Jumaat, 2 Mac 2012

PANASS!! Hadi Awang pun PENING nak tolong Pas Kedah!!



Mula-mula baca artikel kat bawah ni dulu, kemudian Mc ada penjelasan untuk jelaskan lagi apa yang terjadi.


Krisis dalaman Pas semakin kritikal apabila mesyuarat khas yang berlangsung hampir empat jam bagi membincangkan isu pergolakan parti itu di Kedah gagal menemui jalan penyelesaian.


Sebaliknya, kepimpinan Pas Pusat sekali lagi terpaksa mengadakan mesyuarat pada Sabtu ini bagi menghimpunkan semua pihak yang bertelagah di Alor Star Kedah untuk menyelamatkan parti tersebut.


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang tampil membuat sidang media pada pukul 12.30 tengah malam berkata, pucuk pimpinan parti itu yakin pertemuan pada Sabtu ini akan membuahkan keputusan.


"Mesyuarat malam ini membuat keputusan untuk kita mengadakan pertemuan muhibbah sekali lagi di Alor Star, Kedah. Kita percaya pertemuan tersebut akan menyelesaikan segala kemelut yang melanda," katanya. - UTUSAN


Punya la teruk masalah yang melanda Pas Kedah ni, hinggakan Pas Pusat pun pening kepala fikir nak selesaikan masalah. Lepas mesyuarat di pusat, depa nak buat mesyuarat kat Kedah pulak.

Sebenarnya masalah Pas di Kedah lebih menjurus kepada masalah peribadi diantara dua orang pemimpin. Azizan dan Phahrolrazi. Azizan sebagai menteri besar, beliau lebih rilek dan tidak melompat seperti Phahrolrazi. Phahrolrazi yang lebih banyak bergerak mencucuk pemimpin-pemimpin tempatan untuk memberi sokongan kepadanya.

Sehinggakan beliau membuat gerakan bawah tanah yang bertekad untuk menghuru-harakan pentadbiran Pas Kedah. Tujuan beliau hanyalah untuk memperlihatkan bahawa, Pas Kedah dibawah pentadbiran Azizan sudah tidak stabil dan menteri besar Kedah harus di tukar.

Jadi untuk menyelesaikan masalah peribadi yang telah diselitkan dengan dendam ni, amatlah payah. Tambahan pula Phahrolrazi bercita-cita untuk menjadi MB Kedah.

Cuma, mungkin penyelesaian politik mampu dibuat oleh Pas. Seperti mana yang selalu Anwar buat apabila ada perselisihan faham diantara parti dalam Pakatan.

Namun penyelesaian politik ini lebih bersifat sementara, bila-bila masa pun boleh meletup jika ada yang tak kena.

Nampak sangatlah Pas pun dah kena penyakit gila kuasa seperi mana UMNO. Dulu puak-puak ni kutuk UMNO bagai nak gila. Sekarang ni bila dah kena ke muka sendiri, pandai pulak memasing diam melarikan diri.

UMNO Melayu, Pas pun Melayu, cuma Pas berlakon lebih Islam dari UMNO. Tapi bila mai berebut kuasa, Islam pun buang ketepi.

Cuma UMNO baguih lagi dari Pas sebab UMNO pandai mentadbir, Pas pula pandai merosak!



McTheory:
Dua-dua sama saja, tak payah dok berlakon laa..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mu dok merepek pa dik wang ooo.....