Selasa, 6 Mac 2012

TERPANASS!! Keadaan Ostat Azizan umpama telur di hujung tanduk!!



Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan mentadbir negeri ini tanpa sebarang kuasa mutlak kerana keputusan berkaitan kerajaan negeri perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Pemandu Pas Pusat.

Langkah yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Kedah itu menyaksikan Menteri Besar kehilangan sebahagian kuasanya apabila pihak luar boleh campur tangan dalam membuat keputusan melalui jawatankuasa tersebut.


Lebih serius, sumber memberitahu, langkah itu dikhuatiri boleh menyebabkan Menteri Besar dilihat seolah-olah boneka dalam keputusan tertentu jika tidak dipersetujui oleh Exco-exco.

Penubuhan jawatankuasa itu adalah salah satu daripada tiga keputusan Pas Pusat hari ini bagi menyelesaikan kemelut Pas Kedah ekoran dua Exconya, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh enggan menerima semula jawatan tersebut.

Segalanya terjadi apabila keputusan mesyuarat pergelutan Pas Kedah dicapai semalam.

Dibawah adalah perkara yang terjadi ketika mesyuarat!

Ketika mesyuarat yang bermula pukul 8 malam itu, salah seorang yang terlibat dalam perbalahan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dikatakan membentangkan hujah dengan nada yang tinggi sehingga menimbulkan perasaan tidak senang pemimpin yang hadir.

Berikutan itu, mesyuarat kali kedua selepas ia diadakan kali pertama di Kuala Lumpur yang bertujuan menyelesaikan perbalahan antara Azizan dengan dua Exconya iaitu Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh gagal mencapai penyelesaian muktamad.

Pas Pusat akan mengadakan sidang akhbar esok bagi mengumumkan hasil mesyuarat berkenaan.

Sumber memberitahu, keadaan itu berlaku kerana Pas Pusat dikatakan tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak-pihak yang bertelagah, antaranya mahu Phahrolrazi dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah dan Azizan diminta berehat atau tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sebagai timbal balas, kata sumber itu, Phahrolrazi dan Ismail perlu akur menerima semula pelantikan Exco yang sebelum ini ditolak oleh mereka.

"Tetapi persoalannya, adakah Azizan boleh bekerja dengan dua pemimpin yang dikatakan berpatah arang dengannya sebelum ini," kata sumber itu di sini hari ini.

Semasa mesyuarat berlangsung, kata sumber tersebut, Phahrolrazi 'menghamburkan' semua perkara yang terbuku di hatinya termasuk mempertikaikan kemampuan dan kewibawaan Azizan dari segi kesihatan, sokongan akar umbi serta kelemahan mengatur strategi pilihan raya.

"Azizan bagaimanapun memberi penjelasan dengan tenang tetapi dalam mesyuarat itu, ada pihak tertentu yang mahukan kuasa dengan mendesak beliau berundur segera sebelum pilihan raya, namun beberapa pemimpin Pas Pusat kelihatan tidak dapat menerima cadangan itu," kata sumber tersebut.

Berikutan itu, kata sumber berkenaan, Pas Pusat terlebih dahulu terpaksa memperhalusi beberapa perkara sebelum boleh membuat pengumuman rasmi.

''Ketika ini, beberapa kawasan Pas seperti Kuala Kedah menjadi kawasan hitam bagi Azizan dan begitu juga sebaliknya iaitu di beberapa kawasan yang menentang Phahrolrazi," kata sumber itu.

Sumber tersebut juga berkata, Azizan kemungkinan akan mengambil langkah tertentu ekoran 'diserang' oleh orang kepercayaan sendiri, antaranya melantik Exco tertentu sebagai pelapis kepimpinan Pas Kedah jika berlaku sesuatu. Ada sumber dan rujukan yang Mc ambil dari Utusan Malaysia.

Akibat dari itulah, sebuah jawatankuasa Pemandu untuk Azizan mentadbir Kedah.

Azizan mentadbir kerajaan Kedah dibawah 'pemanduan' Pas Pusat. Ini bermakna, Azizan tidak berkuasa dan untuk menentukan segala keputusan negeri. Kerana ia ditentukan dan di pandu oleh jawatankuasa pemandu Pas pusat.

Namun bagi Mc, kerajaan Kedah sekarang keadaannya amat rapuh dan hanya retak menanti belah. Jika ada tercuit dan tersadung, pasti akan berperang semula.

Apakah dalam situasi seperti ini pun, UMNO masih tidak mempunyai idea untuk melancarkan perang psikologi? tunggu apa lagi?


McTheory:
Benda nak runtuh, tolak pun jatuh!!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dalam permasalahan ini:

Pahrolrazi KALAH
uST Azizan TAK MENANG
pAS Pusat NAMPAK BODOH
pAS Negeri RUGI
Anwar juga TAK HEBAT

YANG UNTUNG DAP... DAPAT PECAHKAN MELAYU PAKATAN

Insaflah...

Tanpa Nama berkata...

PAS LAKNATULLAH!
PAS LAKNATULLAH!
PAS LAKNATULLAH!

Hancurkanlah parti PAS YA ALLAH..parti yg sgt banyak merosakkan agama-MU dan persaudaraan hamba-hamba-MU

Kau lemahkanlah sekutu mereka dan hacurkanlah mereka Pakatan Rakyat!!

AMIN!

Tanpa Nama berkata...

Masa nk roboh Madrasah.. "sampai hati ostad Jijan buat cmtu kt Madrasah Solihiah.."

la ni.. padan muka hnag Ostad Jijan.. kalau dlu aku masuk jgk belah hang.. sbb aku melaut dgn PAS Kedah.. tp sejak hang nk balun Madrasah tu..sorrylah..pi melingkuplah hang dgn puak2 MAIK yg lapaq duit tu!

hangkedee berkata...

Kebulur duit cina semua nak di jual Madrasah,tanah perkampungan Melayu hendak di buat kubur cina kafir laknattullah.