Isnin, 28 Januari 2013

VIDEO EKSKLUSIF!! Adun Pas Tipu Geran Tanah, Boleh Di dakwa di Mahkamah! - Peguam UMB @TunFaisal #SlmtknGngInas #TukarKedah





Pada yang belum baca kisah penipuan YB Pas yang ambil duit orang kampung, kononnya boleh keluarkan geran. Boleh baca kat SINI dan SINI. Rugi woo.. tak baca, sebab Pas ni selalu berlakon zuhud, Islam terlajak, tetapi sebenarnya penipu!

Sedih Mc dengar cerita yang di sampaikan orang kampung di Baling apabila terpaksa membayar duit beribu-ribu ringgit untuk membuat geran tanah di Pejabat ADUN.

Belum pernah terjadi lagi dalam sejarah di Kedah apabila pemohonan geran tanah perlu di buat di Pejabat ADUN seperti mana yang di lakukan Pejabat ADUN Kupang.

BALING  - Kerajaan Pas Kedah didakwa gagal menunaikan janji untuk memberi geran hak milik tanah kepada 119 peneroka tanah hutan di 11 buah kampung di sekitar peti undi Kampung Iboi, Kupang di sini.
Difahamkan pada 2011 dan 2012, peneroka tersebut juga membuat bayaran di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Johari Abdullah antara RM1,000 hingga RM10,000 mengikut keluasan tanah bagi tujuan mendapatkan geran, namun sehingga kini tiada maklum balas yang diterima.

Seorang peneroka terlibat, Tahak Lahmad, 70, berkata, dia mengusahakan tanah seluas 12 hektar di kawasan Kampung Iboi sejak 50 tahun dahulu dengan mengusahakan tanaman getah dan durian.

"Sejak dahulu memang tanah yang kami teroka tiada geran dan pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan geran tanah ini.

"Apabila Pas berjaya mentadbir negeri ini, pemimpin mereka berjanji mahu memberi geran tanah kepada kami, namun sehingga sekarang tiada apa-apa berita mengenainya.

"Saya juga sudah bayar RM10,000 untuk urusan mendapatkan geran ini di pejabat ADUN Kupang tetapi tiada apa berlaku dan saya rasa ditipu," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama ADUN Bayu, Datuk Azmi Che Husin dan penasihat undang-undang Unit Media Baru Pemuda UMNO, Tun Mohd. Amar Aziz di Dewan Orang Ramai Kampung Iboi, di sini hari ini.

Seorang lagi peneroka, Leha Seman, 60 yang merupakan ibu tunggal berkata, dia juga membayar RM1,000 untuk urusan mendapatkan geran tersebut dan sehingga kini geran itu masih gagal diperoleh.

"Saya terpaksa mengeluarkan wang simpanan saya untuk mendapatkan geran tetapi sehingga sekarang tiada maklum balas diterima," katanya.

Dalam pada itu, Azmi berkata, peneroka yang terlibat disaran menubuhkan jawatankuasa bertindak dengan segera bagi menangani masalah tersebut dan membuat laporan polis tentang kemungkinan wujudnya penyelewengan.

"Kita bukan hendak tuduh ada penyelewengan tetapi kita percaya berlaku hal sedemikian berdasarkan bukti dan resit yang dibawa oleh mereka yang terlibat hari ini.

"Kita hendak tahu ke mana duit yang diberikan kepada pejabat ADUN Kupang kerana sampai sekarang tiada geran dikeluarkan oleh kerajaan negeri," katanya.

Dalam pada itu, Tun Mohd. Amar berkata, satu memorandum berkaitan hal tersebut akan dihantar kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam masa terdekat dan pihaknya akan melihat perkara itu dari sudut undang-undang. - Utusan


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

umngok tipu lagi ni