Khamis, 19 April 2012

PANASS!! Kisah Benar Mahasewel DI PUKUL SAMSENG UMNO??

Dahsyat gila semalam, apabila geng mahasewel yang berada di Dataran Merdeka dipukul dan khemah mereka dirobohkan. Kita baca dulu apa yang terjadi semalam.


Sekumpulan antara 40 hingga 80 samseng (perbezaan diantara 40 orang, cerita betul ke dongeng ni) berkelakuan biadap apabila menyerang perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka, kira-kira jam 2.30 pagi, lapor Portal Haprak Pakatan.

Berpakaian serba hitam, samseng itu turut meroboh khemah, memukul mahasiwa dan orang ramai yang menyokong perkhemahan dengan menumpu sasaran terhadap mereka yang membawa kamera dan perakam video. (Nak percaya apa pada video? kan Hadi cakap tu BESI?)



(Kanan: Mahasiswa dan orang ramai berkumpul menceritakan detik-detik cemas, namun semangat mereka tidak luntur.)


Kejadian itu menyebabkan seorang lelaki terpaksa dihantar menaiki ambulans ke hospital manakala beberapa orang termasuk mahasiswa, ditendang, ditampar dan ditumbuk. (kena tampar masuk hospital.. gila sehhh)

“Saya sedang tidur dalam khemah sebelum terjaga apabila muka saya ditendang dari luar (terer orang yang tendang tu, boleh tau kat mana muka disebalik khemah?),” kata penuntut sarjana Universiti Putra Malaysia (UPM), Nur Ruqayyah Abdul Rahman yang berpurdah itu kepada laporan dari KeldaianDaily (sapa percaya jadi KELDAI), awal pagi ini.

Beliau yang turut kehilangan telefon bimbit akibat insiden itu berkata demikian ketika berkongsi detik cemas itu bersama mahasiswa dan orang ramai. (kat dataran bawah HP? cas kat mana ye?)

Kebanyakan mereka kesal kerana kumpulan samseng itu dibiar bermaharaja lela walaupun balai polis bergerak terletak hanya 10 meter dari lokasi perkhemahan. (Polis pun malas nak peduli korang)

Seorang saksi lain kesal kerana polis enggan memberi bantuan walaupun beliau merayu bantuan tetapi anggota pihak berkuasa itu memberi alasan ‘bimbang keselamatan mereka terancam’. (gila punya menipu, polis bagi alasan macam tu)

(Kiri: Khemah mahasiswa yang dirosakkan kumpulan samseng.)


Dalam kejadian itu, samseng turut melontar kata-kata kesat dan mencampakkan cermin mata aktivis sosial, Fahmi Reza manakala rakannya, Boon Kia Meng, seorang pensyarah institusi pengajian tinggi swasta, ditumbuk. (masuk hospital tak?)

“Sebaik saja keluar khemah akibat kekecohan itu, saya hanya duduk tanpa membalas cercaan mereka. Sebaliknya, mereka ambil dan campak cermin mata saya. Kia Meng di sebelah pula ditumbuk,” katanya. (kalau samseng dia tak campak, dia pijak saja terus)

Kamera Nurul Haniza Mohamad, 24, pula rosak selepas ia dirampas ketika dikerumuni lima atau enam samseng.

“Mereka tarik baju dan beg saya. Ada seorang tunjal kepala saya sambil menghambur kata-kata kesat,” katanya yang berasal dari Batu Arang, Selangor. (tunjal kepala, sebab bodoh, orang suruh belajar, bukan demo kat Dataran)

(Kanan: Kebiadapan samseng tidak mematahkan semangat mahasiswa untuk terus berkhemah sehingga 28 April ini.)

Seorang ahli Unit Amal PAS Batu, Mohd Kassim Abdullah, 24, pula ditampar dua kali, malah disiram air oleh sekumpulan samseng berkenaan. (ahh.. dia ni bagus, apabila kena tampar, tak masuk hospital)

Sungguhpun berdepan kekasaran samseng itu, semua mahasiswa dan kumpulan penyokong tetap bersemangat, malah membuat ketetapan untuk terus kekal berada di situ. (nampak sangat la berlakon) ha ha ha..


Artikel tu Mc ambil dari sebuah blog Pencacai, tak payah la Mc bagi link dia. Kalo bagi link serupa nak promote la pulak. Ayat dalam kurungan berwarna merah tu, pertambahan yang Mc komen sendiri.


Dari apa yang korang baca, agak-agak benda ni betul ke tak? Tak nampak semua ni macam drama ka? Lagi satu kalau benarla dorang kena belasah, rasanya dah lama dorang ni melarikan diri. Sebab semalam bila hujan pun, bertempiaran puak mahasewel ni melarikan diri, tak percaya boleh baca kat SINI

First, tentunya puak mahasewel akan tuduh UMNO yang lakukan semua ni. UMNO upah samseng. Samseng UMNO mengamuk. Namun apa yang logiknya ialah, kalau UMNO nak lakukan semua ni, rasanya dari awal lagi UMNO dah lakukan dah. Kenapa nak tunggu sampai 4,5 hari dulu baru nak hantar samseng?

Kalau benar samseng UMNO yang buat, dah lama keluar TAIK puak Mahasewel ni kena pijak. Bukan setakat sorang saja masuk hospital, Mc ingat semua. 

Bagi pendapat Mc, semua ni hanyalah wayang drama dari Pakatan Haram. Dorang tengok kempen mahasewel ni dah tak jalan dan takdak sambutan. Mula lah mereka mencari GIMIK baru untuk menarik perhatian.

Skill bodoh dan menagih simpati ni memang taktik lama dari puak Pakatan. Mereka ingat rakyat Malaysia bodoh kot, boleh termakan dengan taktik lapuk macam ni?


McTheory:
memang tak suka, tapi malas nak layan si mahasewel ni..

Tiada ulasan: