Rabu, 25 April 2012

TUDIAA!! Pendidikan Percuma Ala Pas!! #MansuhPTPTN



Risalah diatas adalah risalah IPTS, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) merupakan sebuah intitusi pengajian yang bernaung di bawah PAS. Malah IPTS itu kini beroperasi sepenuhnya di Markaz PAS di Taman Melewar dan banyak mendapat bantuan dari parti Pas sendiri. Malah ianya antara penyumbang kepada aktiviti Pas di kawasan berkenaan.

Melihat pada risalah berkenaan, terlihat yuran bayaran semester sebanyak rm1500. Wow! Mahalnya.. bukankah IPT ini dibuat oleh ahli Pas? Kenapa mahal sangat? Kalau macam tu, bayaran untuk setahun dah mencapai rm3000!


Malah Mc difahamkan, pelajar KUIZM ni juga memohon PTPTN untuk membantu pelajar dari segi kewangan. Bukankah Pas tidak menyokong PTPTN? Kenapa membiarkan pelajar KUIZM memohon pinjaman dari PTPTN?

Sepatutnya KUIZM perlu membatalkan yuran rm1500, untuk membuktikan bahawa mereka boleh menyokong pendidikan percuma yang dicanangkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Haram selama ini.

Dalam situasi sekarang, yakinkah anda mereka dapat memansuhkan PTPTN? Jika yang kecil pun tak dapat mereka lakukan, apatah lagi untuk memansuhkan tabung yang besar?

Cakap senang la, nak buat boleh ke?



McTheory:
Janji pakai air liur, memang senang nak buat!!

Tiada ulasan: