Isnin, 16 April 2012

PANASS!! Pemuda UMNO Mengamuk, Apabila Sultan Di HINA!!

Ketua Pemuda Seputeh

Ramai yang tidak berpuas hati dengan sifat dan tingkah laku ahli parlimen pembangkang yang mengejek-ejek raja Melayu ketika di majlis pertabalan tempohari. Nak baca boleh klik SINI. Malah perbuatan kurang ajar itu, lebih kearah, seperti budak tak cukup akal.

Disebabkan itu ramai diantara orang Melayu yang geram atas penghinaan tersebut termasuklah Ketua Pemuda UMNO Seputeh merangkap Timbalan Pengerusi UMB PPUM, Mohd Razlan Mohd Rafii yang menuntut ke semua ahli parlimen pembangkang yang dinamakan itu membuat sidang akhbar bagi menjelaskan apakah benar dakwaan doktor perubatan tersebut.


"Mereka yang dinamakan termasuk Azmin Ali, perlu menyatakan apakah benar dakwaan tersebut, kerana ia merupakan satu pendedahan yang serius dan perbuatan tersebut merupakan penghinaan kepada Institusi Beraja di negara ini," kata beliau.

Sementara itu, Presiden Soladiriti Anak Muda 1Malaysia (SAM1M) Armand Azha Abu Hanifah berkata beliau terkejut bila membaca laporan tersebut dan membayangkan bagaimana ahli-ahli parlimen pembangkang berperangai macam budak-budak tidak matang.

Anwar kata Armand, sepatutnya menghantar anak-anak buah beliau ke Biro Tatanegara (BTN) supaya belajar protokol yang betul dan benar sebagai ahli parlimen juga ADUN.

"Bukan di Istana Negara sahaja mereka berkelakuan macam budak-budak, tetapi di Dewan Rakyat serta DUN negeri pun ahli parlimen serta wakil pakatan pembangkang seriang berperangai macam orang tidak tahu protokol," katanya.

Beliau merujuk kisah seorang ADUN PKR Perak yang tiba-tiba naik ke atas podium Speaker DUN Perak baru-baru ini yang mana perbuatan tersebut merupakan satu kesalahan serius dari segi protokol.

Menurutnya, Azmin dan semua ahli parlimen pembangkang wajib memohon ampun dan maaf kepada Agong dan Raja-Raja Melayu kerana tidak menghormati majlis pertabalan tersebut.

Seorang pembaca, Mohd Arif Zamani dari Ipoh kata dia naik mendidih habis bila membaca mengenai pendedahan itu.

Dia menilai jika benar dakwaan itu tindak tanduk ini mengambarkan gelagat ' besar kepala' puak pembangkang.

" Ini belum berkuasa satu Malaysia lagi. Bayangkan perangai orang-orang seperti ini kalau dapat kuasa penuh. Saya harap ini membuka mata seluruh rakyat negara ini,"katanya.

Utusan melaporkan seorang petugas perubatan yang turut serta dalam istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara Rabu menzahirkan rasa kecewa terhadap beberapa pemimpin pembangkang yang didakwanya mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu.

Muka beruk Pakatan yang menghina Sultan Melayu

Dr. Rahman Kadir merupakan salah seorang anggota pasukan perubatan yang bertugas semasa istiadat itu berlangsung.

Beliau mendakwa perbuatan mempersenda dan mengejek itu paling ketara dilakukan apabila tetamu kehormat berjalan masuk ke dalam Balairong Seri.

Bermula dengan ejekan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Dr. Rahman mendakwa ia kemudiannya berterusan kepada Yang Dipertua Negeri serta Sultan-Sultan. Sambung baca di SINI.

Nampaknya puak Pakatan ni dah melampau sangat.. rakyat Malaysia, terutamanya yang Melayu Islam, boleh menilai, apakah mereka mahu pemimpin sebegini untuk memimpin Malaysia?



McTheory:
Jangan salah pilih, merana nanti!

Tiada ulasan: