Sponsor

Memaparkan catatan dengan label pas kedah penipu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pas kedah penipu. Papar semua catatan

Ahad, 27 Januari 2013

EKSKLUSIF! Pendedahan Apabila Pejabat Adun PAS Kupang Jual Tanah Pada Penduduk Kampung! #TukarKedah #SlmtknGngInas



Semalam Mc kata nak buat pendedahan pasal dialog diantara penduduk. Tapi Mc percaya, ramai diantara pembaca blog yang tidak tahu apa masalah sebenar yang dihadapi oleh penduduk kampung Iboi di Baling.

Mc nak ulang balik isu ni dari mula, ceritanya macam ni, penduduk kampung Iboi telah lama mengusahakan tanah di kaki Gunung Inas. Mc diberitahu, mereka mengusahakan tanah di kaki Gunung tersebut dengan menanam pokok getah dan berkebun. Kiranya sudah menjadi sumber pendapatan mereka.

Mereka pada mulanya tak tahu, tanah itu rezab, tanah rezab. Biasa la orang kampung, mana pernah peduli pasal tanah rezab atau tanah hak kerajaan. Tiba-tiba kerajaan negeri Pas, datang ambil balak dikawasan berkenaan. Malah ada diantara tanah orang kampung yang telah diceroboh dan menjejaskan mata percarian mereka.

Situasi tersebut telah mendatangkan kemarahan kepada penduduk kampung Iboi. Untuk mengambil hati penduduk yang marah dengan perbuatan kerajaan negeri. Kerajaan negeri merancang untuk menawarkan tanah pembalakan dan geran pada yang telah mempunyai tanah di kawasan berkenaan.

Tetapi benarkah kerajaan negeri Kedah yang nak tawarkan tanah bergeran kepada penduduk Kampung Iboi?

Ini yang menjadi persoalan.


Diatas adalah alamat pejabat YB Johari Abdullah, Adun Kupang, Adun Pas Kedah. Tengok alamatnya betul-betul, kalau boleh hafal sekali.

Orait.. kalau korang dah hafal alamat pejabat dia, sekarang kita lihat pula surat yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Gunung Inas, yang sememangnya didalangi oleh Pas Kupang. Perhatikan betul-betul!


Pejabat Adun Pas Kupang, telah digunakan oleh Jawatankuasa Gunung Inas, untuk berfungsi lebih kurang pejabat tanah. Kiranya pejabat adun tu jadi pejabat tanah PAS lah. Siap boleh keluarkan resit untuk buat permohonan tanah.

Tapi yang menjadi sangsi, resit itu pula bukan dari pejabat tanah daerah. Resit yang mereka berikan, resit buatan sendiri yang dicop oleh Jawatankuasa Gunung Inas. Jawatankuasa yang didalangi oleh Pas ini mengambil duit permohonan dari penduduk kampung, kononnya akan memfailkan permohonan kepada pejabat tanah.

Urusan permohonan dan pembayaran ini dilakukan oleh orang-orang YB Johari. Siapa yang tak teruja bila boleh memohon tanah ikut suka kita. Tentulah berpusu-pusu orang kampung ke pejabat Adun untuk memohon tanah dan geran tanah.

Pelik juga bila mengetahui perkara ini. Urusan pejabat tanah boleh dibuat di PEJABAT WAKIL RAKYAT PAS KUPANG. Macam ada yang tak kena saja ni?

Sepatutnya, segala urusan berkenaan dengan Tanah Rezab Kerajaan di bawah urusan Pejabat Tanah Daerah Baling, maknanya disini, PAS Kupang mengambil kesempatan ke atas permohonon Tanah Rezab Kerajaan.

Mc difahamkan, jumlah bayaran yang di buat pemohon tanah geran tu dah mencecah ratusan ribu ringgit. Di kampung itu saja jumlah pemohon melebihi 50 orang. belum lagi dicampur orang luar yang datang bukan sahaja dari dearah Baling, tetapi sekitar negeri Kedah.

Benda ni betul ke tipu? Kita tengok lagi,




Bila dah bayar, pemohon akan diberikan surat diatas. Lihat surat yang dikeluarkan PEJABAT YB PAS KUPANG, SURAT TANPA NAMA dan COP PUN TIADA. Apakah surat ini sah? Tengok lagi gambar dibawah, resit pembayaran yang dikeluarkan oleh Pejabat YB.


YB Joe ni pandai, dia keluarkan khabar angin bahawa, dia akan tolong penduduk kampung dapatkan geran dengan cepat. Kononnya dia boleh, disebabkan dia ni YB Pas, kabel dengan Azizan pun kuat jadi dia akan tolong semua penduduk kampung.

Tapi benarkah dia akan tolong? Atau semua ini penipuan?

Tunggu pukul 11.30 nanti, episod drama seterusnya.

McTheory:
Nak taip lagi panjang, jadi bersambung la ya..

Selasa, 20 November 2012

PANASS!! Lepas Palsukan Minit Mesyuarat, Palsukan Akaun Bersumpah! Rektor KUIN Jamil Memang PENIPU BESAR!! #TukarKedah


Sebelum ini Mc bersama Team Media Kedah (TMK) mendedahkan bagaimana Rektor KUIN kesayangan Azizan Razak telah melakukan jenayah besar apabila memalsukan Minit Mesyuarat Palsu sebagai bahan bukti bagi mengelak KUIN membayar saman yang di kenakan syarikat kontraktor penyediaan perkhidmatan, Shake Cuisine SDN BHD. Untuk baca artikel semalam boleh klik SINI

Sebagai bukti Minit Mesyuarat berkenaan di palsukan, sahabat Mc dalam TMK, Duke Of UMNO telah mendedahkan bukti kukuh bahawa Minit Mesyuarat yang di gunakan KUIN bagi mengelak membayar saman yang di kenakan syarikat Shake Cuisine adalah arahan dari Rektor kesayangan Azizan Razak, Jamil Osman.

Rentetan dari pendedahan fasa pertama isu KUIN sebentar tadi, tidak dapat tidak, aku perlu mendedahkan satu faktor yang membuktikan Rektor kesayangan PAS Kedah telah menipu dan cuba memalukan institusi pengajian Islam itu...

Dalam kes ini, Setiausaha Kanan Rektor sendiri telah membuat "statutory declaration" atau pengakuan bersumpah yang mengakui bahawa minit mesyuarat tersebut SENGAJA DIPALSUKAN di atas arahan Datuk Dr. Jamil Osman melalui Timbalan Rektornya, Prof Madya Zakaria Man.

Sebenarnya, aku terkejut bila baca pengakuan bersumpah SU Rektor tu, Kamaliah Osman. Nampaknya Kamaliah enggan bersubahat dalam agenda pembohongan Jamil yang jelas menzalimi hak Shake Cuisine. Mungkin dia tak mau makan duit haram...

Jamil sendiri yang tandatangan minit mesyuarat tu. Tergamak dia buat dosa kering begitu? Rektor sebuah universiti "Islam" di Kedah pulak tu! Tak malu ke dia buat lagu tu? Kalau tak malu dengan masyarakat, malulah sikit pada Allah...



Aku nak tanya Azizan, kenapa dia renew kontrak perkhidmatan PEMBOHONG BESAR di dalam sebuah universiti "Islam" yang begitu harum namanya di zaman BN?

Kenapa perlu PAS Kedah simpan seorang penyeleweng seperti itu untuk memimpin KUIN, sebuah universiti yang dibangga-banggakan rakyat Kedah suatu ketika dulu di awal penubuhannya?

Pada aku, Azizan perlu memecat Jamil serta merta! Tiada tempat untuk insan sebegitu di KUIN. Kalau Azizan tak pecat Jamil, maka Azizan perlu bertanggungjawab bagi semua kesalahan Jamil dan dia sendiri perlu meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.

Tapi kalau Azizan dan Jamil muka tembok, muka tak malu, maka depa boleh terus menjawat jawatan MB merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUIN dan Rektor universiti tersebut. Nama KUIN perlu dibersihkan segera dari orang-orang sebegini.

Azizan sepatutnya buat kerja cara Islam! Bukan cara "agama PAS PIS PUS"..!!!



McTheory:
Mengelupoq lagi Pas lepas nih..

Sabtu, 17 November 2012

PANASS!! Pas Kedah Penipu!! Cabul Hak Kaum Wanita!! #TukarKedah


Nampaknya slogan negeri berkebajikan sememangnya retorik Pas semata mata, selama empat tahun memerintah akhirnya pewakilan Pas dari Kedah merangkap Ketua Penerangan Muslimat Pas Kedah mendedahkan Kerajaan Pas Kedah gagal menjaga kebajikan golongan wanita di Kedah..

Benarkah begitu? Kat sini Mc ada ambil cebisan manifesto Pas Kedah dari blog Medan Tempur.

Mc dedah sikit kat sini antara janji janji manis manifesto Pas Kedah pada PRU 12 yang lalu



Patutlah Ketua Penerangan Muslimat Pas ni marah sebabnya kesemua janji janji manis Pas untuk kaum wanita di Kedah tidak ditunaikan oleh Kerajaan Pas Kedah..

Kerajaan Pas Kedah dikritik kerana masih gagal menjaga kebajikan golongan wanita di negeri itu serta mengiktiraf mereka yang banyak berjasa meskipun telah memerintah selama empat tahun.

Perwakilan Kedah, Sarina Ismail berkata, Kerajaan Pas Kedah sepatutnya membuka lebih banyak peluang kepada wanita untuk mencari sumber pendapatan sendiri selain membelanjakan hasil negeri terutama dalam industri balak kepada golongan itu bukannya sebaliknya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan setiap pemimpin Pas agar tidak lupa diri dan menggunakan jawatan yang ada demi kepentingan peribadi sebaliknya kembali kepada perjuangan asal membela ummah.

"Di Kedah kami masih setahun jagung berbanding di Kelantan. Kita dapati masih ramai wanita yang kurang berkemampuan terpinggir mendapat hak mereka terutama sekali hak-hak kebajikan dan dengan ini perlu kebijaksanaan muslimat di kawasan masing-masing agar golongan ini dapat dibantu.

"Selain itu kita perlu mengiktiraf golongan wanita yang banyak jasanya kepada masyarakat seperti guru al-Quran dan bidan kampung dengan memberi bantuan sewajarnya tanpa mengira fahaman politik," katanya.

Sarina berkata demikian ketika ucapan penangguhan membahas ucap tama Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd. Yusof pada Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Ke-52 di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) sini hari ini. - UTUSAN

McTheory:
Islam melarang keras, umatnya mungkir janji. Pas Kedah ni Islam ka?