Rabu, 2 Januari 2013

PANASS!! Penduduk Dun Sungai Limau TOLAK Azizan Razak MB kedah!! #TukarKedah


Kita bersambung lagi cerita mengenai penduduk Dun Sungai Limau yang mahu  menolak Adun merangkap Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak. Sambungan dari cerita Mc pada tahun lepas, nak baca boleh klik kat SINI.

Ini cerita tentang Menteri Besar Pertama Pas Kedah, tingkah lakunya yang jelik dan insyallah beliau dan exco beliau akan menjadi Menteri Besar terakhir wakil dari puak Pakatan haram.

Dengan gaya persembahan yang kurang menyakinkan, hambar dan banyak penipuan, Mc percaya takdak seorang pun, orang yang waras mahu Pas Kedah terus mentadbir negeri Kedah.

Semenjak pentadbiran Pas di Kedah, tak ada sesuatu perkara pun yang boleh dibanggakan oleh rakyat Kedah. Apa yang kita dengar, hanyalah salahlaku, salahgunakuasa, tebang balak berlebihan, projek gagal dan juga percemaran alam sekitar yang kritikal.

Begitu juga hal yang berlaku di Dun Sungai Limau. Sebelum Azizan menjadi Menteri Besar Kedah, Azizan menabur janji bagai nak rak dengan gaya ayat, 'kalau Pas memerintah Kedah'. Setiap ceramah, pelbagai janji ditaburkan, kononnya nak menegakkan syiar Islam, nak pejuangkan agama, nak hapuskan maksiat dan bla bla bla lagi janji yang ditaburkan.

Namun selepas Pas memerintah Kedah, janji entah ke mana, cerita lama yang dijanji hilang terus dibuai angin lalu. Menurut cerita dari penduduk Dun Sungai Limau, selepas Azizan jadi MB, nak tengok muka kat Kampung pun dah susah.

Kalau dulu sebelum mengundi, selalu nampak muka. Namun selepas jadi MB, walaupun balik kampung, Azizan agak menjauhkan diri dari orang kampung. Perangai sombong Azizan menjadi buah mulut orang kampung.

Akibat tekanan dengan perangai Azizan yang tak pernah langsung nak membantu orang kampungnya sendiri. Menyebabkan bekas orang kanannya sendiri sudah bosan dengan perangai sombongnya tu. Lalu beralih arah memberi sokongan kepada saingan ketat Azizan iaitu Phahrolrazi.

Punca dari kelemahan Azizan sendirilah menyebabkan Phahrolrazi bergerak 'membiayai' gerakan jatuhkan Azizan di Sungai Limau. Bak kata orang, kalau nak racun pokok tu, biar hingga ke akarnya, biar mati terus. Itulah yang terjadi sekarang.

Mc bukan cakap kosong, kalau tak percaya boleh tanya hal ini kepada penduduk kat sana. Sampai masa Mc akan dedahkan siapa individu yang menjadi ketua pengerak kat sana. Sabar yaa..

Sampai sini sahaja cerita Mc kali ni, nanti Mc sambung lagi cerita pasal Dun Sungai Limau ni. he he.. penentuan hidup dan mati Ustaz Azizan dalam politik Kedah.


McTheory:
Buat suspen sikit.. baru bestt

2 ulasan:

mars berkata...

oi.hang orang mana?.aku orang sungai limau..hang jangan nak wat fitnah dengan kawasan aku,.MB sangat bagus orangnya...jgn nak buat cerita kalau x tahu cerita benar.

Tanpa Nama berkata...

Aku orang kg Tualang Bkt Besar. MB memang sombong sebelum tu mcm mcm janji dgn kampung aku bila menang haram takada apa ingat kali ni kg Tualang bukan seratus peratus lagi sokong PAS lagi