Isnin, 27 Ogos 2012

TUDIAA!! Mat Sabu Menghina Allahyarham Tun Ghafar Baba!!

Muka macam *&^%&*

Nampaknya Mat Sabu, Timbalan Presiden Pas yang paling takdak otak, buat lawak bodoh lagi. Kenyataan Mat Sabu yang kata kalau Allahyarham Tun Ghafar masih hidup, arwah akan menyertai Pas, benar-benar menguris hati keluarga Allahyarham Tun Ghafar. Mungkin hanya Tamrin yang suka, tetapi lain semua membantah kata-kata Mat Sabu itu.



MELAKA - Ahli keluarga Allahyarham Tun Ghafar Baba mahu Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menarik balik kenyataannya berhubung dakwaan mengatakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan menyertai Pas sekiranya masih hidup, sama seperti anaknya Tamrin.

Kenyataan itu didakwa dikeluarkan ketika menyampaikan satu ceramah di Bukit Katil, Melaka pada 12 Ogos lalu, dan kandungan ceramah itu turut disiar di laman blog bertajuk, 'Jika Tun Ghafar umur panjang, dia pun masuk Pas'.

Menantu Allahyarham Tun Ghafar yang juga Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah berkata, beliau dan keluarga cukup sedih dengan kenyataan itu dan menganggapnya sebagai tidak bertanggungjawab.

“Saya mewakili keluarga sedih dengan kenyataan dibuat Timbalan Presiden Pas itu dalam ceramahnya pada Ramadan lalu. Kita mahu beliau menarik balik kenyataan yang telah mengguris hati kami semua.

“Saya yakin, sekiranya Tun Ghafar masih hidup, beliau tidak akan sama sekali menyertai perjuangan Pas yang tidak relevan dan tidak menguntungkan perjuangan bangsa,” katanya kepada media di sini, semalam.

Isteri kepada Ahmad Hamzah yang juga anak kepada Tun Ghafar, Datin Zainon Ghafar turut menafikan dakwaan Timbalan Presiden Pas itu yang kononnya ada melakukan lawatan ke rumah bapanya ketika pemimpin itu sedang sakit teruk.

Sementara itu, ketika ditanya tentang kemasukan Tamrin ke dalam Pas, Zainon berkata, mereka sekeluarga tidak nampak apa yang menyebabkan abangnya itu berbuat demikian.

“Saya rasa lebih baik tanya tuan punya diri sendiri. Hanya dia dengan ALLAH sahaja tahu tujuan sebenar,” katanya.


McTheory:
Mat Sabu cakap mana pakai otak, sebab tu dia main sembur saja..

1 ulasan:

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.