Jumaat, 27 April 2012

EKSKLUSIF!! Peniaga Pasar Pekan Jitra DIUGUT??!! #saveKedah

Mc ada dapat email dari pembaca mengenai maklumat tentang pemerasan terbaru kerajaan negeri kedah pada rakyat yang berpendapatan rendah.

Mc dimaklumkan, mulai 1hb Mei 2012 ini, peniaga pasar Pekan Jitra yang bawa kereta, walaupun parking dalam lot niaga, di wajibkan bayar caj parking bulanan sebanyak RM30.

Pada makluman semua, tapak niaga sehari, sudah di kenakan bayar RM3. Sekarang ni ditambah pula dengan kos parking, ia menjadi beban kepada peniaga pasar. Mungkin pada sesetengah orang RM3 ringgit dan rm30 ringgit tu tak besar. Tapi pada yang berpendapatan rendah, ianya amat dirasai.

Boleh rujuk memo dibawah,




Siapa agaknya yang bertanggung jawab mengeluarkan surat atau memo ini? hmm.. boleh tengok sendiri dibawah,


Siapa pula yang keluarkan memo atau surat ni? hmm..



Peraturan baru ni di buat oleh Majlis Daerah Kubang Pasu untuk penjaja / peniaga kecil sekitar market Jitra. Sudahla hasil berniaga harian hanya cukup-cukup makan. Ditambah pula dengan beban baru. Bertambah parahla pendapatan peniaga disini.


Sedangkan bila gula naik 20sen pun kita bising bagai nak rak. Inikan pulak sebulan rm30. Lagi jelas perbezaannya.

Semasa kerajaan dulu, 50 tahun memerintah, takdak apa yang naik. Bila kena kerajaan ISLE Pas ni, macam-macam pula cas tambahan yang muncul. hmm.. apakah ini dinamakan, Kedah Sejahtera? Negeri Kebajikan?...

McTheory:
Hangpa Pikiaq la noo.. baik baik..

Tiada ulasan: