Sabtu, 28 April 2012

TERKINI!! Update Demo Bershit Di Hadapan Dataran Merdeka!! #Bersih3 #Dataran

Update terkini dari Kuala Lumpur, memperlihatkan demo Bersih yang kotor lagi menyemakkan mata. Penyakit kuning yang menular dikalangan segelintir rakyat Malaysia harus di tolak dan diketepikan.






Keadaan di hadapan Dataran Merdeka dipenuhi lebih 3000 orang. Tiada sebarang aktiviti yang memberansangkan. Cuma jeritan anti kerajaan dan Bersih saja yang kedengaran. Tah apa motif untuk mereka berkumpul pun Mc tak tahu. Namun himpunan Bersih kali ini merupakan yang paling lekeh dan paling mandom diantara semua himpunan.

Campur semua lokasi, petaling street, hadapan pudu, dataran maybank dan dihadapan dataran merdeka. Jumlah yang terkumpul hanyalah 10,000 orang. Mereka ini yang kononnya rakyat Malaysia yang menyokong Bersih, menolak SPR jumlah mereka tidak sampai 1% daripada rakyat Malaysia yang cintakan negara dan keamanan.

Apakah patut suara mereka di dengar? Ini bermakna, himpunan Bersih kali ini gagal dan tidak mendapat sambutan dari seluruh rakyat Malaysia. Mereka yang berkumpul ini pun, dikumpul dari seluruh pelusuk negara untuk membuat kacau di tengah-tengah bandaraya KL.

TOLAK-TOLAK, TOLAK PAKATAN HARAM!! TOLAK DEMO JALANAN!! TOLAK KACAU BILAU!! Cintailah keamanan, hidup berteraskan rukun negara!!

McTheory:
Hancur-hancur.. hancur Anwar Ibrahim!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ADAKAH MEREKA DIBAYAR!!