Rabu, 28 Mac 2012

TUDIAA!! Kerajaan Pas Kedah Guna Duit Haram Untuk Orang Mati? #saveKedah



Kerajaan Negeri Kedah membuktikan keprihatinannya dengan memperkenalkan Skim Kafalah bagi membantu rakyat yang kurang bernasib baik tanpa mengira agama, bangsa, umur dan fahaman politik. Ia menjamin hak keistimewaan rakyat negeri ini dengan sejajar dengan slogan “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan negeri telah memperuntukkan wang sejumlah RM3.6 juta untuk melaksanakan program Skim Kafalah Kedah bagi tahun 2010. Program ini mensasarkan golongan miskin yang berpendapatan perkapita RM180 ke bawah atau pendapatan seluruh isi rumah RM720 ke bawah.


Menurutnya, keluarga miskin yang layak dan mengikuti garis panduan e-Sinar di mana penerima sumbangan adalah rakyat Kedah yang berdaftar di bawah program e-Sinar.

Selain itu, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM500 kepada waris secara tunai dan pemberiannya hanya sekali sahaja setiap satu kematian, ini adalah bagi mengelakkan tuntutan bertindih waris yang lain.

Jika sebelum ini kerajaan negeri memperkenalkan Skim Kifalah, namun kini namanya ditukar kepada Kafalah kerana bertepatan dengan sebutan Bahasa Arab.

Kata beliau, penukaran ini dilakukan bagi menepati sebutan asalnya kerana tidak mahu rakyat terkeliru namun matlamat asal skim ini tetap sama bagi membantu golongan berpendapatan rendah membiayai kos pengurusan jenazah.



Skim ini sebenarnya sudahpun dimulai oleh Kerajaan BN dan di’copy paste’kan oleh Kerajaan PAS Kedah sekarang. Tidak dinafikan bahawa baik PAS ker, PKR ker mahupun DAP akan mengikut segala perancangan BN dalam mengurus tadbir Kerajaan Negeri yang telah berjaya dirampas dari BN.

Hakikat yang terpaksa disembunyikan oleh mereka ialah MALU untuk mengakui keberkesanan segala perancangan pembangunan oleh BN sebenarnya baik dari segi lahiriah mahupun batiniah kepada rakyat.

Pemberian skim ini terbukti hanya diberikan kepada segelintir golongan sahaja iaitu golngan yang menyokong perjuangan parti PAS ataupun Pakatan Rakyat. Berlainan dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang telah terbukti tidak diberikan kepada segelintir golongan tetapi keseluruhan rakyat Malaysia (tolak yang kaya jer ler). Tidak kira fahaman politik, agama mahupun bangsa dan tidak pula perlu daftar melalui apa-apa E sekali pun.

Tetapi tiada bukti menyatakan pemberian skim tersebut diberikan kepada masyarakat bukan Islam. Padahal mengikut tujuan asalnya skim ini disasarkan kepada golongan yang kurang bernasib baik tanpa mengira agama, bangsa, umur dan fahaman politik. Jika ada MKT hendak Kerajaan PAS Kedah sila buktikan.

Rakyat hendak tahu dari manakah sumber kewangan sebanyak RM4 juta diperolehi untuk pengurusan skim ini. Sedangkan mengikut Bajet Negeri Kedah pada 2012, Kerajaan PAS Kedah sudahpun didalam keberhutangan sebanyak RM20 juta (defisit). Adakah ianya datang dari sumber haram seperti hasil cukai arak dan lain-lain, kerana difahamkan Kerajaan PAS Kedah tidak mengasingkan akaun hasil halal dan haram.

Lagi satu, kelemahan ketara skim ini hayalah untuk bila ada kematian sahaja. Barulah akan diberikan. Maksudnya jika seseorang rakyat Kedah hendakkan sedikit imbuhan dari skim ini, kena mati ler dulu. Tapi bukan yang memohon yang dapat, waris yang dapat merasa duit itu....HAMPESSSS......

Melayu Kedah Terakhir

Tiada ulasan: