Rabu, 7 Mac 2012

TUDIAA!! 600 Juta Punca Pergolakkan Pentadbiran Pas Kedah?!!



Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Kedah, Abd Ghani Ahmad, menafikan laporan sebuah portal berita yang mendakwa Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkeras mahu memberikan kontrak bernilai RM600 juta kepada syarikat yang mempunyai hubung kait dengan Umno.

Beliau juga turut berkata, dakwaan berkenaan tidak benar kerana Azizan tidak pernah berbuat demikian.


"Pemberi projek mesti melalui tender terbuka dan semua syarikat tidak kira dimiliki oleh sesiapa pun boleh dipertimbangkan sekiranya memenuhi kriteria," katanya dalam satu kenyataan kepada The Star.

Menerusi laporan itu mengatakan bahawa krisis di Kedah berpunca daripada keputusan Azizan yang mahu memberikan kontrak tersebut kepada syarikat terbabit.

Dinyatakan bahawa maklumat berkenaan disahkan oleh Datuk Phahrolrazi Zawawi, iaitu salah seorang daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang menolak untuk dilantik semula sebagai exco.

Sementara itu Datuk Amiruddin Hamzah yang kini memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air, Tenaga, Industri dan Pelaburan berkata setakat ini tidak ada kontrak pembinaan jalan di Kedah bernilai RM600 juta seperti yang didakwa.

Namun beliau percaya kemungkinan laporan berkenaan sebenarnya merujuk kepada kontrak bernilai RM60 juta bagi memperbaiki jalan di Kedah untuk tempoh setahun.

Bagaimanapun Phahrolrazi enggan mengulas mengenai laporan portal berita berkenaan, sementara Azizan gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan. - UN

Mc tak nafikan laporan di atas. Bukan hanya projek, bahkan ada juga tanah. Sebab tu exco Pas marah sangat kat Azizan. Depa kata Azizan ni tak pandai jaga Pas. Dok bagi kat orang UMNO banyak sangat. Kalau boleh depa nak semua projek kat kroni depa. Serupa Kedah ni macam mak bapak depa yang punya.


McTheory:
Kata Islam, berebut harta dunia, bagai nak rak!!

Tiada ulasan: