Khamis, 19 April 2012

TUDIAA!! Zahid Hamidi pun ada SKANDAL SEKS Juga?

hiasan saja..


Puak geng wanita Pakatan ni dah takdak isu nak bawa dah. Hinggakan gurauan Zahid Hamidi pun dorang boleh LIST buat ISU. ha ha ha.. memang teruk dah puak ni. Kerja dorang cuma SPIN, SPIN..

Baca artikel yang Mc ambil dari sebuah portal penipu pembangkang!


Aktivis hak wanita yang berada di bangunan Parlimen untuk berkempen bagi menuntut kerajaan yang bersih hari ini terkejut apabila Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat gurauan berbaur seks.  


“Pakai sarung tangan pegang isteri nanti tak terasa” kata Ahmad Zahid apabila aktivis wanita memberinya sepasang sarung tangan putih melambangkan tuntutan mereka mendesak supaya kerajaan bebas daripada gejala rasuah. 


Seorang aktivis yang terdengar kata-kata Zahid itu kemudian secara serta-merta memuat-naikkannya di laman web rasmi Twitter Wanita Suara Perubahan, gabungan yang menganjurkan kempen berkenaan. 


"Seksis!" ulas pengarah eksekutif Biro Bantuan Wanita Ivy Josiah melalui akaun Twitter beliau. Beliau turut berada dalam delegasi ke bangunan Parlimen itu. 


Dihubungi kemudian, Ivy memberitahu Meloyakini bahawa rakan sekerja beliau telah terdengar kata-kata Zahid itu dan kemudiannya melaporkannya di laman Twitter. 


"Walaupun beliau bergurau, namun innuendo seksual seperti ini tidak boleh diterima ... ini adalah benar-benar kurang ajar. Kami agak terkejut," katanya. 

itu pun nak kecoh?

Apa masalahnya dengan kenyataan "Pakai Sarung Pegang Isteri Tak Terasa"? Boleh jadi maksud Zahid tu pegang tangan, pegang pipi atau belai rambut. Sebenarnya sindiran itu tidak membawa maksud apa-apa pun kecuali bergurau. Mungkin pihak aktivis wanita puak Pakatan ni sememangnya otak kotor dan kuning, sebab tu dorang fikir bukan-bukan mengenai sindiran Zahid tu.

Kat sini kita dah boleh nampak, siapa yang kotor dan siapa yang bersih? Orang jahat, sentiasa berfikir syak wasangka buruk pada orang lain. Otak orang jahat, memang pelik, sampaikan orang bergurau pun dia fikir bukan-bukan.

Sebenarnya, siapa yang patut dibersihkan ni? Sebelah sana ka sebelah sini? : )

McTheory:
Sendiri kotor, lagi mau tuduh orang kotor!!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

patut kita bertanya pulak kepada aktivis wanita itu, sebagai aktivis apa yang anda dah buat???dari celah mana anda timbul nak bagi sarung tangan kononnya bersih?? kenapa tak serahkan sarung tangan pada selangor dan penang yang terang2 memang dah ada masalah....logik ke aktivitis wanita datang jumpa politik demi pihak bersih, persoalan saya kenapa sebelum ni anda tak pernah peduli..

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya bukan sarung tangan , kena bagi air basuh tangan supaya bersih dari rahsuah, apa la aktivis tak berapa cerdik, kalau sarung diluar bersih dalam koto buat apa?

Tanpa Nama berkata...

patut lar Al Jubori cari China Doll...sebab pegang Wan Jijah tak terasa..asik pakai sarung tangan....x tau lar kalau Wan Jijah pakai sarung tangan sbb geli nak pegang AL Jub...