Jumaat, 20 April 2012

KASI PANAS!! Ketua Pemuda UMNO BODOHKAN Anwar Ibrahim!! #mansuhPTPTN


Memang patut pun Anwar di BODOHkan macam tu saja.. sebab dia memang bodoh pun. Baca artikel menarik dibawah!

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyarankan para mahasiswa berkhemah di rumah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantah pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


Beliau mendakwa saranan itu wajar memandangkan Anwar merupakan individu yang meluluskan PTPTN ketika menjadi pemangku Perdana Menteri pada 1997.

“Jika mereka (kumpulan mahasiswa) nak tunjuk perasaan buat dirumah Anwar dan ibu pejabat PKR.

“Ini kerana Anwar yang perkenalkan PTPTN dan meluluskannya pada November 1997 ketika menjadi pemangku Perdana Menteri sewaktu Tun Dr Mahathir (Mohamad) bercuti,” dakwa beliau.

Menurut beliau, tindakan kumpulan mahasiswa yang berdemonstrasi dengan berkhemah di Dataran Merdeka sejak Sabtu lalu, turut disifatkannya sebagai kurang mendapat didikan daripada ibu bapa.

Katanya, tindakan sedemikian juga hanya bersifat peribadi dan mencemarkan nama baik mahasiswa.

“Nak tunjuk berani tak bertempat dengan perilaku meletakkan gambar Perdana Menteri dan Khaled Nordin dengan kalungan bunga seolah-olah mereka mati.

“Tindakan ini biadap, jika nak berhimpun…..himpunlah. Tak malu ke buat himpunan sebab tak nak bayar hutang? Tapi kalau nak berjuang mengenai kemiskinan atau isu-isu lain tak mengapa.

“Ada dalang disebalik mereka ini. Malahan kalau kita tengok yang berucap pun kita tahu ada kena mengena dengan pembangkang.

Mahasiswa lain pun kutuk perbuatan mereka,” katanya yang juga bekas pimpinan pelajar pada 1970-an dahulu.

Sementara itu pada 16 April lalu, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mencabar kumpulan mahasiswa berkenaan supaya memulangkan semula pinjaman itu jika mahu berdemonstrasi.

Beliau berkata kumpulan terbabit perlu berbuat demikian untuk membuktikan bahawa mereka sememangnya tidak mahu pembiayaan pendidikan itu diteruskan. - FMT

McTheory:
patutnya buat demo depan rumah Anwar.. lepas tu khemah sekali kat sana!!

1 ulasan:

Sudir berkata...

Diaorang pun tak berani berkhemah depan rumah Anwar.. Kang kena 'try' naya..