Khamis, 9 Februari 2012

TUDIAA!! Ustaz Azizan BULI budak Sekolah!!


Semalam Mc di hubungi oleh seorang pengetua sebuah sekolah yang ternama di Alor Setar. Kiranya sekolah ni memang terkenal la dengan pembelajaran bijak yang berprestasi tinggi.

Beliau mengadu pada Mc, perihal buruk perangai Menteri Besar Kedah yang kebudak-budakkan.

Ceritanya bermula begini,


Sekolah berprestasi tinggi ni ada sertai sebuah pertandingan kokurikulum (peringkat nasional). Dengan izin Allah, sekolah ini berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir.

Pertandingan peringkat akhir pula dilangsungkan di Kuala Lumpur. Jadi sekolah berprestasi Tinggi tu tak cukup bajet untuk ke Kuala Lumpur, untuk membawa pelajar dan penyokong mereka.

Jadi seperti biasa, pengetua sekolah tersebut mengadaplah menteri besar Kedah untuk meminta pertolongan. Pada siapa lagi nak mengadu jikalau bukan menteri besar.

Setelah menempuhi proses pelbagai untuk mengadap menteri besar, akhirnya berkesempatan juga pengetua tersebut mengadap muka Ustaz Azizan.

Setelah berjumpa, pengetua sekolah terbabit memberitahu masalah mereka kepada Ustaz Azizan, dengan harapan, Ustaz Azizan sebegai menteri besar Kedah dapat membantu.

Namun apa yang mereka harapkan berkecai apabila pemohonan bantuan mereka ditolak. Nak tau Ustaz Azizan tolak atas alasan apa?

"Nak minta tolong saya, Gambar saya di Sekolah pun tak gantung, macam mana nak tolong?" kata Ustaz Azizan

Kah kah kah.. akhirnya pengetua sekolah tersebut pun keluar dari pejabat menteri besar dengan hampa dan kecewa.

Profesional sungguhlah si Menteri besar Kedah kita ni. Perangai macam kebudak-budakkan. Kalau sungguh pun taknak bagi bantuan. Bagi la alasan lain. Alasan gantung gambar pulak yang dia bagi. kah kah kah.. lawak sungguh.

Ini cerita benar dan bukan cerita rekaan. Kalau tak percaya boleh tanya pada Ustaz Azizan. kah kah kah...

McTheory:
gelak besar bila dengar cerita ni sebenarnya..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Takut nanti bila gantung gambar Jijan depa kata ni bukan pelakon filem India ke?
Lagi pun tok sah dok meroyan la MB PAS, premis sekolah tu dibawah kerajaan pusat, hanya gambar tokoh pemimpin berkaliber je dipamir. Faham???

Tanpa Nama berkata...

Yang ust Jijan tak bagi pasai apa? Duit kerajaan negeri tu duit rakyat.Budak sekolah tu rakyat juga.Bukan semua nak orang UMNO, anak orang PAS pun ada.Awat yang tak reti sangat. Tu tanda kerajaan negeri dah bankrupt.Ambik sebijik, padan muka.