Jururawat peribadi dan pembantunya sedang cuba menyelamatkan Bob |
Bibir Bob semakin membiru.. walaupun cuba diselamatkan.. |
"Bang! Tolong pergi tengok abang Bob, isteri dia telefon menangis dan katanya abang Bob sudah tidak bernafas. Saya on the way," ujar Farid cemas sewaktu menghubungi saya di rumah petang tadi.
Ketika tiba di rumah arwah pada jam 4.30 petang, jururawat peribadi arwah, Mohd Farid Hamzah dan pembantunya sedang melakukan CPR.
"Berapa minit buat CPR?," soal saya.
"Lebih kurang 20 minit bang," balasnya.
Beberapa minit kemudian, dua kakitangan Hospital Sungai Buloh tiba di rumah dan mengesahkan beliau meninggal dunia 8 minit kemudian.
"Tiada nadi dan nafas, anak mata sudah membesar," ujar kakitangan hospital terbabit.
Isteri arwah kemudian dimaklumkan berhubung pemergiannya.
Ahli keluarga beliau telah dimaklumkan.
Saya telah menghubungi Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi.
Kini jenazah sedang diziarahi oleh orang ramai di rumah arwah, C1-4-4, Salvia Apartment, Jalan Kenyalang 11/3, Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Sambung baca Di Sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan