Isnin, 23 April 2012

PANASS!! Akhirnya DBKL Bertindak Keatas Khemah Demo Mahasewel di Dataran!! #mansuhPTPTN #Bersih3


Disebabkan aduan daripada orang ramai, akhirnya DBKL bertindak!! Syabas kepada DBKL kerana mengutamakan majoriti rakyat Malaysia yang benci dan sakit mata melihat kelakuan kumpulan Mahasewel dan mahaseksi kat dataran tu.

Salah seorang yang telah membuat laporan kepada DBKL mengenai kumpulan Mahasewel ni ialah,



En. Shukri 

Mc sempat menyoal En. Shukri kenapa perlu membuat aduan kepada pihak DBKL? Beliau kata, beliau sakit mata dan sakit hati melihat kelakuan kurang ajar para mahasewel dan mahaseksi yang melanggar undang-undang negara dan DBKL. Malah beliau kecewa dengan DBKL kerana tidak tegas dalam melakukan kerja, tanpa bertindak mengikut undang-undang.

Jika seseorang peniaga boleh diangkut dan di saman oleh pihak DBKL, jika berniaga di dataran merdeka, kenapa peserta demo ni tak boleh dilakukan sedemikian rupa? Apa kebalnya mereka ini? Apakah mereka ni lebih istimewa dari rakyat Malaysia yang lain?

Disebabkan ketidak puasan hati beliau, beliau melakukan dua report mengenai perkara ini, satu kepada DBKL supaya bertindak tegas, satu lagi kepada pihak SPRM supaya menyiasat penguatkuasa DBKL yang gagal bertindak keatas pendemo terbabit.

Rujuk dua lampiran aduan beliau keatas DBKL dan SPRM,

Aduan kepada DBKL

Aduan kepada SPRM mengenai DBKL

Apakah DBKL mahu menunggu sehingga ada aduan daripada rakyat Malaysia, baru mereka mahu bertindak tegas. Ataupun DBKL terkejut dengan aduan mengenai tindakan tidak tegas mereka telah diajukan kepada pihak SPRM?

Kalau cara ini berkesan, Mc harap lebih ramai yang membuat aduan dan laporan mengenai cadangan JAHAT puak pendemo untuk berhimpun sempena Bersih 3.0 nanti.

Bersatulah majoriti rakyat Malaysia untuk MENOLAK PERBUATAN JAHAT DAN BUSUK DARI PAKATAN HARAM!!

Aduan anda diperluakan untuk menolak SEBARANG PERHIMPUNAN HARAM YANG MENCEMARKAN KEHARMONIAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Jika mereka kata, mereka mempunyai hak untuk berhimpun, apakah warga Kuala Lumpur yang berjuta-juta itu tidak mempunyai HAK mereka?

Pihak berkuasa, perlu bertindak tegas mengenai perkara ini. Utamakan MAJORITI RAKYAT, dan BUKANNYA MANORITI!!



McTheory:
Kuasa rakyat dan hak rakyat, bergantung kepada kumpulan yang lebih besar!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku cadangkan supaya sesiapa yang bencikan bersih 3.0 agar membuat report polis, kerana anda juga mempunyai hak untuk bersuara dan menyatakan pendapat, bukan sahaja puak anti establishment yang mempunyai hak, mereka yang mencintai keamanan juga mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat. ayuh bertindaklah dari sekarang.