Khamis, 5 April 2012
PANASS!! Apakah Ini Kabinet Bayangan Pakatan Haram?? #PenipuRakyat
Jika Barisan Nasional memenangi PRU 13, kita tahu siapa bakal PM, TPM dan top 5 post terpenting dalam Kerajaan adalah milik Barisan Nasional. Secara line up, lebih kurang beginilah:
PM- YAB Dato Seri Najib Tun Abd Razak
TPM - Tan Sri Hj Muyhidin Yasin
Kem Pertahanan- MP UMNO
Kem Kewangan - MP UMNO
Kem Dlm Negeri - MP UMNO
Kem Pelajaran - MP UMNO
Kem Pengajian Tinggi- MP UMNO
Sebelum memangkah semasa PRU, wajib kita tahu siapa yang kita pangkah, siapa yang akan membawa Malaysia ke alaf depan, siapa yang akan jadi PM, TPM dan pemimpin² bawah yang akan sama² menentukan arah tuju negara.
Bagi pihak Pembangkang pula bagaimana? Sebagai rakyat, kita perlu tahu siapa yang akan perintah negara. Jadi, mungkin para penyokong Pakatan Rakyat boleh bagi sikit idea?
PM - Anwar Ibrahim
TPM?
etc
etc
etc?
atau sifir mudahnya begini:
Menteri Pelajaran : Fuziah Salleh
Menteri Pengajian Tinggi : Mahfuz Omar
Menteri KDN : Azmin Ali (rakyat harus risau serisau-risaunya)
TPM : (mereka masih bergaduh belum lagi sepakat nak beri pada orang melayu atau bangsa lain)
Menteri Pertahanan : Tony Pua (DAP akan beli kapal selam German perang dunia ke 2 sebab lagi murah dan Lim Guan Eng akan diberi peluang sekali lagi naik kapal selam sama ada kapal selam akan timbul atau tenggelam buat selamanya).
Mungkinkah begitu barisan pimpinan pilihan Anwar Ibrahim apabila menjadi Perdana Menteri kelak? Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah!
Sesetengah pihak berharap Kementerian Pendidikan diwujudkan semula dengan menggabungkan semula Kementerian Pengajian Tinggi di bawah jagaan sorang menteri. Kalau tidak, sistem pendidkan negara akan kacau bilau sebab ada dua orang menteri mempunyai kuasa masing masing dalam pendidikan.
Lihat pada masa ini, sekolah telah telah berpatah balik menggunakan bahasa melayu sebagai medium subjek Sains dan Matematik tetapi di IPT bahasa inggeris pula ambik alih. Bukan saja subjek teras malah ekonomi, undang undang juga diajar dalam bahasa inggeris.
Artikel asal dari Media Cyber. Mc cuma nak tambah sikit. Kalau dilihat dari kabinet bayangan geng Pakatan Haram ni. Peranan Melayu dalam kabinet Malaysia sudah kurang hampir 70%. Malah jawatan menteri yang penting-penting semuanya telah diambil alih kaum lain.
Apakah kita mahu nasib dipinggirkan dari negara kita sendiri? Pas tidak mampu mengantikan peranan UMNO, kerana mereka hanya parti nombor 3 dalam Pakatan. Agaknya dalam keadaan demikian, macam mana kita nak harap Pas menjaga nasib orang Melayu kelak?
Takut nanti, harapkan pagar, pagar makan padi. he he..
McTheory:
Pas diri sendiri pun tak terjaga, macam mana nak jaga orang lain?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan