Follow by Email

Live Tv

Post Terbaru!!

Kempen Selamatkan Kedah!!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Sabtu, 19 Mei 2012

PANASS!! Anggota Polis Yang Di Belasah Perusuh Bersih Sudah Pulih Untuk Kembali Bertugas!! #bersih3 #DearAmbiga



Konstabel Mohammad Kamil Paimin yang cedera diserang peserta perhimpunan di ibu negara pada 28 April lalu sudah hampir pulih dan tidak sabar untuk kembali bertugas.

Beliau menyifatkan kejadian tersebut adalah sebahagian dari asam garam tugasnya sebagai anggota polis demi menjaga keselamatan negara.

“Esok jahitan di kepala saya akan dibuka dan saya berharap boleh bertugas seperti biasa secepat mungkin.

“Insiden ini tidak sedikit pun menjatuhkan semangat saya untuk terus memberikan yang terbaik ketika bertugas kerana kerjaya polis adalah impian saya sejak dari kecil,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.

Beliau menerima kunjungan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Zamri Shamsuddin, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Ladang, Datuk Wan Hisham Wan Salleh serta beberapa pegawai dan anggota polis kontinjen Terengganu.

Zamri berkata pihaknya akan melihat perkembangan kesihatan Mohammad Kamil, 24, sebelum membenarkannya kembali bertugas.

Dalam kejadian itu, beliau diserang kira-kira pukul 4.15 petang ketika memandu kereta polis menghala ke Jalan Masjid India dari Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak selepas menerima arahan supaya mengambil anggota polis di kawasan kejadian.

Sebaik sahaja berada di kawasan itu, sekumpulan 10 orang meluru ke arah kenderaannya dan menyerangnya sehingga tidak sedarkan diri.

Beliau kemudiannya dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dipindahkan ke HSNZ semalam.

Bapanya yang juga anggota polis iaitu konstabel Paimin Aziz, 55, berkata beliau mempunyai perasaan yang berbeza ketika mengetahui berita kecederaan anaknya.

“Sebagai ayah, saya sangat risau apabila mengetahui berita kecedaraan anak saya, tetapi sebagai anggota polis, saya bangga kerana beliau tercedera ketika menjalankan tugas.

“Hanya beliau, satu-satunya anak yang mewarisi kerjaya saya sebagai polis dan amat berminat dengan kerjanya ini,” katanya.– BERNAMA


McTheory:
Syabas diucapkan kepada beliau..

1 Komen Pembaca:

Adi Kencana berkata...

Terima kasih kerana berkorban demi agama, bangsa & negara.

HOT!! RAJA NONG CHIK & KELUARGA JADI MANGSA FITNAH POLITIK! Baca di sini.

http://apakecoh2.blogspot.com/

Kempen Selamatkan Kedah!!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Popular Posts

Arkib Blog

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review