Jumaat, 6 April 2012

PANASS LAGI!! Bila Ustaz Azizan Nak Jawab Ni?? Takdak teloq Betui!! #saveKedah #Pasrabut


Ustaz Azizan harus bertanggung jawab dalam ISU KUIN. Selaku Pengerusi KUIN, beliau seharusnya menjawab persoalan kenapa KUIN boleh berhutang kepada seorang kontraktor bernama Shaik Faisol. Pengambilan pelajar oleh KUIN tidak pernah terjejas. Tetapi Mc difahamkan ada yang tak kena dengan sumber kewangan KUIN sehingga sanggup BERHUTANG, menjejaskan nama baik Universiti terbabit dan memusnahkan perniagaan seorang usahawan bumiputra.
Takkan Ustaz Azizan dan pengurusan KUIN hanya mahu berdiam diri dalam soal ini? Tidakkah ada rasa malu dan tercabar apabila KUIN di SAMAN RM3 JUTA? Mungkin pihak Pengurusan KUIN mahu mengatakan ini semua konspirasi UMNO atau kerja fitnah UMNO yang mahu menjatuhkan reputasi KUIN dan Ustaz Azizan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarahnya?

Bagaimana pula dengan Shaik Faisol? Takkanlah beliau menyaman atas dasar fitnah? Beliau hanya mahu menuntut haknya semula. Boleh baca detail kat SINI. Apakah ini cara pengurusan Islam? Apakah ini cara pentadbiran Islam.


Saman keatas KUIN yang di failkan di Mahkamah Tinggi Alor Setar







Mc masih ingat ayat-ayat Ustaz Azizan yang menyarankan wartawan supaya bekerja cara orang Islam. Tetapi apakah KUIN dibawah jagaannya dan kerajaan negeri Kedah melaksanakan 'kerja cara Islam'?

Rasulullah s.a.w. mengingatkan, orang berharta yang sengaja menangguhkan pembayaran hutangnya termasuk dalam kalangan orang yang zalim. 


Islam mewajibkan seseorang yang berkemampuan membayar hutang dan melarang umatnya melakukan hutang dengan sengaja.

Dalam hal ini, apakah Ustaz Azizan boleh digelar pemerintah yang zalim?


McTheory:
Ustaz Azizan perlu menjawab sendiri soalan ini!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ostat-ostat PASetan memang dah sesat!

Lebai, serban dan ketayap penuh atas kepala ostat-ostat setan nih..tapi rasuah dan duit haram sauk jugak!