Ahad, 8 April 2012

TERKINI!! Nik Aziz Stabil Tapi Umum Lepas Jawatan?



Rasanya ramai pengikut Pas yang risau dengan keadaan Nik Aziz yang masih lagi menerima rawatan di HUSM. Baca perkembangan terbaru dari Nik Aziz.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dibenarkan keluar Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) hari ini selepas menjalani rawatan di Unit Rawatan Jantung (CCU) sejak Khamis lalu.


Setiausaha akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Mursyidul Am Pas berada dalam keadaan stabil dan dibenarkan pulang jam 10 pagi tadi.

“Alhamdulillah, kesihatan beliau semakin baik dan telah dibenarkan pulang, cuma beliau sedikit keletihan serta memerlukan banyak rehat.

“Saya juga bersyukur dengan keadaan beliau dan berharap Mursyidul Am Pas dapat meneruskan khidmatnya kepada Islam dan rakyat,” kata beliau dalam kenyataan media, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Nik Aziz, 81, mengadu sakit dada selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kota Darul Naim dan dibawa ke hospital untuk membuat pemeriksaan.

Pada Ogos 2010, Nik Abdul Aziz turut mendapatkan rawatan di hospital sama kerana saluran jantungnya tersumbat.

Sementara itu, pada 8 Disember lalu Nik Abdul Aziz telah dimasukkan ke hospital lebih lima hari kerana masalah tulang belakang dan kemudiannya turut dimasukkan di hospital yang sama, pada bulan sama, selepas mengadu mengalami keletihan. -SH

Sebagai orang Islam, tak kira dari parti mana pun. Mc mendoakan Nik Aziz supaya cepat sembuh dan kembali bertugas. Kalau Nik Aziz tak mampu lagi nak mentadbir, baik serahkan kepada yang lebih muda untuk menanggung beban tersebut.

Jangan paksa diri, utamakan pada kesihatan. Tapi tanpa Nik Aziz, politik Malaysia mungkin akan berubah landskapnya. Tentu kami para bloggers akan kesunyian tanpa mendengar fatwa-fatwa 'pelik' dari Nik Aziz.

McTheory:
Dah stabil tu kira orait la.. 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dinasihatkan agar Nik Aziz bersara sahajalah. Dah sampai masanya. Jangan biarkan diri berada dalam kemurkaan Allah kerana amanah yang tidak terlaksana dan kemarahan manusia yang tidak puas hati dengan perlakuan memerintah dan percakapan. Waalahhualam.