hanya alasan untuk puak tu menghalalkan cara tebas balak!

Nampak gaya, Pas Kedah dan balak tak dapat dipisahkan. Semakin hari, semakin teruk. Kalau la Pas Kedah terus menjadi kerajaan negeri, rasanya kemusnahan alam sekitar di negeri Kedah ni akan berterusan.

Habis semua depa nak jual, kalau dah habis hasil bumi depa jual. Jangan terkejut, kalau depa start jual orang pulak. heh..

Pas Kedah oii.. Pas Kedah, teruknya hangpa ni!

McTheory:
Malukan Umat Islam lain saja oi..

Selasa, 13 November 2012

PANASS!! Lagi Perumahan Kos Rendah Jadi Gula-Gula PRU Pas Kedah! #TukarKedah


Nampak tanah kosong kat bawah ni? Sebenarnya ini tapak projek perumahan yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri Kedah pada tahun 2010. Namun sehingga kini, selepas tapaknya ditambak, projek ini dibiarkan begitu saja, selama dua tahun. Terbiar sepi!


Namun selepas projek perumahan ini sangkut dan tidak berjalan. Hanya ada pecah tanah, perasmian dan tambak tanah merah. Projek ini terus dijadikan padang jarak, padang terkukur. Lagi gambar dibawah,


Apa yang Pas Kedah janjikan sebenarnya? Cuba tengok risalah manifesto Pas yang mereka janjikan dulu.


Biasalah.. janji bulan bintang memang pandai, main sembur, tak payah pakai modai, memang la senang nak berjanji. Bila tiba masa nak kena buat. Satu benda pun depa tak boleh buat.

Sekarang ni, PRU dah  makin hampir. Mc dengar ada lagi pecah tanah Kerajaan Negeri Kedah buat untuk perumahan kos rendah. Kali ni kat mana pula tanah depa nak kelentong.

Rakyat Kedah tolongla jangan percaya dengan Kerajaan Negeri Kedah ni, depa janji nak buat, belum tentu depa boleh buat. Kalau janji yang lepas pun masih tak terlaksana, inikan pulak janji baru. Kiranya sapa yang percaya tu memang lembu tahap dewa la.

Tak serik ka rakyat Kedah dok kena muhung berulang kali? Cukuplahh.. jangan dok perbodohkan diri sangat.

Mc nak sambung pada satu rakan blog Kedah juga, beliau mengulas mengenai perkara ini dengan bagus sekali. Nak baca meh klik kat SINI


McTheory:
Gula-gula PRU, rakyat Kedah kena faham..

Isnin, 5 November 2012

PANASS!! Pas Kedah Pelingkup Kedah Agro, Dari O.K Sampai K.O!! #TukarKedah

Melingkup bersama Pas!

Projek pertanian, Kedah Agro pada zaman BN nak kata berjaya sangat tu, taklah. Tapi menyumbang juga dalam 40 juta sejak ia ditubuhkan. Ternyata perancangan MB Kedah masa tu tepat dan membuahkan hasil.

Kedah Agro melaburkan hasilnya dengan kolam ikan dan juga perternakan lembu. Bukan lembu ghaib Pas Kedah, tetapi lembu daging untuk dijual. Hasil perternakan tersebut dijual kepada syarikat dari Taiwan yang dikendalikan oleh Mr Lai.

Kira dahsyat juga la keuntungan yang dicapai oleh Kedah Agro, boleh sampai Rm40 juta!

Usahasama dengan syarikat dari Taiwan tersebut berterusan, hinggalah Kerajaan BN Kedah kalah pada PRU ke 12, pada tahun 2008.

Kerajaan bertukar tangan!

Pas Kedah ambil alih tampuk pemerintahan negeri Kedah, pelbagai perubahan yang mereka buat. Mc taknak sentuh pasal hal lain, tapi Mc nak cerita apa Pas Kedah buat pada Kedah Agro!

Kedah Agro yang dulu ada kerjasama dengan syarikat dari Taiwan, telah diubah oleh Pas Kedah. Syarikat Taiwan terbabit dihalau balik, atas alasan Mr Lai tu, kroni BN! he he.. orang Taiwan kroni BN? Akai bijak sungguh!

Kemudian, Azizan Razak bersama sekutu-kutunya mengubah pelbagai perubahan untuk Kedah Agro. Diantara projek yang Pas Kedah cadangkan nak buat ialah, Projek Nenas untuk jadikan Kedah umpama Belanda, projek Keli-K, Projek Lembu Ghaib, Projek rambutan dalam tin dan projek pusat pengumpulan barang pertanian.

Bila kita tengok perancangan puak Pas Kedah ni, memang nampak hebat! Kiranya atas kertas memang terbaik laa..

Tapi, dalam semua projek Kedah Agro yang Mc listkan kat atas tu, satu pun tak berjaya! Semuanya lingkup!

Projek Nenas, sampai sekarang habuk pun takdak! cakap saja berapi! Projek Keli-K, tempat ada, kolam ada, ikan ada, marketing takdak. Pelbagai usaha depa buat nak jual ikan keli tu, tapi tak terjual, akhirnya ikan mati, rugi lagi banyak!

Kemudian projek rambutan dalam tin, rambutan ada, atas pokok, tin ada, tapi dok kata nak buat, haram apa pun tak jalan. Sama juga dengan pusat pengumpuan barang pertanian. Buat mahal-mahal, tapi dok jadi gajah putih. Tak berguna langsung!



Kalau zaman BN dulu, mampuih dah puak ni dok maki BN, kata perabih duit rakyat. Bila kena kat batang hidung depa, boleh pula buat diam, buat bodoh. Memang dasar tak boleh pakai seduit pun puak ni.

Kedah Agro ni lingkup bila kerajaan Pas Kedah memerintah. Masa BN dulu, Kedah Agro kutip hasil, tapi bila Pas pegang, Kedah Agro, tak lebih macam GLC-GLC lain yang ada di Kedah, Melingkup lebih banyak dari membantu!

Ini membuktikan Kerajaan Negeri Kedah ni teruk! Tak pandai buat kerja, cakap saja pandai tapi habuk pun tarak! 100 perkataan yang puak Pas cakap 101 tak boleh percaya.

Jadi rakyat Kedah nak percaya lagi kat orang-orang Pas ni? Sekarang ni waktu Pas perintah Kedah. Setiap kesalahan, Pas harus bertanggung jawab, bukan salahkan orang lain. Ini tidak, Pas perintah Kedah, bila salah, tuduh UMNO.

Pas buat salah, curi wang dan pelingkup projek, akhirnya UMNO juga yang depa akan tuduh! he he


McTheory:
Makin lama jaga Kedah, makin melingkup la puak Pas ni buat!

Ahad, 4 November 2012

PANASS LAGI!! Rahsia Pas Kedah Dengan Bekas CEO KCB Akashah Ismail!! #TukarKedah


Kita tak sangka pula yang PAS Kedah ada menternak blogger pencacai yang cukup bengap dalam nak putar belit isu ni. Cerita yang asalnya dibawa oleh Pisau Kedah ni memang berat dan mendedahkan kepada Pas Kedah takut nak dedahkan cerita sebenar pasal Akashah ni!

Apa yang di putar belit oleh blogger pencacai PAS adalah kisah projek Pembalakan dan Peladangan Papua New Guinea yang telah mengakibatkan kerugian besar terhadap syarikat GLC bawah naungan Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) iaitu syarikat Kedah Corporation Berhad (KCB)



Tak ada maknanya UMNO nak pertahankan bekas CEO KCB, Akashah Ismail sekiranya benar-benar dia menyeleweng duit KCB. Si Akashah ni tak ada kepentingan langsung terhadap UMNO Kedah dari dulu sehingga sekarang.

Sekiranya Kerajaan Pentadbiran PAS, menyatakan Akashah yang menyeleweng duit KCB sehinggakan KCB terpaksa tanggung kerugian yang besar terhadap projek KCB di Papua New Guinea, mengapa tidak pernah sekali pun Kerajaan Pentadbiran PAS mendakwa Akashah ke muka pengadilan semenjak projek Papua New Guinea di arahkan berhenti pada awal tahun 2010.

Mengapa setelah tercetus isu ini melalui Audit Kedah ini, baru puak PAS nak mengelabah membuat laporan terhadap pihak berkuasa berkenaan isu projek Papua New Guinea dengan menyalahkan Akashah untuk menutup kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri yang di terajui PAS.

Yang menjadi persoalan, di mana Kerajaan Negeri untuk membuat laporan terhadap penyelewengan Akashah ?

Yang menghairankan lagi, kenapa sehingga ke hari ini Kerajaan Negeri Yang di tadbir PAS tidak berani menghadapkan Akashah ke muka pengadilan berkenaan isu projek Papua New Guinea untuk di siasat sekiranya Kerajaan Negeri mempunyai bukti yang kukuh bahawa Akashah telah menyeleweng masa menjadi CEO KCB.

Apa yang terjadi selepas projek berkenaan di hentikan PMBKed, Akashah telah di berhentikan dari menjadi CEO KCB tanpa sebarang notis sehingga telah membuat Akashah bertindak mengambil keputusan menyaman Kerajaan Negeri. Namun di sebabkan Kerajaan Negeri tak berani berhadapan dengan Akashah di dalam Mahkamah, Kerajaan Negeri telah meminta kes yang di bawa Akashah ke mahkamah di selesai luar mahkamah dan Kerajaan Negeri telah membayar kepada Akashah sebanyak RM60,000.

Mengapa Kerajaan Negeri tidak berani nak berhadapan dengan Akashah di mahkamah ?

Sekiranya Datuk Manaf Abd Hamid yang menjadi punca kegagalan projek Papua New Guinea, kenapa Kerajaan Negeri tidak pernah mendakwa Datuk Manaf , empunya syarikat MAS Corporated ?

Kalau blogger pencacai PAS Kedah nak pertikai Datuk Manaf tu dulu ahli UMNO semasa di zaman Tan Sri Osman Aroff, blogger pencacai PAS Kedah perlu juga mempertikai Azizan Razak, Mahfuz dan Ir Amiruddin yang dahulunya ahli UMNO juga.

Kalau blogger pencacai PAS Kedah tak percaya, cuba tanya Azizan Razak, Ir Amiruddin dan Mahfuz Omar, dahulu mereka ni ahli parti mana dan kenapa mereka keluar dari UMNO.

Bab yang last apa yang di perkatakan blogger pencacai PAS Kedah nampak sah-sah blogger terbabit bengap gila dalam nak putar belit isu.

Woiii bengap !!! kalau nak menipu tu agak-agak la.. kalau ya pun Akashah telah membayar tuntutan dengan 150 keping cek yang setiap satunya bernilai RM 10,000 , tak kan bahagian kewangan syarikat KCB tak pernah bentangkan belanjawan syarikat di dalam mensyuarat Ahli Lembaga Pengarah di mana Azizan Razak adalah Chairmannya ?

Kalau pencacai boleh buktikan yang Akashah bertanggungjawab meluluskan pembayaran tuntutan 150 keping cek tu lagi bagus.. sebab senang la dia di sabitkan kesalahan. Tapi harus di ingat, apa-apa pun Azizan Razak perlu bertanggungjawab sebab dia merupakan pengerusi dalam KCB yang patut selalu mengetahui akan belanjawan KCB melalui mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah.

Dari maklumat yang kami dapat dari rakan Akashah, dengar cerita terkini, Akashah nak saman Kerajaan Negeri untuk kali ke dua, tapi kali ni atas saman malu dan ia membabitkan jumlah yang agak besar berikutan dia di pecat tanpa sebarang notis.

Kes yang pertama pun Kerajaan negeri takut nak berhadapan dengan Akashah, rasanya kejadian yang sama akan berlaku dalam kes yang ke 2 ni, Kerajaan Negeri pentadbiran PAS mana ada teloq nak berhadapan dengan Akashah dalam mahkamah.

Mc nak sarankan la kepada rakan Akashah, agar sampaikan pesanan kepada Akashah supaya masukkan sekali saman malu pasal kes projek Papua New Guinea ni. Sebab rakan Akashah kata, Akashah akui tak pernah sain, satu cek pun untuk membuat pembayaran kepada tuntutan dalam projek Papua New Guinea ni.

Kiranya, apa yang Pas Kedah cerita tu, bohong segala-galanya!! ishh ishh ishh.. kuat mohong betui Pas Kedah ni!!


McTheory:
Ada cerita diantara Akashah dengan Pas Kedah, kalau tak masakan Pas Kedah takut dengan dia!

Isnin, 29 Oktober 2012

TUDIAA!! Jika Ada Teloq Pas Kedah Harus Jawab Persoalan Ini!! #TukarKedah

Raja Balak Malaysia..

Semalam Mc dah cabar MB Kedah atau seangkatan dengannya untuk menjawab segala persoalan dibawah, cabaran semalam kat SINI. Hari ni Mc nak ulang lagi cabaran kepada MB Kedah untuk menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku dalam projek Papua New Guinea.

Azizan Razak MB Kedah paling tersohor (dari belakang) membuat penafian bahawa projek Papua New Guinea tu bukan atas tanggung jawabnya. Kiranya dari mula projek tu, sampai ke habis pun, dia taktau. Mc taktau la apa fungsi dia sebagai MB Kedah. Kalau dia asyik taktau saja apa yang berlaku.

Itu yang kita dengar dari mulut Azizan, mulut nak pelepas diri.

Tapi bila pulak si Azizan nak jawab persoalan yang diutarakan oleh Ketua Pemuda UMNO Kedah ni? Alaa.. Ustaz, Ketua Pemuda saja pun, takkan Ustaz sebagai MB dah rasa tercabar kot? he he


Ustaz kan MB Kedah yang paling hebat dan macho habis.. jawab la persoalan tu.. kacang goreng saja tu kann Ustaz kann..

Persoalan Pertama. Siapa yang membenarkan Dato' Puad Pegawai Kewangan Negeri ke London untuk membuat pinjaman kewangan?

Persoalan Kedua Siapa tanda tangan cek untuk pelaburan ke Papua New Guinea? Bukankah Chairman dan board of director KCB saja yang boleh luluskan cek yang lebih dari rm10,000.

Persoalan Ketiga. Pasal lembu kat Australia.. Mc tau pasai lembu tu.. tapi takpa, Mc tak persoalkan bab tu dulu. Nanti kita londeh kemudian. 

Pasal tanda tangan cek tu, awat Azizan kata dia taktau? Pelik kann??

Azizan boleh tolong jawab tak?

McTheory:
Jawab la.. jangan dok loyer buruk lagi..

EKSKLUSIF!! Bukti Nyata Pas Kedah Menipu Cara Islam Pas!! #TukarKedah


Gambar diatas adalah satu bukti nyata pembohongan cara Islam yang dibuat oleh Pas Kedah. Biasa la Pas, apa saja yang depa buat semuanya berlandaskan Islam. Sampaikan papan kenyataan membohong orang kampung pun, rasanya ikut Islam ala Pas kot.

Mc teringinlah nak tanya, Lombong Bijih Besi di Gurun tu dah beri hasil kepada kerajaan negeri Kedah ke? Kat situ tulih 10 juta setahun, betul ke? Setahu Mc, belum dapat hasil lagi, tapi awat dah tulis kat papan tu? Nak tunjuk kerajaan negeri Kedah sekarang hebat la konon, sedangkan apa pun tarak lagi. he he.. Awat tak tulis perkara yang benar.

Apakah itu bukan satu pembohongan?

Itu baru satu, pasal balak pulak. Tulis kat situ 80 juta setahun hasil balak, tapi ada ka Pas Kedah terangkan, 80 juta tu datang dari mana? Berapa hektar Pas Kedah sapu balak? Berapa halal dan berapa haram? Berapa yang langgar undang-undang? Lain kali terangkan semuanya.. barulah orang kata buat kerja cara Islam.

Setakat nak buat papan kenyataan syok sendiri macam dalam gambar diatas tu, rasanya itu satu cara menipu terang-terang untuk rakyat Kedah. Bagi rakyat Kedah yang cerdik, mungkin tahu itu penipuan, bagi rakyat Kedah yang bangang macam orang Pas, depa ni la dok jaja merata kononnya kerajaan negeri ni hebat sangat, sedangkan habuk pun tarak. he he he..

Buat ikan lingkup, jual lembu ghaib, bukak kolej universiti bankrup, apa lagi yang Pas Kedah pandai? membalak dan berceramah saja la... tu pun kat Papua New Guinea projek balak lingkup jugak! ha ha ha..

McTheory:
Memang tak layak jadi kerajaan negeri.. mengabihkan beras saja..

Khamis, 18 Oktober 2012

TUDIAA!! Audit Negeri Kedah Paling Teruk, Penuh Dengan Penipuan dan Seleweng!! #TukarKedah #AuditKedah



Rata-rata Laporan Audit negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat menunjukkan kelemahan di sana sini dan langsung tidak menggambarkan ketelusan atau kecekapan yang jauh lebih baik dari Barisan Nasional sepertimana yang digembar-gemburkan mereka.

Namun begitu, rasanya tidak salah jika dikatakan bahawa kelemahan pentadbiran Kedah berada di kelasnya yang tersendiri – iaitu paling bawah antara semua negeri-negeri lain kerana sifatnya yang ‘tidak masuk akal’.

Walaupun kita cukup maklum akan kelemahan PAS Kedah dalam mentadbir, tetapi apa yang terdedah melalui Laporan Audit 2011 ini adalah keterlaluan dan tidak boleh diterima oleh akal yang waras.

Kita tidak dapat memahami bagaimana sebuah kerajaan negeri boleh terlepas pandang perkara asas seperti lesen kontraktor, dalam pemberian projek jutaan ringgit.

Perkara ini melibatkan 5 kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan berjumlah RM2.55 juta pada tahun 2010 dan 2011 bagi beberapa projek Perumahan Awam. Selain tidak berdaftar, Pengarah bagi 5 syarikat tersebut pula didapati mempunyai hubungan kekeluargaan antara satu sama lain.

Bukan itu sahaja, audit juga mendapati sejumlah RM0.50 juta telah dibayar kepada kontraktor berkenaan menggunakan akaun bank dan nombor pendaftaran syarikat lain. Tidak terhenti di situ, audit juga menemui beberapa tuntutan berulang dalam baucar yang sama bagi kerja dan rumah yang sama yang mana, yang mana semakan rambang kemudiannya menunjukkan yang kerja yang disahkan siap itu telah tidak dilaksanakan serta beberapa rumah yang dimaksudkan adalah sebenarnya tidak wujud!


Selain itu, penemuan audit dalam Projek Pembalakan Dan Perladangan Di Papua New Guinea juga menyebabkan kita menggeleng-gelengkan kepala. Projek yang dikritik sebagai berisiko ini melibatkan pinjaman pesisir pantai berjumlah USD44 juta yang diperolehi melalui Capital Investment Agency (CIA) iaitu sebuah syarikat perunding kewangan yang berpejabat di London.

Entah bagaimana dan kenapa, pinjaman yang sebegitu besar ini telah ditandatangani oleh Pengarah Urusan projek tanpa kelulusan Lembaga Pengerah malah, bayaran juga telah dibuat kepada syarikat perunding dan yuran guaman walaupun projek tersebut telah dibatalkan.

Audit juga mendapati pinjaman berjumlah RM3.01 juta daripada 5 syarikat lain untuk menampung kos perbelanjaan di Papua New Guinea juga telah dibuat oleh Pengarah Urusan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah dan pinjaman tersebut pula dilakukan tanpa perjanjian dan tanpa dokumen sokongan yang lengkap.

Begitu juga dengan Projek 99 East di Langkawi yang mana menyebabkan Kedah Corp. Berhad terpaksa menanggung kerugian besar atas alasan yang tidak masuk akal iaitu melanggar syarat perjanjian tanpa sebab yang konkrit.

Penulis tidak berniat untuk mengulas panjang, tetapi cukup bagi rakyat Kedah untuk menilai pentadbiran PAS melalui menilai 3 projek ini sahaja. Apa yang dapat dilihat ialah amalan kronisme, korupsi, ketidakcekapan dan kelemahan keseluruhan jentera pentadbiran PAS Kedah. Seolah-olah tiada sistem jelas berkenaan kelulusan sesuatu projek di mana sesuatu pihak boleh dengan sewenang-wenang membelakangkan kerajaan negeri dan Menteri Besar dalam membuat keputusan termasuk yang melibatkan jutaan ringgit wang rakyat.

Ini juga membuktikan betapa kepimpinan Dato’ Seri Azizan Razak tidak mempunyai kawalan atau mungkin juga pengetahuan langsung berkenaan apa yang berlaku di dalam negerinya, seperti siapa yang membelanjakan wang negeri, untuk apa dan ke mana akhirnya.

Keseluruhan audit juga menunjukkan pengurangan yang drastik dalam lebihan pendapatan iaitu daripada lebih RM20 juta pada tahun 2010, menjadi hanya RM2 juta lebih bagi tahun 2011. Alasan yang diberi adalah bagi menampung kos pentadbiran. Namun, dari apa yang dilihat nampaknya begitu banyak wang negeri telah dileburkan untuk projek-projek yang sama ada tidak sesuai, berisiko tinggi sehingga akhirnya tidak terlaksana atau gagal sama sekali, semata-mata kerana pentadbiran dan kepimpinan negeri begitu lemah, tidak cekap dan mengamalkan rasuah dan kronisme.

Rakyat Kedah wajar mendesak siasatan lanjut dilakukan terhadap mereka-mereka yang terlibat sehingga menyebabkan begitu banyak kerugian dialami oleh negeri.

EKSKLUSIF!! Pas Kedah Bayar Kontraktor Hantu dan Projek Hantu!! #TukarKedah #AuditKedah


Alamakk.. pening kepala bila Mc tengok laporan Audit Negeri Kedah ni. Banyak betul penipuan yang dilakukan oleh kerajaan Negeri. Malu la rakyat Kedah ada kerajaan yang kaki penipu macam depa ni. Cuba tengok laporan audit negeri Kedah 2011 yang Mc kepilkan sekali ni.

Baca tulisan yang telah Mc gariskan warna merah..

Nampak sangat kerajaan Negeri Kedah telah membayar duit pada kontraktor hantu. Kalau tak wujud, sudah tentulah kerja pun tak buat, tapi macam mana boleh dapat payment? Rasanya, tentu kontraktor tersebut mempunyai kenalan dalam kerajaan negeri, kalau tak bagaimana dia boleh senang-senang ambil baucar bayaran?

Patut la kerajaan negeri Kedah takdak duit, rupanya dok bagi kat kroni secara sulit macam ni la. Benda yang ta wujud pun depa bayar.. teruk laa aihh.. Kita tengok pulak carta kat bawah ni.
Kerajaan Negeri telah mengunakan kontraktor yang tidak diiktiraf..
Disebabkan mereka ini tidak diiktiraf dan ada diantaranya tidak wujud pun. Jadi kerja yang mereka buat tidak sempurna dan tidak berkualiti.

Sudah la tak berkualiti, tuntutan harga yang mereka buat juga tidak mengikut garis panduan yang sebenar.


cuba baca betul-betul laporan audit ni, memang banyak penipuan dan penyelewengan

Pembaca boleh meneliti satu persatu, jadual yang Mc berikan di atas. Sudah la ada penyelewengan, bayar kontraktor hantu, projek hantu, kerja pulak teruk. Dah la kerja teruk, minta cas lebih dari kerja. Memang teruk la kontraktor yang kerajaan Negeri Kedah lantik ni.

Macam ni kah kerja cara Islam yang dilaungkan oleh MB Kedah Azizan Razak? Agak-agak la kalau kita soal Azizan Razak, apakah beliau tahu nak jawab balik semua pertanyaan ini? Atau jawapan yang beliau akan berikan nanti hanyalah, semua ini UMNO yang buat, konspirasi UMNO. Itulah jawapan yang selalu puak Pas beri, bila depa tak boleh jawab lagi. Atau Azizan terus terang cakap taktau saja, macam selalu yang beliau buat tu.

Dengan pendedahan terperinci yang Mc buat ni, harap rakyat Kedah dan pembaca blog Mc tidak terpedaya dengan kata-kata nista, yang kononnya kerajaan Negeri Kedah dipuji ketika laporan audit 2011 dibentangkan. Puji pungkoq apa, kontraktor hantu pun hangpa bayaq, nampak sangat la pembohong.

Sudah-sudah la Pas Kedah oii.. nampak sangat hangpa dah tak layak jadi kerajaan Negeri. Passing mai kat UMNO/BN la.. makin lama kat hangpa, makin rosak negeri Kedah. Cukuplahh.. cukup sudah..

McTheory:
Tak sangka, kerja cara Islam Pas, lagi banyak menipu!!

Khamis, 6 September 2012

EKSKLUSIF!! Projek Kayakan Kroni dan Adik Beradik Dalam Pas Kedah!! #TukarKedah

Kat bawah ni ada 3 keping gambar iaitu dua dokumen dari PMBked kepada Quartzcity Global Resources Sdn. Bhd. Tentu ada yang tertanya, apa kesalahan yang dilakukan oleh Quartzcity Global Resources Sdn. Bhd. dan apa kaitannya dengan kerajaan negeri dan Pas Kedah. Takpa.. layan saja dulu..


Tahukah anda Quartzcity Global Resources Sdn. Bhd. telah diberikan Direct Tender oleh PMBked sekalu wakil kerajaan negeri. Kuat betul pengaruh Quartzcity Global Resources Sdn. Bhd. ni, siapa dibelakangnya? Projek Balak 200 Ekar dan Kuari Batu berekar-ekar dengan mudah dia dapat. Tanpa perlu bersusah payah bersaing untuk berebut tender.

Quartzcity Global Resources Sdn. Bhd. ni company baru, apa relevannya diberi projek besar? Apa kelayakkan yang dipakai oleh kerajaan negeri? Apakah syarikat ini salah satu syarikat kroni besar kerajaan Pas Kedah? Ada makan persen kot??

Bukan satu projek yang PMBKed berikan pada Quartzcity Global, banyak dan berharga jutaan ringgit. Apakah di Kedah ni cuma ada company Quartzcity Global? Company lain tak boleh cari makan? Sudah la diberi secara 'Direct', kemudian dapat projek bernilai jutaan ringgit, malah bukan hanya satu!! Siapa agaknya didalam Quartzcity Global ni?

Dalam Quartzcity Global, terdapat seseorang yang bernama Mohd Ikhram B. Shafie, Mohd Ikhram ni ada hubungan rapat dengan MB Kedah sebab dia salah seorang ahli keluarga mereka. Hubungan rapat yang macam mana? Boleh tanya MB Kedah sendiri.

Mc sebenarnya tak kisah pun Quartzcity Global nak dapat projek banyak mana dan berapa juta. Namun apa yang Mc kisah adalah, cara pemberian projek merupakan satu kesalahan, 'Direct Tender' kemudian Quartzcity Global ni dah jadi seperti company kroni, mentang-mentang la saudara MB dalam company terbabit, apa saja projek besar, semuanya dikaut ke company terbabit. dahsyatt dahsyatt.

Dulu orang Pas jugala yang selalu komplain kata UMNO banyak main kroni, marah pasal direct tender, namun bila depa jadi kerajaan negeri, kenapa mereka juga lakukan kesalahan yang sama? Malah setelah Mc menyiasat mengenai Quartzcity Global. Company ini mempunyai projek HITAM yang direstui oleh PMBked.

Apa projek HITAM terbabit? Kita akan dedahkan pada siri yang akan datang!!

P/s: Azizan Razak taktau ka semua ini berlaku? Atau Azizan yang dalang pada semua ini?


McTheory:
Bukan sikit, kerja kotor yang puak ni buat, banyak oii.. banyak..

Isnin, 27 Ogos 2012

PANASS!! Tempat Maksiat Sebelah Pejabat MB Kedah!!


Ada cerita menarik disebalik aktiviti maksiat yang berlaku di Taman Jubli Perak, atau lebih dikenali sebagai Taman Rimba. Taman tu, kalau Azizan buka tingkap pun nampak, bukan jauh, sebelah saja. heh..

ALOR SETAR - Jijik dan sakit mata melihat pelbagai aksi pasangan ‘berasmara’ di Taman Jubli Perak atau lebih dikenali dengan Taman Rimba yang menjadi tumpuan orang ramai untuk melakukan senaman pada waktu pagi dan petang.

Pekerja yang melakukan pembersihan di kawasan itu, Junaidah Yusof, 29, berkata, pasangan yang tidak segan silu melakukan hubungan seks di kawasan terbuka itu kerap dilihat pada hari Jumaat dan Sabtu.

Menurutnya, kawasan yang dipenuhi dengan pokok dan suasana yang redup itu disalahgunakan golongan itu untuk melakukan aktiviti maksiat. “Sepanjang tempoh lima bulan saya bekerja di sini, kerap kali saya menemui kondom, pakaian dalam wanita dan lelaki di merata kawasan riadah ini.

“Mereka yang melakukan maksiat ini langsung tidak mempedulikan orang ramai yang berjoging ataupun bersenam di sini kerana apabila ditegur kami pula yang akan dimarahi oleh mereka" katanya kepada Sinar Harian.

Junaidah berkata, pondok rehat dan kerusi yang dibina untuk kemudahan orang ramai berehat seringkali dijadikan sebagai lokasi pasangan melakukan aktiviti tidak bermoral itu terutama pada waktu hujan dan cuaca agak sejuk.

Menurutnya, pada waktu dia menjalankan tugas, dia juga pernah melihat pasangan berpelukan, bercium dan ada di antara pasangan yang melakukan lebih daripada itu.

Pengunjung, Shahrul Azilan Said, 38, berkata, dia juga sering melihat pasangan melakukan maksiat di sepanjang kawasan taman itu sewaktu membawa keluarga beriadah pada waktu petang.

“Saya kerap mengunjungi taman ini untuk melakukan senaman dan beriadah bersama keluarga namun apabila perkara ini berlaku, ia menunjukkan perkara tidak baik kepada anak saya yang masih kecil.

“Setiap kali saya datang ke sini, pasti saya akan terlihat pasangan berdua-duaan malahan lebih teruk lagi apabila mereka turut menjadikan lokasi ini sebagai tempat untuk melepaskan nafsu,” katanya.

Shahrul berkata, penguatkuasaan dan pemantauan oleh Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) perlu dilaksanakan segera bagi membendung masalah yang berlaku di kawasan ini. Menurutnya, dengan adanya penguatkuasaan yang kerap daripada pihak terlibat, gejala ini dapat dikurangkan dari semasa ke semasa.

Seorang lagi pekerja di Taman Jubli Perak, Nabilah Yusof, 19, berkata, gejala yang berlaku di kawasan taman itu perlu dibendung agar keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja dapat dielakkan. Nabilah berkata, pasangan yang melakukan maksiat di kawasan itu juga seharusnya malu dengan apa yang mereka lakukan dengan orang ramai yang menggunakan kawasan taman ini untuk melakukan aktiviti sukan.

“Usaha membanteras gejala ini bukan sahaja terletak pada pihak yang bertanggungjawab malahan semua pihak termasuklah orang ramai yang mengunjungi kawasan taman ini,” katanya.

Komen:
Untuk pengetahuan pembaca, Taman Jubli ni sebenarnya hanya bersebelahan dengan Wisma Darulaman. Tempat pentadbiran kerajaan negeri. Kalau jalan kaki tak sampai dua minit pun sampai.

Memang kegiatan sumbang di Taman ni telah lama, namun ianya dulu dicegah oleh penguatkuasa. Namun Mc diberitahu, ianya menjadi lebih teruk sekarang, apabila tiada pencegahan diambil. Masalah sosial makin bertambah apabila kelab malam untuk golongan muda berhibur semakin banyak dibandar Alor Setar.

Ingatkan bila Pas memerintah, semua masalah sosial boleh dikurangkan. Tapi ia tidak jadi begitu, malah lebih teruk. Semakin bertambah-tambah pulak. Dulu puak yang jadi kerajaan ni selalu komplain pasal kerajaan lama tidak peka terhadap masalah sosial dan rakyat. Kini bila depa dah jadi kerajaan, perkara yang sama juga berlaku. Malah depa menambah-menambah masalah yang dulu menjadi lagi teruk!

Ini bukan nak menambah baikkan, tetapi melingkupkan lagi keadaan. Jadi apa relevannya untuk kita tukar kerajaan negeri dulu, jikalau kerajaan negeri yang kita pilih tidak mampu mengubah keadaan menjadi lebih baik dan hanya memburukkan lagi keadaan. Baru 4 tahun memerintah, namun kita sudah lihat negeri Kedah semakin teruk dengan pelbagai masalah, kalau dibiarkan lagi 4 atau 5 tahun.. rasanya apa akan jadi?

Tak payah la kita mengadaikan lagi masa depan kita. Cukuplah setakat ini.. PRU ke 13 kelak, kita tukar balik kerajaan negeri. Kalau bagi Pas pegang lagi, rasanya tak makan anak cucu kita pada masa depan. Habis semua depa jual, nak tinggal apa?

McTheory:
Cukuplah dengan apa yang depa buat.. masa untuk berubah!!

Isnin, 30 Julai 2012

TUDIAA AIHH!! Apabila Blogger UMNO Di Panggil IBLIS!! #TukarKedah

Baca penjelasan kami di SINI dan SINI

Sedih betul Mc rasa apabila kami TMK disamakan dengan Iblis. Kenyataan yang dikeluarkan blog Pas Kedah yang diuruskan oleh Urusetia Penerangan Negeri Zulkifli Yahaya telah memfitnah kami TMK di bulan Ramadan yang mulia ini.

Apakah ini yang Pas panggil Islam? Mengelarkan seseorang muslim yang lain dengan panggilan buruk? Mereka mengatakan kami pemfitnah! Buktikan apa yang telah kami fitnah? Kalau benar kami fitnah, heret kami ke mahkamah. Kami tak takut berdepan dengan apa yang kami tulis di blog kami

Mungkin kami tidak tunjukkan muka. Well.. soal keselamatan juga jangan dilupa. Kami sekarang berada dibawah kerajaan negeri yang ditunjang oleh Pas. Kami juga perlu menjaga keselamatan diri dan keluarga, kami takut ada tindakan yang bukan-bukan dibuat oleh pihak penyokong fanatik Pas terhadap kami.

Mc beri contoh bagaimana Facebookers TMK, Aktivis UMNO Pekan Naka yang telah beberapa kali diugut oleh puak Pas. Hingga ada yang menelefon beliau untuk memukul beliau sekiranya beliau masih lagi aktif mengkritik dan menghentam kerajaan negeri Kedah dalam facebook beliau.

Apakah itu tidak bahaya? Malah rumahnya juga pernah dibuang bangkai ayam sebagai tanda untuk berjaga-jaga. Selamatlah beliau masih bujang trang tang tang.. kalau berkeluarga, rasanya beliau terpaksa pindah ketempat lain kerana bimbangkan soal keselamatan.

Kita kembali ke soal fitnah!

Blogger Pas kata, kami fitnah kerajaan negeri Kedah. Mc nak tanya balik, isu apa yang kami fitnah Kerajaan negeri? Isu kewangan KUIN? memang benar KUIN tengah nazak sekarang ni. Tarian separa bogel di kelab malam yang diluluskan oleh exco? Perkara itu benar.. surat sokongan exco yang mahu kelab malam lulus? Itu pun benar. Balak di Gunung Inas merosakkan alam semulajadi dan kawasan tadahan air penduduk? itu pun benar, bukan fitnah. Balak di Pedu tak ada EIA? Memang betul pun, disahkan oleh JAS. Balak Hutan Simpan bernilai tinggi di Pendang hilang tanpa dikesan? Perkara itu pun betul. Ketua PKR Langkawi seleweng duit khafalah? Itu pun benar. Malah yang terbaru.. Azizan beri kroni projek berjuta-juta ringgit? Itu pun benar..malah ianya akan bersambung dan tak habis lagi pembongkaran kami mengenai hal itu.

jadi apa yang kami fitnah kerajaan negeri?

Mungkin ada yang kata TMK mulakan fitnah terhadap Sanusi Setpol MB berkenaan isu songlap duit RM1.3 juta.

Cehh.. tolong skrin shot dan sertakan pada Mc, blog TMK yang mana mainkan isu tersebut. Kami ni ada intergriti. Tak main la setakat khabar-khabar angin. Malah kami tak campur pun isu tu. Mungkin ada blogger Kedah lain yang buat. Tapi apa yang Mc boleh beritahu, itu bukan kerja hasil air tangan kami.

Sebenarnya, tak ada pun fitnah.. malah kami yang difitnah berulang kali oleh blogger Pas Kedah hingga ada yang katakan kami Cybertroopers yang dilatih oleh APCO yahudi. ha ha ha.. malah kami juga dibayar oleh Dato' Mukhriz Tun Mahathir dengan bayaran rm2000 sebulan, hanya untuk menghentam kerajaan negeri Kedah. Aduh.. lawak benar rasanya perkara ni.



Yang tak tahannya siap edit letak star of david dekat logo TMK. Lihat gambar bawah
UBAH LOGO TMK

Dari sumber mana agaknya blogger Pas ni dapat? ha ha ha.. jauh panggang dari api. Ini baru namanya fitnah. Main tulis saja tanpa ada sumber rujukan yang betul. Malah dari segi psywar pulak, troopers Pas Kedah agak jauh ketinggalan berbanding kami. Kalau berminat, jemputlah kami mengajar training psywar. Tak payah panggil APCO, anak melayu Kedah pun pandai. he he..

Sebelum Mc lupa, Mc nak pesan something pada Pas Kedah. Lain kali, ikut pesanan Azizan, buat kerja cara Islam. Dulu dok kutuk UMNO lumat, kononnya tak berapa nak Islamik. Kini bila depa dah jadi kerajaan negeri, bukan kata nak perkasakan Islam. Malah masalah sosial di negeri Kedah semakin teruk.

Sudah la ekonomi pun tak maju, infra teruk, masalah sosial pun meningkat. Kiranya tak ada langsung perubahan kearah kebaikan sejak Pas memerintah negeri Kedah ni. Semakin teruk ada la. Bagi Mc dan TMK, kerajaan negeri Kedah sekarang yang ditunjang oleh Pas Kedah dah tak relevan. Takdak perubahan. Malah makin teruk..

Pada pembaca semua rasanya, perlukah kita beri mandat kedua kepada orang-orang ini lagi?


P/s: Tolong komen sikit wahai rakyat Kedah yang amat disayangi..


McTheory:
Bak kata orang tua-tua, buat mengabihkan beras saja, bagi kat depa ni..

Ahad, 29 Julai 2012

PANASS AIHH!! Awat Puak Pas dan Leman Lembu Takut Sangat Dengan Team Media Kedah? #TukarKedah


Bila sebut nama leman mesti orang terfikir siapakah manusia bernama Leman ni..Ya lah tiba tiba saja puak puak pas begitu memuja si Leman ni..Dulu masa dia masuk raja lawak nama leman tak lah macam sekarang..Bagi aku Amireca "I'm Sorry" lagi popular dari si Leman sampai sekarang si Amir dapat job..Tapi yang peliknya si Leman ni dah la tak laku tapi perasan pulak popular siap tunjuk video kononnya dia sedang di pujuk oleh seorang YB UMNO nak panggil buat show.. Lihat video kat sini

Kenapa Leman takut sangat dengan gerakan TMK di Kedah ?? TMK tak ada buat apa pun dekat Leman..Kalau setakat usik mengusik tu biasalah..Bukankah Leman suka mencari pasal dengan CT Umno sebabnya nak jadikan modal ceramah kononnya Leman berjaya melawan CT Umno..

Aku dapat tau Pas Kedah sekarang ni tengah mengupah beberapa orang untuk menyiasat identiti kami..Disebabkan beberapa Isu yang kami berjaya ranapkan karier Pas di kedah antaranya Isu balak, Pusat Hiburan, skandal projek bernilai jutaan ringgit kepada kaum keluarga dan banyak lagi isu  dalam simpanan kami yang akan didedahkan bila sampai masanya..

Beberapa blog pro Pas di Kedah sudah jalankan kempen berperang dengan TMK sampai terpaksa reka cerita yang kami ni di ajar oleh perunding yahudi..Mereka juga mengunakan khidmat lidah rasmi Pas Harakah untuk memfitnah kami.

Baca penjelasan kami di SINI dan SINI



Yang tak tahannya siap edit letak star of david dekat logo TMK. Lihat gambar bawah
UBAH LOGO TMK

Setiap kali isu baru dibongkar mesti ada blogger Pas akan jawab dengan reka cerita kononnya kami ni sengaja buat fitnah....Kerana takut dengan gerakan TMK Pas terpaksa mengupah bala pencacai mereka untuk menjatuhkan reputasi kami di Kedah..Ingin Aku nyatakan di Sini kami langsung tak gentar dengan apa saja ugutan puak puak Pas..Lagi Pas Kedah ugut selagi tu kami akan bongkar isu isu dalam simpanan kami..

Bagi menghormati bulan Ramadhan yang mulia ini kami bagi masa kat pas kedah untuk menjawab segala pendedahan yang kami lakukan sebelum ini..InsyaAllah lepas raya lagi banyak isu akan kami bangkitkan untuk tatapan umum..

Kepada sapa sapa nak tau lebih lanjut pasai geng CT Pas boleh baca kat SINI

Gerakan TMK diketuai oleh McTheory, Medan Tempur Kedah, Pisau Kedah, Duke Of Umno, Aktivis Umno Pekan Naka, Dahlia B.Lada, Aiman Rosis, Nizam Wahab dan ramai lagi sahabat sahabat yang sanggup berjuang bersama bersama TMK. Terima Kasih atas sokongan anda semua..

Nukilan Medan Tempur Kedah

McTheory pula kata:
Besh bohh.. Oit Leman Mai Lembu Sekoq, nak sembelih buat rendang raya!! ha ha ha.. kalau takdak, hang pun dah nampak macam Lembu, kira ok la tu.. he he..

Rabu, 18 Julai 2012

TUDIAA!! MB Kedah Di Serang dan Di Kecam Lagi!!



Nampaknya Azizan menjadi isu lagi kali ni selepas

FreeMalaysiaToday melaporkan:

PETALING JAYA: Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) Mazlan Aliman mahu Perbadanan Kerajaan Negeri Kedah (PKNK) menjual kembali saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) sekiranya mereka telah membelinya.

“Kita konsisten dengan pendirian menentang FGVH. Saya telah nyatakan pendirian saya dalam mesyuarat PAS Pusat.

“Jika benar, saya akan bantah kerana ia bertentangan dengan solidariti parti komponen Pakatan Rakyat.

“Kita juga akan mencadangkan agar syarikat berkaitan kerajaan tersebut menjual saham dan memohon maaf pada rakyat,” kata Mazlan yang juga ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat dan Ketua Penerangan PAS Johor. - FMT.


MalaysianInsiders pulak melaporkan:

KUALA LUMPUR, 16 Julai – PAS melihat pemilikan 500,000 unit saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) oleh anak syarikat kerajaan negeri Kedah, yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) adalah disebabkan “salah urus” kakitangan syarikat berkenaan yang “telah biasa” membuat keputusan tanpa merujuk kepada lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar (gambar) menjelaskan, kakitangan syarikat tersebut berkemungkinan telah membuat keputusan untuk membeli saham FGVH itu berdasarkan faktor keuntungan, dan bukannya berdasarkan “pegangan politik” kerajaan negeri tersebut.

“Mereka (kakitangan) PKNK itu bekerja dengan profesional. Mereka mungkin telah biasa dengan sistem yang melangkaui keputusan lembaga pengarah yang diamalkan ketika pemerintahan Umno.

“Bagaimanapun saya tidak menyalahkan mereka. Keputusan itu dibuat dengan mengambil kira faktor keuntungan, bukannya pegangan politik kerajaan negeri,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini. - TMI.

Kalau aku ada kuasa untuk buat keputusan, aku tentu pilih cara Mazlan Aliman, jawapan yang cukup tegas walaupun masih berlapik.

Aku yakin majoriti ahli dan penyokong Pakatan Rakyat dan jugak warga Felda yang menentang penyenaraian FGVH boleh terima kalau PAS ambil pendirian macam pendirian Mazlan Aliman tu.

Mungkin ada sikit rasa terkilan tapi kira ok la pasai mau mengaku silap, segera jual balik saham tu dan minta maaf secara terbuka.

Yang aku sikit heran macamana Mahfuz boleh bagi komen macam yang MalaysianInsider laporkan tu. Pasai apa pulak kita tak boleh salahkan pengurusan PKNK sedangkan depa tu secara tak langsung sebenarnya makan gaji dengan kerajaan negeri dan depa kena ikut 'rentak' kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Lagi pun, pelaburan tu bukannya kecik anak, melibatkan dana lebih RM2juta duit PKNK. Memang la pelaburan tu mungkin menguntungkan dari segi ringgit dan sen tapi dari segi politik memang sah-sah merugikan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

Aku langsung tak pecaya takdak langsung unsur sabotaj. Takkan la CEO PKNK tu bangang sangat bab politik sampai bacaan dan perkiraan politik yang mudah macam tu pun dia taktau. Pada aku CEO PKNK ni memang patut dikenakan tindakan dan ditukar ke jawatan lain atas kesalahan "salah urus" kakitangan PKNK tu.

Selain dari penjelasan yang Setpol MB Kedah bagi macam yang aku salin tampal sebelum ni dalam artikel "Jawapan Setpol MB Kedah isu PKNK beli saham Felda Global Ventures", dia ada tambah lagi macam kat bawah ni:



[Sumber: Facebook]

Harga tertinggi setakat ni cuma RM5.50 dan harga semalam RM5.31 ( klik untuk semak harga semasa FGVH) Harapnya PKNK segera jual saham FGVH tu tumpang masih lagi buat untung. Kalau tunggu lebih lama tak mustahil harga saham FGVH tu akan turun lagi.

Ini satu lagi artikel dari blog Pakatan Haramm ..

Memang teruk la Azizan kena taruk kali ni.. nampak sangat puak Pas pusat dan pemimpin Pakatan Haram dah tak suka Ustaz Azizan lagi.

Habis laa Pas Kedah kena bersilat lagi la kali ni.. he he..



McTheory:
Tapi logik tak 500,000 saham, dibeli tanpa pengetahuan Pengerusi PKNK?