Isnin, 2 April 2012

PANASS!! @RelaMalaysia GAGAL? Kata BARua Council!!



Ramai yang masih gagal memahami sepenuhnya fungsi RELA atau Ikatan Sukarelawan Rakyat yang sepenuhnya terdiri daripada sukarelawan setempat yang terlibat membantu melancarkan operasi termasuk membantu pihak agensi kerajaan, jabatan kerajaan dan termasuk kerja-kerja kebajikan setempat.

Peranan yang ditonjolkan oleh Ikatan Sukarelawan Rakyat (RELA) kadangkala melangkaui sempadan tugas sebenar yang mereka pikul. Ini membuktikan kewujudan RELA yang diwakili sukarelawan setempat diterima masyarakat dan peranan mereka diakui kerana keadaan negara yang mempunyai peningkatan jumlah penduduk yang semakin memerlukan ramai sukarelawan dalam membantu agensi kerajaan dalam melicinkan tugas dan operasi terutamanya tugas keselamatan.


RELA banyak membantu pihak berkuasa seperti polis dan agensi penguatkuasa yang lain dalam menyalurkan maklumat seperti pembanterasan kes pengedaran dadah dan penyalahgunaan dadah yang semakin hari semakin licik modus operandinya.

Dalam sesetengah keadaan,RELA diberi peranan dan tanggungjawab membuat rondaan bersama dibawah rondaan NKRA- bersama mengikuti operasi agensi penguatkuasa menjalankan tugas kawalan keselamatan secara bersama.

Pelbagai aktiviti jenayah yang wujud selari dengan peningkatan jumlah penduduk dan kemajuan negara memberi impak besar akan kewujudan RELA. Sumbangan yang diberikan ternyata membantu dan penambahan anggota sukarelawan dengan sedikit elaun tugasan adalah sangat wajar.

Jika dibuat perbandingan peranan dan sumbangan RELA dan BAR COUNCIL mana harus ditolak oleh rakyat atas pertimbangan peranannya?

Penulis berpendapat, Bar Council semakin elitis dalam menjalankan peranannya kepada rakyat. Apa tidaknya, ternyata mereka yang terdiri dari orang seperti Ambiga membawa kewujudan Bar Council jauh menyimpang kerana dilihat kini lebih cenderung memihak kepada perjuangan individu berbanding membela nasib rakyat.

Bar Council gagal menjalankan peranannya sebagai badan yang memperjuangkan kebebasan kehakiman apabila tidak berfungsi sewajarnya dalam isu-isu yang berkaitan.

Dengan penglibatan pihak Majlis Peguam dalam mengheret rakyat turut terlibat dalam pelbagai himpunan sebelum ini termasuk BERSIH dan Himpunan 901 Anwar terbukti mereka kini menjadi perkakas politik pakatan haprak.

Kenapa pihak Bar Council mempertikaikan tugas RELA dengan cadangan memansuhkan sahaja RELA sedangkan itu pilihan rakyat?

Bar Council yang hebat pun gagal membantu rakyat contoh paling besar ada ahlinya terlibat dalam jenayah iaitu kes bunuh Datuk Susilawati jutawan kosmetik negara.

Sepatutnya Bar Council wajib diharamkan kerana gagal membantu rakyat, melibatkan ahlinya dengan kes jenayah tanpa sedikit rasa malu dan ternyata kini menjadi perjuang individu seperti Anwar Ibrahim bukannya rakyat yang tertindas.

Sambung baca SINI


McTheory:
RELA jauh lebih BERBAKTI berbanding BARua Council tu..

1 ulasan:

Unknown berkata...

Bar Council yang sebenarnya gagal & perlu dimansuhkan...

NURUL IZZAH HALALKAN HUBUNGAN GAY? BOLEH JATUH KUFUR! Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/