Khamis, 29 Mac 2012

PANASS!! Apabila Ahli Pas Kedah MAKI Phahrolrazi dan Konco-Konconya!! #saveKedah



Semalam Mc berkesempatan melepak bersama dengan beberapa orang ahli dan penyokong setia Pas. Geng yang Mc lepak ni memang kaw kaw punya totok Pas. Kata orang kerat 18 pun dia tetap bersama Pas. Mc saja la join lepak dengan depa ni. Syok juga dengar pendapat dari orang yang berlainan ideologi dengan kita. Mana tau ada cerita yang kita sendiri taktau.

Bab depa kutuk UMNO/BN ni biasa la.. itu dah memang kerja puak ni. Tapi apa yang paling bestnya apabila topik berkaitan dengan Phahrolrazi dan Ustaz Azizan keluar. Bab ni Mc kena lebih beri perhatian.


Hampir kebanyakkan ahli biasa Pas di Kedah, tidak suka dengan apa yang berlaku didalam pentadbiran Pas. Pengkhianatan Phahrolrazi, Dr Ismail, Nasir Mustafa dan konco-konconya tu membuatkan ramai ahli Pas tegar bagaikan hendak membunuh 3 ekor parasit yang merosakkan pentadbiran negeri.

Malah ada yang tak faham kenapa orang yang kononnya dulu perjuangkan Islam, menjadi seperti itu. Tambahan pula mereka dengar Mat Sabu pun sudah mula campur tangan dalam pentadbiran kerajaan negeri. Sokongan Mat Sabu kepada pelajar KUIN yang digantung oleh Ustaz Azizan merupakan satu gerakan mula cabaran besar kepada Azizan MB Kedah.




Mungkinkah Mat Sabu yang akan melangkau kuasa yang ada pada jawatankuasa Pemandu? Atau Mat Sabu mempunyai misi khas yang diarahkan oleh Anwar untuk  mengulingkan kerajaan negeri Kedah?

Mesyuarat pendamaian diantara bekas Exco Phahrolrazi dan MB Kedah, Ustaz Azizan hanya damai di permukaan semata. Sedangkan hakikatnya, gerakan sulit alam maya, bawah tanah terus berjalan dan berhasrat meruntuhkan pentadbiran kerajaan negeri.

Disebabkan masalah yang dibawa oleh bekas exco ini. Ahli Pas di Kedah bagaikan tidak ada semangat lagi untuk menghadapi pilihanraya. Jentera Pas berpecah belah. MB Kedah bagaikan ada dua. Satu, Ustaz Azizan, satu lagi Phahrolrazi, atau lebih yang dikenali sebagai MB Kuala Kedah.

Kalau keadaan ini berterusan, Mc percaya, Pas Kedah akan kalah dulu sebelum bertanding. Malah Orang Pas kata, baik kalah pun takpa, dari tengok Pas terus berpecah! Kalau macam tu, Mc kata baguih la. he he..



McTheory:
Orang UMNO buat apa, Tengok saja?

Tiada ulasan: