Isnin, 21 Mei 2012

TUDIAA!! Tunku Aziz Bagi Lim Guan Eng Sakit Otak!!




Ingat balik pada 8 Februari 2009 ada makhluk yang cakap ini: “Anwar Ibrahim has create enough trouble for the country….Anwar Ibrahim harus bertaubat”.Kalau daya ingatan agak kabur sila layari youtube pada alamat ini : Anwar Harus Bertaubat

Wow...memang garang sekali Pengerusi DAP Karpal Singh membelasah Ketua Umum PKR itu.Satu Malaysia terkedu menonton beliau lepas geram yang disiarkan menerusi berita di televisyen.

Rasanya filem Keluarga 69 arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee kurang lucu dari babak berikutnya bila Karpal Singh muncul sebagai ketua peguambela Anwar dalam kes liwat Saiful Bukhari Azlan.

Ini secebis kisah yang ada kaitan dengan yang masih hidup dan bernafas…geng The Untouchable dalam Democratic Action Party aka DAP.

Bab ini khas sebagai bahan kenang pada Tunku Abdul Aziz Ibrahim, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP yang menjadi mangsa terbaru yang boleh dijentik terpelanting begitu saja …gara-gara cakap sikit kritikal tentang parti itu ada cop mohor ‘democratic’ pada jenamanya.

Para pakar bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka tentu jenuh nak mencari tafsiran yang sesuai untuk perkataan ‘democratic’ mengambilkira gelagat Democratic Action Party yang satu ini di Malaysia.

Lawak memang lawak tapi apa kurangnya PAS yang jadikan Islam sebagai modal politik manakala PKR yang kononya berteraskan Keadilan.

Dalam DAP Karpal Singh memang insan istimewa dan lambang demokrasi parti.

Beliau boleh bercakap apa sahaja, dan tidak ada siapa berani hukum beliau.

Bukan saja Anwar sendiri pernah kena rembat di khalayak ramai suruh bertaubat…malah beliau tidak pernah heran pada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden parti Datuk Seri Haji Hadi Awang.

Jangan siapa usik Karpal Singh.

Baru-baru ini Timbalan Ketua Menteri dua DAP Pulau Pinang P Ramasamy nak cari nahas menggelarkan Karpal sebagai God Father.

Ramasamy seorang pensyarah sebelum masuk DAP dan menang pilihanraya mungkin baru sedar, betapa kuatnya pengaruh Karpal dan Kit Siang dalam parti itu.

Kalau kita duduk diam-diam dan merenung tajam kearah DAP …nyata sekali parti ini adalah berteraskan politik jurai keluarga.

Karpal satu hal. Bagaimana Lim Kit Siang dan keluarganya yang berkuasa penuh di peringkat DAP pusat, Ngeh Koo Ham dan sepupunya Nga Koh Ming yang berkuasa di Perak.

Dalam keluarga Karpal, anak lelaki sulungnya Jagdeep Singh adalah ADUN Datuk Keramat Pulau Pinang manakala anak lelaki keduanya, Gobind Singh adalah Ahli Parlimen Puchong, Selangor.

Tak ramai yang ada kemewahan begitu dalam politik demokrasi. Ambil contoh dalam UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir hanya bertanding jadi Ahli Parlimen BN pada tahun 2008, empat tahun selepas ayahnya Dr Mahathir letak jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pun mula bertanding selepas Tun Abdul Razak meninggal dunia.

Dalam keluarga Kit Siang yang kini Ahli Parlimen Ipoh Timor ,anaknya Lim Guan Eng adalah Setiausaha Agung DAP, jawatan paling tinggi kedudukannya dalam parti tersebut.

Ketua Menteri Pulau Pinang yang lari dari Melaka itu kini pegang kerusi DUN Air Puteh Pulau Pinang dan Parlimen Bagan di negeri itu serentak . Selain Guan Eng, isterinya Betty Chew Gek Cheng merupakan ADUN DAP Kota Laksamana Melaka.

Selain jurai keluarga Kit Siang dan Karpal, di Perak, Pengerusinya Ngeh Koo Ham dan sepupu beliau Nga Koh Ming yang juga setiausaha DAP negeri amat berkuasa.

Mereka berdua dikatakan sebagai Menteri Besar sebenar Perak sekalipun jawatan itu disandang oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin semasa Pakatan Rakyat memerintah negeri itu selama 11 bulan sejak Mac 2008.

Hayat Tunku Abdul Aziz dalam DAP yang disertainya pada Ogos 2008 berakhir Selasa bila beliau umum akan keluar parti itu.

Mungkin beliau sendiri tidak sangka dengan jawatan sebagai Naib Pengerusi DAP Kebangsaan yang disandangnya pada Julai 2009 beliau boleh tercampak dengan mudah kerana semata-mata kritik demo Bersih.

Kisah Tunku Abdul Aziz ini mengingatkan kita kepada kisah Tan Sri Lee Lam Thye yang juga pernah tersingkir secara halus kerana berbeza pendapat dengan Kit Siang.

Sebab itu, PM ketika ulas peletakan jawatan Tunku Abdul Aziz sendiri kata, ia merupakan kes DAP yang kononnya demokratik, tidak memberi ruang kepada perbezaan pendapat dalam parti.

Walaupun tidak mengenali Tunku Abdul Aziz secara peribadi, Najib percaya Tunku Abdul Aziz adalah "seorang lelaki yang sangat berprinsip".

Najib berkata apabila prinsip yang dipegang itu tidak dihormati pihak tertentu iaitu DAP, tidak ada jalan lain baginya (Tunku Abdul Aziz) selain meletakkan jawatan.

"Pada kesudahannya, Tunku Abdul Aziz lebih mementingkan maruah dirinya kerana beliau merupakan seorang yang berpegang kepada prinsip," katanya.

Beliau berkata Tunku Abdul Aziz mempunyai perbezaan pendapat berhubung demonstrasi jalanan yang beliau percaya boleh membawa kepada huru-hara dan kerosakan harta benda, dan kerana itulah beliau tidak bersetuju dengan tindakan sedemikian.

"Tapi nampaknya parti DAP tidak memberi ruang pada perbezaan pendapat dalam parti yang menggelarkan diri mereka parti demokratik," kata Najib.

Tunku Abdul Aziz dilaporkan sebagai berkata beliau tidak mempunyai pilihan kecuali berundur secara terhormat berikutan tiada persefahaman dengan kepimpinan parti itu.

Jangan lupa MP Bebas Wangsa Maju Wee Chee Keong pun pernah terima nasib yang sama. Belum sebut lagi Dr Kua Kia Soong dan Dr Lee Ban Chen yang keluar DAP sebab tak boleh terima hakikat kena jadi 'yes man' semua benda.

Mudah cerita, kalau hendak panjang hayat dalam DAP, jangan sesekali cabar keputusan dan pendirian The Untouchable dalam DAP.

Sekali mereka murka tiada maaf bagimu.-15/5/2012- OLEH HELME HANAFI


Tiada ulasan: