User Online

Politics Blogs

Post Terbaru!!

Kempen LIKE Page!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Ahad, 27 Januari 2013

EKSKLUSIF! Pendedahan Apabila Pejabat Adun PAS Kupang Jual Tanah Pada Penduduk Kampung! #TukarKedah #SlmtknGngInas



Semalam Mc kata nak buat pendedahan pasal dialog diantara penduduk. Tapi Mc percaya, ramai diantara pembaca blog yang tidak tahu apa masalah sebenar yang dihadapi oleh penduduk kampung Iboi di Baling.

Mc nak ulang balik isu ni dari mula, ceritanya macam ni, penduduk kampung Iboi telah lama mengusahakan tanah di kaki Gunung Inas. Mc diberitahu, mereka mengusahakan tanah di kaki Gunung tersebut dengan menanam pokok getah dan berkebun. Kiranya sudah menjadi sumber pendapatan mereka.

Mereka pada mulanya tak tahu, tanah itu rezab, tanah rezab. Biasa la orang kampung, mana pernah peduli pasal tanah rezab atau tanah hak kerajaan. Tiba-tiba kerajaan negeri Pas, datang ambil balak dikawasan berkenaan. Malah ada diantara tanah orang kampung yang telah diceroboh dan menjejaskan mata percarian mereka.

Situasi tersebut telah mendatangkan kemarahan kepada penduduk kampung Iboi. Untuk mengambil hati penduduk yang marah dengan perbuatan kerajaan negeri. Kerajaan negeri merancang untuk menawarkan tanah pembalakan dan geran pada yang telah mempunyai tanah di kawasan berkenaan.

Tetapi benarkah kerajaan negeri Kedah yang nak tawarkan tanah bergeran kepada penduduk Kampung Iboi?

Ini yang menjadi persoalan.


Diatas adalah alamat pejabat YB Johari Abdullah, Adun Kupang, Adun Pas Kedah. Tengok alamatnya betul-betul, kalau boleh hafal sekali.

Orait.. kalau korang dah hafal alamat pejabat dia, sekarang kita lihat pula surat yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Gunung Inas, yang sememangnya didalangi oleh Pas Kupang. Perhatikan betul-betul!


Pejabat Adun Pas Kupang, telah digunakan oleh Jawatankuasa Gunung Inas, untuk berfungsi lebih kurang pejabat tanah. Kiranya pejabat adun tu jadi pejabat tanah PAS lah. Siap boleh keluarkan resit untuk buat permohonan tanah.

Tapi yang menjadi sangsi, resit itu pula bukan dari pejabat tanah daerah. Resit yang mereka berikan, resit buatan sendiri yang dicop oleh Jawatankuasa Gunung Inas. Jawatankuasa yang didalangi oleh Pas ini mengambil duit permohonan dari penduduk kampung, kononnya akan memfailkan permohonan kepada pejabat tanah.

Urusan permohonan dan pembayaran ini dilakukan oleh orang-orang YB Johari. Siapa yang tak teruja bila boleh memohon tanah ikut suka kita. Tentulah berpusu-pusu orang kampung ke pejabat Adun untuk memohon tanah dan geran tanah.

Pelik juga bila mengetahui perkara ini. Urusan pejabat tanah boleh dibuat di PEJABAT WAKIL RAKYAT PAS KUPANG. Macam ada yang tak kena saja ni?

Sepatutnya, segala urusan berkenaan dengan Tanah Rezab Kerajaan di bawah urusan Pejabat Tanah Daerah Baling, maknanya disini, PAS Kupang mengambil kesempatan ke atas permohonon Tanah Rezab Kerajaan.

Mc difahamkan, jumlah bayaran yang di buat pemohon tanah geran tu dah mencecah ratusan ribu ringgit. Di kampung itu saja jumlah pemohon melebihi 50 orang. belum lagi dicampur orang luar yang datang bukan sahaja dari dearah Baling, tetapi sekitar negeri Kedah.

Benda ni betul ke tipu? Kita tengok lagi,




Bila dah bayar, pemohon akan diberikan surat diatas. Lihat surat yang dikeluarkan PEJABAT YB PAS KUPANG, SURAT TANPA NAMA dan COP PUN TIADA. Apakah surat ini sah? Tengok lagi gambar dibawah, resit pembayaran yang dikeluarkan oleh Pejabat YB.


YB Joe ni pandai, dia keluarkan khabar angin bahawa, dia akan tolong penduduk kampung dapatkan geran dengan cepat. Kononnya dia boleh, disebabkan dia ni YB Pas, kabel dengan Azizan pun kuat jadi dia akan tolong semua penduduk kampung.

Tapi benarkah dia akan tolong? Atau semua ini penipuan?

Tunggu pukul 11.30 nanti, episod drama seterusnya.

McTheory:
Nak taip lagi panjang, jadi bersambung la ya..

4 Komen Pembaca:

Tanpa Nama berkata...

Buat laporan kepada SPRM, biar siasatan terperinci dilakukan. Tetapi takut SPRM buat tak kisah ja.(sebab bagi aku, SPRM dah hilang wibawa bila siasat parti PAS/PR) Rakyat yang akan teraniaya.

Tanpa Nama berkata...

SPRM kedah ni kroni azizan, kalo report sampai mati pun kes tak jalan.

Tanpa Nama berkata...

sampai botak 3-4 bukit cerah depa tarah, SPRM boleh kata tdk apa..tkdk kes.. celaka punya parasit!

Kalau kes NFC dulu, baru duit pinjaman, salah laku beli kondo, tp status duit pinjaman, dilondeh sakan keluarga Sharizat, sedih aku dgn dunia yg makin zalim dan tidak adil..

sejak PR menguasai pemikiran rakyat muda, habis kakitangan awam pun buta kayu.. berat sebelah dlm buat tuduhan atau urusan.

Allah Maha Besar!!!

Kakigunung berkata...

Sbb apa Cg Joe boleh idup dgn perbodohkan org Baling? Sbb area Kupang, kawasan dia tu penuh dgn suku sakat dia.

Kawasan Kupang pulak jenis puak PAS ni beranak pinak di situ jugak.. 7 beradik, 6 beradik menempek situ jg.. jenis puak ni tk reti nk pi ke mana dah..tu perangai org situ.. kabel PPD Baling pon dominan PAS.. anak pinak pencacai PAS ni senang2 je masuk sekolah2 daerah tu..

SO apa Cg Joe nk heran.. belasah je lah, sepupu sepapat dia berlambak2 boleh support.

Kempen LIKE!!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Popular Posts

Arkib Blog

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review