Isnin, 21 Mei 2012

MAK AIII!! Sapa Nak Lawan Baling Bola Kat Muka!! #HBN2012



SEGMEN : FIT AND ACTIVE
PROGRAM : PERTANDINGAN DOGEBALL (PERINGKAT KEBANGSAAN)SEMPENA HBN 2012
PENYELARAS PROJEK : YONG SOON HANG
NO. TELEFON : 03-88713164/0126981749

Pertandingan Dodgeball (peringkat Kebangsaan) sempena Hari Belia Negara 2012 di Putrajaya ini merupakan kesinambungan daripada perlaksanaan klinik dodgeball di peringkat negeri pada tahun 2011. Ianya merupakan satu platform yang sesuai dan tepat bagi kelab komuniti Dodgeball di peringkat akar umbi serta dari peringkat daerah tampil ke Putrajaya untuk bertanding di tahap yang lebih tinggi bagi mengejar kejohanan dengan hadiah wang tunai yang lebih menarik dan mencabar.

Penganjuran pertandingan dodgeball di Putrajaya sempena Hari Belia Negara 2012 dapat menarik lebih ramai belia dari pelusok negara hadir ke Putrajaya di samping dapat memperkenalkan sukan baru Dodgeball ini kepada orang ramai dengan lebih luas lagi.Pertandingan Dodgeball (peringkat Kebangsaan) ini juga dapat mencungkil baka-bakat baru dalam bidang sukan baru Dodgeball ini.

Tiada ulasan: