Selasa, 20 November 2012

PANASS!! Lepas Palsukan Minit Mesyuarat, Palsukan Akaun Bersumpah! Rektor KUIN Jamil Memang PENIPU BESAR!! #TukarKedah


Sebelum ini Mc bersama Team Media Kedah (TMK) mendedahkan bagaimana Rektor KUIN kesayangan Azizan Razak telah melakukan jenayah besar apabila memalsukan Minit Mesyuarat Palsu sebagai bahan bukti bagi mengelak KUIN membayar saman yang di kenakan syarikat kontraktor penyediaan perkhidmatan, Shake Cuisine SDN BHD. Untuk baca artikel semalam boleh klik SINI

Sebagai bukti Minit Mesyuarat berkenaan di palsukan, sahabat Mc dalam TMK, Duke Of UMNO telah mendedahkan bukti kukuh bahawa Minit Mesyuarat yang di gunakan KUIN bagi mengelak membayar saman yang di kenakan syarikat Shake Cuisine adalah arahan dari Rektor kesayangan Azizan Razak, Jamil Osman.

Rentetan dari pendedahan fasa pertama isu KUIN sebentar tadi, tidak dapat tidak, aku perlu mendedahkan satu faktor yang membuktikan Rektor kesayangan PAS Kedah telah menipu dan cuba memalukan institusi pengajian Islam itu...

Dalam kes ini, Setiausaha Kanan Rektor sendiri telah membuat "statutory declaration" atau pengakuan bersumpah yang mengakui bahawa minit mesyuarat tersebut SENGAJA DIPALSUKAN di atas arahan Datuk Dr. Jamil Osman melalui Timbalan Rektornya, Prof Madya Zakaria Man.

Sebenarnya, aku terkejut bila baca pengakuan bersumpah SU Rektor tu, Kamaliah Osman. Nampaknya Kamaliah enggan bersubahat dalam agenda pembohongan Jamil yang jelas menzalimi hak Shake Cuisine. Mungkin dia tak mau makan duit haram...

Jamil sendiri yang tandatangan minit mesyuarat tu. Tergamak dia buat dosa kering begitu? Rektor sebuah universiti "Islam" di Kedah pulak tu! Tak malu ke dia buat lagu tu? Kalau tak malu dengan masyarakat, malulah sikit pada Allah...



Aku nak tanya Azizan, kenapa dia renew kontrak perkhidmatan PEMBOHONG BESAR di dalam sebuah universiti "Islam" yang begitu harum namanya di zaman BN?

Kenapa perlu PAS Kedah simpan seorang penyeleweng seperti itu untuk memimpin KUIN, sebuah universiti yang dibangga-banggakan rakyat Kedah suatu ketika dulu di awal penubuhannya?

Pada aku, Azizan perlu memecat Jamil serta merta! Tiada tempat untuk insan sebegitu di KUIN. Kalau Azizan tak pecat Jamil, maka Azizan perlu bertanggungjawab bagi semua kesalahan Jamil dan dia sendiri perlu meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.

Tapi kalau Azizan dan Jamil muka tembok, muka tak malu, maka depa boleh terus menjawat jawatan MB merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUIN dan Rektor universiti tersebut. Nama KUIN perlu dibersihkan segera dari orang-orang sebegini.

Azizan sepatutnya buat kerja cara Islam! Bukan cara "agama PAS PIS PUS"..!!!



McTheory:
Mengelupoq lagi Pas lepas nih..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jamil bull shit!