Selasa, 8 Mei 2012

PANASS!! Apakah UNDI Polis Tak Penting Bagi Pakatan Haram?? @PDRMsia #PR

Apa agaknya perasaan anggota Polis melihat hal sebegini?
Selepas Bersih 3.0 hari itu PAS seolah-olah ketandusan idea dan cuma memalingkan dengan menyalahkan Polis dalam segala segi. Polis ganas, provokasi sehingga mencipta isu kononnya polis dalam satu tindakan telah mengacukan pistol terhadap perusuh.

Ternyata idea-idea jahat ini hanya mahu menyalahkan polis dan memulakan pertempuran.

Tetapi dari satu sudut, PAS seolah-olah terlupa akan penat lelah pasukan keselamatan yang berkawal untuk mempertahankan Dataran Merdeka. Bermula dari 26hb sehingga perhimpunan berlangsung polis telah berkawal kerana mempertahankan kedaulatan undang-undang dari menerima anasir Bersih untuk menawan Dataran Merdeka.

Bab polis penat berkawal PAS terlupa dan mereka juga terlupa hak undi polis dalam PRU akan datang.

Konsistensi PAS dan jentera psywar mereka menyalahkan polis telah mewujudkan paranoid polis terhadap PAS. Polis brutallity bukan sebenarnya seperti mana yang digambarkan. Adakah Malaysia dikuasai polis yang ganas, brutal dan tiada belas kasihan?

Tidakkah terfikirkan pembangkang bahawa kekerapan menyalahkan polis dalam semua isu telah menyebabkan ramai polis berasa terancam dengan kecelaruan politik hari ini? Rasanya, pembangkang amat berkehendakan undi pos polis dalam PRU akan datang.

Hari ini, Merdeka Center boleh menjalankan kaji selidik terhadap pasukan keselamatan. Boleh dijalankan secara random untuk menilai suara hati polis. Tanya mereka mengenai suasana politik dan cetusan yang digagaskan pembangkang.

Pasti keputusannya amat mengejutkan.

Semasa Sidang DUN Pulau Pinang, seorang ADUN mendeklamasikan surat keluhan anak seorang anggota polis. Surat itu tenyata menyentuh ramai pihak mengenai kepayahan tugas anggota polis.

Kalau yang hati batu macam Anwar Ibrahim dia tidak akan berasa apa-apa tetapi majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian pasti akan terfikir hidup di Malaysia adalah perkara yang paling bermakna.

Kepada Anwar Ibrahim, Nik Aziz dan Hadi Awang kuasa undi polis jangan dilupa. Mereka juga berkuasa untuk memberi hak mentadbir negara ini kepada pemimpin yang berkelayakan.

Insiden Bersih rasanya telah memusatkan satu keputusan bahawa pemerintahan hari ini perlu dikekalkan dan memberi kuasa memerintah kepada pencetus keganasan adalah satu langkah yang tidak bijak.

TokeyGaram

1 ulasan:

Unknown berkata...

Undi polis xkan utk Pakatan selama-lamanya...

NURUL IZZAH JADI PENGUNDI HANTU DI LEMBAH PANTAI? Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/