Selasa, 15 Mei 2012

PANASS SEHH!! Rasanya @PapaGomo Perlu Ikuti Kursus UMB!!

Biar McTheory pulak yang bersuara!!

Sebenarnya niat Mc menjadi blogger ni untuk berperang dengan Pakatan Haram. Semasa Mc mula menjadi blogger, Mc melihat blogger dan cybertroo BN ni agak kurang. Kalau nak dibandingkan dengan blogger dan Cybertroo sebelah sana kita jauh ketinggalan. Itu pada waktu 2009 la..

Selepas 2010 dan 2011, pertambahan blogger-blogger baru muncul tumbuh bak cendawan lepas hujan. Mungkin ada kesedaran diantara kita orang UMNO, sehingga ada yang berusaha membuka blog untuk menentang cybertroo dan blogger dari pro Pakatan.

Waktu ini, blogger BN cukup BERSATU. Jikalau ada blog baru, pasti ada yang akan membantu untuk promote dan LINKkan blog itu diblognya. Kiranya, zaman ni blogger pro BN cukup hebat dan tidak ada masalah.

Tetapi kini, blogger pro BN telah terbahagi kepada beberapa kumpulan. Malah Mc sendiri telah memilih untuk bersama UMB sebagai jentera parti dibawah Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia. Niat Mc hanya satu, untuk membantu UMNO/BN di alam mayadan memenangi PRU kali ini. Malah sejak berada dibawah UMB, Mc dan rakan-rakan di Kedah bergerak secara konsisten keserata Kedah untuk mengorek isu kemungkaran Pas Kedah.



Namun apabila Mc baca, tulisan PapaGomo yang menyindir peranan UMB dalam menghasilkan cybertroo. Mc rasa terpanggil untuk menulis, bagi meredakan keadaan. Mc rasa PapaGomo ni tak faham, atau sengaja buat-buat tak faham. Mc tak tahu niat PapaGomo menegur UMB itu secara ikhlas, atau tidak. Tetapi kalau benar ikhlas, PapaGomo boleh mengunakan cara lain, seperti mengadakan perjumpaan, berbincang atau berbual ditelefon untuk kenal pasti masalah sebenar.

Mc jugak agak sangsi dengan keikhlasan PapaGomo apabila menyebut peruntukan rm300k. Jika nak tegur mengenai cybertroo, tak usah diungkitkan sekali dengan peruntukan ataupun kewangan. Apakah benar UMB dibiayai RM300K? dan PapaGomo tidak dibayar? heh.. Mc malas nak sentuh soal kewangan, kerana ia perkara yang sensitif.

Jika prihatin sangat dengan UMB dan nasib cybertroo, apa kata PapaGomo cuba memberi pendapat serta idea yang bernas untuk UMB menguna pakai idea tersebut? Mana tau ilmu Tuan Pengerusi UMB tak sehebat PapaGomo blogger tersohor negara buat ketika ini.

Tak perlu kita terpekik di blog untuk menegur satu sama lain. Tulisan di blog BISAnya lain dan keikhlasannya kurang.

Untuk pengetahuan PapaGomo dan rakan blogger lain. Sejak Mc bernaung dibawah UMB, banyak perkara yang telah Mc pelajari dan perkara itu tidak dapat dipelajari ditempat lain. UMB memang organisasi jentera perang siber yang terbaik, cuma selalu di sabotaj oleh geng sendiri, hingga ada pemimpin UMNO yang menjadi buta tidak nampak kelibatnya.

Malah kursus-kursus anjuran UMB lebih berkesan dan menghasilkan ramai troopers (walaupun tidak menelan belanja sampai ratusan ribu). Mc tidak memperkecilkan pihak lain, dan berkata kursus mereka tidak bagus, tidak, namun Mc sendiri banyak belajar teknik dan taktik peperangan siber dari UMB. Mc rasa, PapaGomo kena ikut kursus UMB sekali, baru tahu apa itu UMB dan apa benda yang UMB buat selama ini.

Ramai diantara kita tidak faham mengenai peperangan siber. Peperangan siber amat unik, keputusannya peperangannya juga kita tidak boleh nampak secara terus, tapi kesannya boleh berpanjangan dan meninggalkan kesan tikaman yang mendalam iaitu persepsi.

Setahu Mc, UMB tidak pernah menyerang atau menghentam kumpulan blogger lain. Hubungan UMB diantara kumpulan blogger lain jugak baik, termasuk dengan PapaGomo, namun apa yang Mc nampak, hanya PapaGomo saja yang selalu menghentam (baginya menegur) UMB.

Mc pun tak tahu apa masalah sebenarnya PapaGomo dengan UMB? Dendamkah? Wangkah? Hinggakan ianya berlarutan berpanjangan. Sedangkan kita sekarang menghadapi saat paling getir dalam sejarah. Kita sedang menghadapi PRU yang paling sengit diantara semua PRU sebelum ini. Malah nasib Agama, bangsa dan tanah air kita sekarang, bergantung kepada PRU ke 13 ini. Apakah ada perkara lain yang lebih besar selain dari itu?

Tak bolehkah kita tinggalkan perkara yang remeh ini diselesaikan lepas PRU?

Kadang-kadang kita fikir, kita dah cukup hebat! tetapi kita tak sedar, kehebatan kita itu hanyalah pinjaman dari Allah SWT. Malah kita lupa, ada lagi orang yang lebih hebat dari kita. Malah orang yang lebih hebat itu pun, sentiasa mahu belajar ilmu hebat yang lain. Sedangkan kita yang rasa diri hebat, sentiasa mencebik bibir bongkak dan enggan menerima pendapat orang lain.

Namun adakah sebenarnya kita ini hebat? Tepuk dada tanya iman..

Tulisan PapaGomo turut disambut oleh rakan-rakan blog yang lain.. malah ada diantaranya lebih keras..



McTheory:
Tulisan ikhlas dari hati yang suci lagi murni.. heh..

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tapi Papa Gomo memang hebat beb! Itu hakikat kalau nak compare dengan UMB, semua tahu tuan akan kebenarnnya

Tanpa Nama berkata...

Semua org hebat dan ada kelebihan.... Kehebatan dan kelebihan itu sepatutnya menjadi kekuatan kpd yg kurang hebat. Oleh itu kita sepatutnya berkerjasama seperti Mc kata diatas.... Lagi pun kita kan sekapal.... Bersatu kita teguh.... Bercerai kita roboh....

Tanpa Nama berkata...

Tak nampak ke? Ini baru perbezaan pendapat pada peringkat berblogging. Belum perbezaan pendapat dalam pemerintahan. Tak malu ke?

Tak boleh kena tegur? Tak boleh terima teguran? Kalau tak semua teguran itu betul; ambil yang betul tu untuk diperbaiki.

Teguran melalui blog adalah platform terbaik sebab semua pihak boleh baca. Yang baru nak berblog juga boleh tahu cerita, dan belajar gaya blog santai ke, blog politik ke, blog lucah ke - mereka boleh fokus hala tuju blog yang akan dibuat nanti. Fikir jauh sikitlah

Tanpa Nama berkata...

Alam siber perlukan sumbangan ide dari semua pihak yang perihatin dan sedar akan tujuan dan matalamat perjuangan.

Namun harus diakui pendekatan dan approach tindakan lazimnya sedikit berbeda,walaupun pendapat sama.Inilah sebenarnya kehebatan pemikiran anugerah Allah.

Apa pun Keutamaan mesti dibuat dalam melaksanakan tindakan agar tidak menjejaskan matalamat.

Perjuangan membela agama,bangsa dan negara adalah mulia, biarpun dilakukan secara individu atau secara berorganisasi. Tetapi kalau individu menyerang organisasi maka ramailah ahli-ahli organisasi tersebut akan terasa hati. Namun ianya tidaklah sampai ke peringkat yang serius. Madah orang lama "CAREK-CAREK BULU......."