Isnin, 27 Ogos 2012
PANASS!! Tempat Maksiat Sebelah Pejabat MB Kedah!!
Ada cerita menarik disebalik aktiviti maksiat yang berlaku di Taman Jubli Perak, atau lebih dikenali sebagai Taman Rimba. Taman tu, kalau Azizan buka tingkap pun nampak, bukan jauh, sebelah saja. heh..
ALOR SETAR - Jijik dan sakit mata melihat pelbagai aksi pasangan ‘berasmara’ di Taman Jubli Perak atau lebih dikenali dengan Taman Rimba yang menjadi tumpuan orang ramai untuk melakukan senaman pada waktu pagi dan petang.
Pekerja yang melakukan pembersihan di kawasan itu, Junaidah Yusof, 29, berkata, pasangan yang tidak segan silu melakukan hubungan seks di kawasan terbuka itu kerap dilihat pada hari Jumaat dan Sabtu.
Menurutnya, kawasan yang dipenuhi dengan pokok dan suasana yang redup itu disalahgunakan golongan itu untuk melakukan aktiviti maksiat. “Sepanjang tempoh lima bulan saya bekerja di sini, kerap kali saya menemui kondom, pakaian dalam wanita dan lelaki di merata kawasan riadah ini.
“Mereka yang melakukan maksiat ini langsung tidak mempedulikan orang ramai yang berjoging ataupun bersenam di sini kerana apabila ditegur kami pula yang akan dimarahi oleh mereka" katanya kepada Sinar Harian.
Junaidah berkata, pondok rehat dan kerusi yang dibina untuk kemudahan orang ramai berehat seringkali dijadikan sebagai lokasi pasangan melakukan aktiviti tidak bermoral itu terutama pada waktu hujan dan cuaca agak sejuk.
Menurutnya, pada waktu dia menjalankan tugas, dia juga pernah melihat pasangan berpelukan, bercium dan ada di antara pasangan yang melakukan lebih daripada itu.
Pengunjung, Shahrul Azilan Said, 38, berkata, dia juga sering melihat pasangan melakukan maksiat di sepanjang kawasan taman itu sewaktu membawa keluarga beriadah pada waktu petang.
“Saya kerap mengunjungi taman ini untuk melakukan senaman dan beriadah bersama keluarga namun apabila perkara ini berlaku, ia menunjukkan perkara tidak baik kepada anak saya yang masih kecil.
“Setiap kali saya datang ke sini, pasti saya akan terlihat pasangan berdua-duaan malahan lebih teruk lagi apabila mereka turut menjadikan lokasi ini sebagai tempat untuk melepaskan nafsu,” katanya.
Shahrul berkata, penguatkuasaan dan pemantauan oleh Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) perlu dilaksanakan segera bagi membendung masalah yang berlaku di kawasan ini. Menurutnya, dengan adanya penguatkuasaan yang kerap daripada pihak terlibat, gejala ini dapat dikurangkan dari semasa ke semasa.
Seorang lagi pekerja di Taman Jubli Perak, Nabilah Yusof, 19, berkata, gejala yang berlaku di kawasan taman itu perlu dibendung agar keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja dapat dielakkan. Nabilah berkata, pasangan yang melakukan maksiat di kawasan itu juga seharusnya malu dengan apa yang mereka lakukan dengan orang ramai yang menggunakan kawasan taman ini untuk melakukan aktiviti sukan.
“Usaha membanteras gejala ini bukan sahaja terletak pada pihak yang bertanggungjawab malahan semua pihak termasuklah orang ramai yang mengunjungi kawasan taman ini,” katanya.
Komen:
Untuk pengetahuan pembaca, Taman Jubli ni sebenarnya hanya bersebelahan dengan Wisma Darulaman. Tempat pentadbiran kerajaan negeri. Kalau jalan kaki tak sampai dua minit pun sampai.
Memang kegiatan sumbang di Taman ni telah lama, namun ianya dulu dicegah oleh penguatkuasa. Namun Mc diberitahu, ianya menjadi lebih teruk sekarang, apabila tiada pencegahan diambil. Masalah sosial makin bertambah apabila kelab malam untuk golongan muda berhibur semakin banyak dibandar Alor Setar.
Ingatkan bila Pas memerintah, semua masalah sosial boleh dikurangkan. Tapi ia tidak jadi begitu, malah lebih teruk. Semakin bertambah-tambah pulak. Dulu puak yang jadi kerajaan ni selalu komplain pasal kerajaan lama tidak peka terhadap masalah sosial dan rakyat. Kini bila depa dah jadi kerajaan, perkara yang sama juga berlaku. Malah depa menambah-menambah masalah yang dulu menjadi lagi teruk!
Ini bukan nak menambah baikkan, tetapi melingkupkan lagi keadaan. Jadi apa relevannya untuk kita tukar kerajaan negeri dulu, jikalau kerajaan negeri yang kita pilih tidak mampu mengubah keadaan menjadi lebih baik dan hanya memburukkan lagi keadaan. Baru 4 tahun memerintah, namun kita sudah lihat negeri Kedah semakin teruk dengan pelbagai masalah, kalau dibiarkan lagi 4 atau 5 tahun.. rasanya apa akan jadi?
Tak payah la kita mengadaikan lagi masa depan kita. Cukuplah setakat ini.. PRU ke 13 kelak, kita tukar balik kerajaan negeri. Kalau bagi Pas pegang lagi, rasanya tak makan anak cucu kita pada masa depan. Habis semua depa jual, nak tinggal apa?
McTheory:
Cukuplah dengan apa yang depa buat.. masa untuk berubah!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan