Rabu, 9 Mei 2012

PANASS!! Artis Malaysia TOLAK Rusuhan BERSIH 3.0!! #bersih #bersih3



Kebanyakkan rakyat Malaysia yang waras tidak akan menyokong perbuatan keji geng Bersih 3.0 tempohari. Termasuklah artis Malaysia yang cintakan keamanan. Baca apa yang petik dari blog 1 Peluru

Pelakon komedi terkenal Malaysia, Didie Alias menyuarakan pendapatnya berhubung isu Bersih 3.0 yang dilakukan pada 28 April yang lalu. Dia turut mengecam kepada mereka yang menghadiri perhimpunan tersebut kerana merasakan negara Malaysia aman dan tidak perlu kacau bilau seperti yang telah dilakukan pihak tidak bertanggungjawab ketika Bersih 3.0 tempoh hari.

"Secara peribadinya, saya tidak sokong perhimpunan tersebut dijalankan kerana berasa Malaysia ini sudah cukup aman tanpa perbalahan. Saya sayangkan Malaysia, tidak mahu disebabkan oleh segelintir pihak, Malaysia menjadi kacau bilau seperti negara lain."

"Tapi itu semua hak masing-masing, terpulang kepada mereka. Saya hanya ikut mereka yang memimpin." Ujar Didie yang ditemui di majlis persandingan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya tempoh hari.

Didie Alias atau nama sebenar, Fadzilah Mohd Ali turut memberitahu buat masa ini, dia sedang sibuk dengan penggambaran telefilem baru yang berjudul "Nasib Si Pemandu Teksi" lakonan bersama Yassin Senario, Fida dan juga Dina Nadzir.

Rasanya ramai lagi yang mempunyai akal yang waras macam Didie. Cuma tak berani bersuara saja.. silent majority tolak rusuhan Bersih!!


McTheory:
Yang menentang ramai, cuma tak bersuara saja.

Tiada ulasan: