Memaparkan catatan dengan label berita Kedah ke KL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berita Kedah ke KL. Papar semua catatan
Khamis, 1 Januari 2015
Catatan Apa @MukhrizMahathir buat di #Kedah Sepanjang Tahun 2014??
Catatan Menarik 2014 MB Kedah.
Kedah Bertransformasi bersama Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir!
Bermula dengan tema mendahulukan rakyat, MB kita bersama barisan kepimpinan kerajaan negeri yang lain mula mengorak langkah untuk mendekati rakyat.
Maka bermulalah Program Mesra Rakyat atau singkatannya PMR untuk siri yang pertama di Daerah Kota Kuala Muda. Ternyata program tersebut amatlah berkesan dan mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada rakyat jelata.
Ianya kemudian diteruskan pada siri-siri seterusnya di Daerah Padang Terap, Baling dan Padang Serai/Kulim. Pendekatan tersebut memberi impak yang cukup besar kerana rakyat dapat bertemu, mengadu, bermesra sendiri dengan MB kita dan pimpinan lain di dalam Kerajaan Negeri Kedah.
Kejayaan itu disulami dengan berita baik penjanaan ekonomi negeri, apabila Kedah tercatat sebagai negeri kedua terbesar pelabur luarnya di Malaysia pada suku tahun pertama, RM4 billion telah dicatat masuk sebagai pelaburan ke dalam negeri Kedah.
Dalam masa yang sama MB Kedah telah melancarkan kursus kahwin percuma di hampir setiap daerah, Kit Kelahiran untuk bayi yang baru lahir, khairat kematian dan bantuan pada pelajar- pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran di IPT & IPTA.
Tidak dilupa dari segi kerohanian dan pembentukkan insan, MB Kedah telah memutuskan untuk mengadakan kursus ESQ untuk setiap jabatan kerajaan, agensi dan lapisan pemimpin masyarakat di Seri Mentaloon. Ia juga bagi meningkatkan integriti dan amanah dikalangan kakitangan malah pemimpin kerajaan.
Perkara yang baik harus dikekalkan, begitu jugalah dengan Kuliyah Sabtu di Dewan Seri Mentaloon yang dimulakan oleh kerajaan terdahulu, masih diteruskan oleh MB kita kerana ia memberi ilmu dunia dan akhirat,santapan rohani dan bekalan hidup yang bermakna.
Walau sibuk menyusun agenda pembangunan negeri MB kita tidak lupa untuk menjaga sekolah-sekolah pondok di Kedah apabila beliau bersetuju untuk memberi elaun tahunan RM10 ribu dan bulanan RM2 ribu kepada setiap pondok yang berdaftar. Ternyata agenda memperkasakan sekolah pondok dan menyebarkan syiar Islam tidak hanya meniti di bibir, malah dilaksanakan dengan tersusun. Ini terbukti apabila ada saja pondok-pondok agama yang MB kita lawati dari masa ke semasa.
Tidak berhenti disitu, Pejabat Menteri Besar Kedah bersama Yayasan Islam Kedah bekerjasama dengan setiap Majlis Daerah untuk mengatur sumbangan kepada mereka yang memerlukan pada bulan puasa.
Wira-wira tidak didendang, yang kita sering terlupa jasa mereka seperti Ustaz dan Ustazah bebas, Tok Mudim, Mak Bidan dan Tok Kadi. telah dibawa untuk bersama dengan MB kita untuk menerima bantuan sebagai mengenangkan jasa mereka selama ini.
Ternyata kesibukan bersama rakyat, tidak menjejaskan agenda pembangunan golongan Belia. Ia terbukti apabila litar lumba yang dijanjikan semasa PRU yang lalu telah terpatri MOUnya bersama Litar Antarabangsa Sepang.
Kemudiannya MB kita telah mengumumkan pula 6 Projek Utama Pembangunan Negeri Kedah dengan mensasarkan negeri Kedah bakal menjadi negeri yang maju jika perancangan beliau berjalan lancar.
6 Projek tersebut ialah,
1- Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KAX)
2- Bandaraya Aero Kedah (MRO)
3- Bandaraya Getah Kedah
4- Lebuhraya Sungai Petani (SPIKE)
5- Taman Sains dan Teknologi Kedah
6- Bandaraya Sains Perubatan Kedah
Tidak cukup dengan itu, atas slogan mendahulukan rakyat, MB kita telah meluluskan pula bantuan makanan asas pada penoreh getah yang terhimpit akibat harga getah yang rendah dan cuaca pulak tidak menentu.
Belia Harapan Negara.Selaras dengan slogan tersebut, Kerajaan negeri sudah melunaskan janji PRU yang lepas, iaitu bantuan 'one off' sebanyak RM2000 kepada setiap NGO Belia yang berdaftar di Kedah. Sebanyak RM1.97 juta telah diperuntukan oleh Kerajaan pusat bagi tujuan tersebut.
Kejayaan pasukan bola sepak juga tidak dilupa apabila pasukan Kedah berjaya ke separuh akhir Piala Malaysia setelah sekian lama menyepi sebagai gergasi bola sepak negara. Ahmad Farhan Roslan pula telah terpilih sebagai Pemain Muda Terbaik FAM.
Anak muda Kedah terus diberi peluang mencatat nama di peringkat antarabangsa. Contohnya seperti, Hafizudin Talib yang berjaya merentasi Greenland. Segala perbelanjaan beliau untuk misi tersebut ditaja oleh Pejabat MB Kedah.
Transformasi lain yang MB kita lakukan ialah dengan Pekan Rabu. Projek mengubahsuai bangunan Pekan Rabu sudah pun bermula. Selari dengan matlamat untuk menjadikan usahawan Kedah lebih ke maju hadapan, UPUK atau singkatan kepada Unit Pembangunan Usahawan Kedah yang menjadi pusat pembangunan, penyelarasan dan rujukan utama usahawan di Kedah telah pun diwujudkan di UTC Alor Setar,Kedah.
“UPUK diberikan tanggungjawab untuk membangunkan usahawan baharu melalui program bimbingan dan khidmat nasihat perniagaan yang disokong dengan bantuan kewangan yang bersesuaian. Ia juga menawarkan skim mikro kredit pembiayaan perniagaan daripada RM5,000 sehingga RM50,000 bagi membantu usahawan" Demikian ujar MB kita semasa merasmikan UPUK.
Dengan 'target' menjadi antara lima negeri paling hebat dalam bidang pendidikan, maka terciptalah tuisyen online (ez4u) secara percuma kepada pelajar sekolah di Kedah, bermula dari darjah 4 hinggalah ke tingkatan 5.
Inilah catatan menarik 2014 yang sempat kami karang untuk tatapan para sahabat semua.
Ternyata, Kerajaan negeri Kedah tidak hanya bercakap kosong, malah disertai dengan perlaksanaan bagi memajukan negeri, bukan saja dari segi ekonomi, malah menyeluruh merangkumi semua aspek, hinggalah ke sekolah rendah.
Kami percaya catatan bagi tahun baru 2015, pasti akan lebih menarik kerana tahun ini ialah tahun perlaksanaan bagi Kerajaan Negeri Kedah.
Marilah kita bersama-sama MB kita untuk membentuk dan membangunkan lagi negeri Kedah, negeri kita yang tercinta ini.
Selamat tinggal 2014, Selamat datang 2015..
Kedah Maju Bertransformasi 2015
sumber www.mukhrizmahathirfc.com
Khamis, 10 Julai 2014
HOT!! Bandar Baharu Kulim, Bakal Menjadi Bandar Moden? #KedahSerataRata
Ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa Dan Memberi Sumbangan kepada Guru Al-Quran Sukarela, Bidan Kampung, Mudim dan Pengurus Jenazah Daerah Bandar Baharu kelmarin di Masjid Al-Fateh Serdang, YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir mengumumkan beberapa perancangan projek yang akan di bangunkan Kerajaan Negeri di Daerah Kulim dan Bandar Baharu.
Melalui projek pembangunan ini, YAB Dato' Seri Haji Mukhriz berharap ianya dapat menyumbangkan peningkatan ekonomi kepada masyarakat setempat.
Antara perancangan projek yang diumumkan adalah
1- Membangunkan satu bandar MEDICAL SCIENCE CITY di Bandar Baharu Kulim yang berkeluasan 660 ekar. Projek ini ditujukan khas untuk industri dan perkhidmatan Medical dalam bentuk penghasilan peralatan Medical untuk kegunaan didalam negara dan dieksport ke luar negara.
Industri Medical ini mampu memberi peluang pekerjaan yang bergaji tinggi kepada anak tempatan serta memberi kesan kepada peningkatan ekonomi setempat.
2- Projek pembinaan Rumah Rimbunan Kasih kepada masyarakat yang berpendapatan rendah dengan harga yang munasabah.
Perumahan Rimbunan kasih merupakan satu projek yang melibatkan pembinaan 100 unit rumah di kawasan Bandar Baharu dan ianya mempunyai aktiviti ekonomi yang boleh menjana pendapatan kepada pemilik rumah Rimbunan Kasih.
3- Kerajaan Negeri Kedah kini sedang giat melobi Kerajaan Persekutuan untuk kelulusan pembinaan satu Lapangan Terbang Antarabangsa yang baru di kawasan Sidam.
4- Pembinaan sebuah kompleks sukan mini atau mini stadium yang akan dibina di kawasan Serdang tidak lama lagi.
Projek pembinaan kompleks sukan mini ini adalah diatas usaha pemohonan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, YB Dato' Abdul Aziz Sheikh Fadhil yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu kepada Kerajaan Persekutuan.
Jumaat, 13 Jun 2014
HOT!! Kedah Bakal Ada Lapangan Terbang Antarabangsa di Kulim? #HanyaDiKedah
Cadangan Kedah nak buat satu lapangan terbang antarabangsa yang baru adalah sangat bagus. Pulau Pinang punya airport dah sibuk, malah orang Kedah pun susah nak pi sana. Bila buat satu kat Kulim, dibahagian Sedim contohnya. Pembangunan dari lapangan terbang tersebut akan meningkatkan ekonomi sekeliling.
Sekarang ni kawasan disebelah sana, umpama hidup cukup makan. Bila ada lapangan terbang, ia juga menjana ekonomi setempat, selain kemudahan pada yang memerlukan perkhidmatan tersebut.
Baca artikel di bawah,
Kedah bakal memiliki lapangan terbang antarabangsa yang baharu sekali gus akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di negeri-negeri di utara tanah air, sekiranya cadangannya diluluskan kerajaan pusat.
Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di atas sebidang tanah seluas kira-kira 600 hektar di Kulim itu telah dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Beliau berkata kerajaan negeri mendapati terdapat permintaan bagi pengangkutan udara disebabkan kemudahan di lapangan terbang antarabangsa di Pulau Pinang semakin terhad manakala keperluan kargo serta penumpang di masa depan pula bertambah.
"Tawaran Kedah kepada kerajaan Persekutuan adalah sebidang tanah yang luas dan mampu menampung dua landasan lapangan terbang untuk operasi kargo dan penumpang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program peningkatan kerjaya dan sukan Pegawai-pegawai Tadbir Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu di sini Khamis.
Beliau berkata walaupun cadangan berkenaan masih di peringkat awal, kerajaan negeri percaya ia akan menjadi pencetus kepada pertumbuhan ekonomi bukan sahaja di zon utara malah termasuk Selatan Thailand.
Katanya kawasan yang dikenal pasti pula sangat strategik kerana berdekatan dengan Taman Teknologi Tinggi Kulim yang bersempadan dengan Sungai Petani selain berhampiran dengan Pulau Pinang.
"Saya telah menulis surat kepada perdana menteri mengenainya dan kita akan berbincang dengan kerajaan Persekutuan termasuk Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan," katanya. - BERNAMA
Jumaat, 6 Jun 2014
HOT!! Keluarga Hampir Maut di Telan Kepala Air Titi Hayun! #HanyaDiKedah
![]() |
| ANGGOTA bomba menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam arus deras di air terjun Titi Hayun, semalam. |
Suasana menyeronokkan sembilan bersaudara termasuk lima sekeluarga orang kelainan upaya (OKU) berkunjung ke kawasan rekreasi Air Terjun Titi Hayun, dekat sini, untuk berkelah berdepan detik mencemaskan apabila terperangkap dalam kejadian arus deras, semalam.
Kejadian dipercayai berlaku jam 1 tengah hari ketika semua mangsa termasuk tiga kanak-kanak berusia tiga hingga lima tahun sedang mandi sebelum hujan lebat dan disusuli arus deras.
Seorang mangsa, Hayati Abdul Rahman, 42, dari Kuala Kedah berkata, dia datang berkelah di kawasan rekreasi berkenaan bersama keluarga sepupunya sempena cuti sekolah dengan membawa dua anak dan seorang cucu.
Katanya, sepupunya, Nor Zaini Zainal, 43, yang mengalami kecacatan pendengaran dan percakapan datang bersama suaminya dan juga tiga anak mereka yang juga berstatus OKU sama.
“Kami tiba di kawasan rekreasi ini jam 11.30 pagi dan selepas makan, kami mula mandi, tetapi secara tiba-tiba hujan lebat sehingga air mula naik, sekali gus berlaku arus deras.
Namun alhamdulillah semuanya selamat kerana tidak ada seorang pun ahli keluarga mereka yang mandi ketika itu.
Semua mangsa diselamatkan oleh pihak bomba untuk keluar dari air terjun berkenaan.
Ahad, 27 April 2014
INFO! Kerajaan akan Mengarusperdanakan Institusi Pondok di Malaysia!! @NajibRazak @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah
PENGUMUMAN Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk memberi 50 tempat kepada pelajar dan guru pondok di institusi pengajian tinggi dengan pembiayaan sepenuhnya sewaktu merasmikan penutupan Ijtimak Pondok Malaysia semalam adalah berita cukup menggembirakan.
Buat masa ini, ramai pelajar pondok yang melanjutkan pelajaran ke luar negara, seperti ke Pakistan, India, Mesir dan negara-negara Timur Tengah.
Namun, kerana pergolakan politik dan pelbagai masalah sosioekonomi di negara-negara tersebut, maka difikirkan lebih baik dan lebih selamat untuk pelajar-pelajar pondok yang berpotensi belajar di kolej atau universiti tempatan yang sesuai.
Hakikat bahawa Perdana Menteri sendiri hadir untuk membuat pengumuman ini adalah sangat signifikan. Ini adalah satu pengiktirafan kepada pondok sebagai institusi pendidikan yang mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dan berpotensi.
Untuk melengkapi, Najib juga mengumumkan peluang kepada 50 guru agama yang berkelayakan untuk mengikuti latihan perguruan di Institut Pendidikan Perguruan di Kampus Pendidikan Islam, Bangi.
Guru-guru pondok yang terpilih juga akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.
Kesediaan kerajaan untuk membuka ruang lebih besar kepada pelajar dan guru pondok dengan sendirinya menyanggah persepsi bahawa institusi pondok dipinggirkan.
Malah, tema ucapan Najib yang bertajuk Mengarusperdanakan Institusi Pondok di Malaysia jelas memperlihat usaha dan komitmen kerajaan untuk mendorong transformasi pondok agar terus relevan dan berkekalan.
Anugerah Kasih YAB Perdana Menteri kepada 10 buah pondok seluruh negara adalah lanjutan kepada anugerah sama yang diberi kepada 11 pondok dua tahun lalu.
Beliau juga memberi anugerah kepada Pusat Pendidikan Al-Baraqah, Perak yang dinobatkan sebagai Pondok Progresif 2014. Turut diraikan adalah tiga pemenang Anugerah Warga Emas Contoh dan tiga pemenang Anugerah Pelajar Contoh.
Kehadiran lebih 1,500 orang dari seluruh negara, yang mana dua pertiga adalah warga pondok, adalah sambutan yang cukup mengujakan Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) sebagai penganjur. Mereka tekun mengikuti dan berinteraksi dengan tok guru pondok, tokoh profesional dan ahli akademik yang turut membentang enam kertas kerja serta menjadi panelis diskusi.
Sambutan orang ramai terhadap ijtimak ini juga terbukti dengan penuhnya dewan di Kolej Universiti Insaniah semasa berlangsungnya Forum Perdana bertajuk Aku Terror Bukan Terroris.
Dalam ucapan alu-aluan, saya mengumumkan kerjasama antara YPPM dengan Universiti Utara Malaysia dan Malaysian Multimedia Development Corporation (MDeC) untuk membuat kajian yang lebih menyeluruh dan saintifik ke atas institusi pondok.
Maklumat yang lengkap dengan data empiris boleh membantu YPPM menyediakan laporan lebih realistik dan meyakinkan bagi mendapat komitmen kerajaan untuk membantu serta menyokong pembangunan dan pengembangan institusi pondok.
Di bawah pelan ini, YPPM dan MDeC akan mengenal pasti program digital yang boleh dilaksanakan bagi tujuan memartabat dan mengarusperdanakan pondok menjelang 2020.
Program ini akan guna kaedah Social Crowd Funding. Kita akan merangka dan melaksanakan pelan yang membolehkan penyertaan dan penglibatan orang ramai untuk membantu menyelesaikan permasalahan, kekangan dan keperluan pondok terutama kemudahan prasarana menerusi kaedah digital.
Pendekatan Social Crowd Funding juga akan digunakan bagi menggalakkan individu dan syarikat melabur dalam pembangunan modal insan yakni pelajar-pelajar pondok yang cemerlang dan boleh melanjutkan pelajaran.
Video ucapan dibawah,
Isnin, 7 April 2014
HOT!! Perkara AJAIB Paling Indah yang Berlaku di Kedah Sekarang!! #HanyaDiKedah
Pada rakyat Kedah sekarang rasanya dah lama takjub dengan suasana ni, tapi orang luar Kedah jangan pelik, ini memang benar-benar di Kedah.
Kalau sekali pandang nampak macam di Jepun atau korea, tapi sebenarnya ianya hanya di Kedah. Disebabkan permandangan yang indah dan sedap mata memandang ni, Exco pelancongan pun dah bercadang nak buat 'musim bunga' ni jadi salah satu tarikan pelancongan di Kedah.
ALOR SETAR - Keindahan ‘musim bunga’ bunga pohon hiasan di sepanjang jalan di bandaraya ini bakal dijadikan produk pelancongan Negeri Kedah, tidak lama lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan, YB. Dato’ Mohd Rawi Abdul Hamid berkata, keindahan pohon Tabebuia atau nama jolokannya pohon Sakura Malaysia itu mampu dijadikan daya tarikan pelancong ke negeri ini.
Beliau berkata, satu usul akan dibawa kepada Menteri Besar untuk perhebatkan penanaman pohon tersebut di seluruh kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.
“Saya akan kemukakan perkara ini kepada Menteri Besar dengan kadar segera kerana ia berpotensi untuk dijadikan tarikan pelancong ke negeri ini.
“Kita akan usulkan kepada Menteri Besar supaya pohon ini ditanam di sepanjang jalan ke lapangan terbang dan juga sepanjang Sungai Anak Bukit di sekitar Alor Setar.
“Saya bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (EXCO) lain pun sangat teruja dengan keindahannya yang mengeluarkan bunga merah jambu dan putih itu setelah empat atau lima tahun sekarang, ia berbunga,” katanya.
McTheory:
Tanam pokok angsana ni banyak-banyak buat macam taman. Kalau sekali dua keluar.. pehh.. cantik!
Sabtu, 14 Disember 2013
INFO! Akhirnya Candi Lembah Bujang Ke Unesco Jugak!! #CandiLembahBujang
Setelah sekian lama menunggu keputusan Kerajaan Kedah untuk membuat pemohonan pengiktirafan Unesco terhadap Candi-Candi di Lembah Bujang. Akhirnya, semalam Menteri Besar Kedah membuat kenyataan tersebut.
Cadangan itu turut disambut baik oleh MIC Kedah kerana langkah kerajaan negeri mendapatkan pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) bagi menjadikan tapak warisan sejarah sekitar Lembah Bujang di Merbok sebagai tapak warisan dunia.
Timbalan Pengerusinya, M.L. Maran berkata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir membuat keputusan betul dalam usaha memelihara warisan berkenaan.
"Kenyataan Mukhriz semalam membuktikan kerajaan negeri tidak lepas tangan. MIC berharap tidak ada lagi kenyataan mana-mana pihak bahawa kerajaan negeri tidak peka dengan isu ini," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah semalam bahawa kajian akademik akan dihantar kepada Unesco selewat-lewatnya hujung tahun depan sebagai usaha mendapatkan pengiktirafan bagi menjadikan Lembah Bujang tapak warisan dunia.
Candi 11 iaitu monumen binaan semula pada 1974 di Sungai Batu menjadi kontroversi apabila banyak pihak khususnya badan-badan bukan kerajaan marah dengan tindakan sebuah syarikat pemaju merobohkannya bulan lepas selain menyifatkan kerajaan negeri tidak peka dengan isu sejarah.
Maran berkata masyarakat India khususnya harus berterima kasih dengan ketelusan dan komitmen Mukhriz dan kerajaan Kedah untuk menangani isu ini sebaik mungkin.
Jumaat, 13 Disember 2013
INFO! Kerajaan Kedah Nak Hadiah RM50 Ribu? #HanyaDiKedah
ALOR SETAR - Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menawarkan hadiah bernilai RM50,000 kepada pembayar cukai pintu bermula 1 Jan hingga 28 Feb tahun depan.
Datuk Bandar Datuk Mat Noh Ahmad berkata hadiah utama sebuah kereta Proton Saga menanti pembayar cukai bertuah selain 61 hadiah lain seperti barangan elektrik.
Beliau berkata pemilik rumah dan premis perniagaan dengan tunggakan cukai pintu tidak layak menyertai cabutan bertuah itu, yang akan dibuat pada Mac tahun depan.
Hadiah itu adalah inisiatif MBAS bagi menggalakkan lebih 80,000 pemilik rumah dan premis perniagaan yang gagal menjelaskan cukai tertunggak lebih RM23 juta sejak lebih 10 tahun lepas, katanya.
Mat Noh juga berkata orang ramai yang melunaskan tunggakan cukai pada minggu pertama bulan Januari layak menyertai cabutan bertuah itu.
Beliau berkata mereka boleh membuat semakan dan mengemas kini maklumat seperti alamat dan nombor telefon bagi memudahkan urusan dengan MBAS kelak.
Selasa, 8 Oktober 2013
INFO! Bangunan Pasaraya CMart RUNTUH di Jitra! #HanyaDiKedah
Riuh rendah bila sebahagian besar dinding pasaraya yang baru beroperasi awal Ogos lalu di Bandar Darulaman Industri di sini, runtuh.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 8.45 pagi Selasa itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kecederaan kerana premis terbabit ketika itu kosong dan hanya beroperasi jam 10 pagi.
Mengikut laporan awal, keruntuhan mungkin disebabkan batang konkrit yang dah mereput, kerana bangunan tersebut pernah terbengkalai lama sebelum ini.
Psst: ingat bangunan runtuh kat Terengganu lagi.. rupanya Kedah. he he..
Khamis, 15 Ogos 2013
HOT! Gambar terbaru Ustaz Azizan di hospital! #KedahAmanMakmur
Ini gambar terbaru Ustaz Azizan di hospital Pulau Pinang. Khabarnya Ustaz Azizan sudah beransur pulih dan akan dipindahkan ke hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Patutla Pas Kedah bersilat sakan takmau buat PRK, rupanya masih lagi menaruh harapan pada Ustaz Azizan untuk jaga Dun Sungai Limau.
Persoalannya, mampukah Ustaz Azizan memberi khidmat terbaik pada penduduk Sungai Limau dalam kesihatannya yang agak terganggu. Lebih baik kita biarkan Ustaz Azizan memberi tumpuan kepada kesihatan dan keluarganya dari kerjaya politik, sebab beliau pun kurang sihat.
Ada orang tanya Mc, siapa sebelah Ustaz Azizan tu, hmm.. entah Mc nak jawab pun taktau, nampak macam Anwar Ibrahim. Biasala Anwar, kadang-kadang pelanduk dua serupa. Muka macam saya, tapi itu bukan saya! Soo.. jangan pandai-pandai kata itu Anwar, sebab dia kata ramai muka macam dia!
McTheory:
Dah 3 bulan masuk hospital, baru teringin nak melawat ka? heh..
Jumaat, 14 Jun 2013
TUDIAA!! Berita Ni Yang Puak Pas Tak Suka Dengar!! #HanyaDiKedah
Patut la puak Pas dok meroyan sangat lanih. Rupanya dorang risau dengan gerak kerja Menteri Besar Kedah yang baru ni sangat laju. Dalam bulan ni saja, dah berapa banyak pelabur luar datang melabur dalam Kedah.
Malah projek-projek yang tergendala dulu, banyak yang telah dimajukan semula.
Kerajaan negeri akan melaksana semula projek berimpak tinggi Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) dengan nilai pelaburan berbilion ringgit selepas tertangguh beberapa tahun di bawah pentadbiran Pas Kedah sebelum ini.
Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, Merapoh Resources Corporation Sdn. Bhd. (Merapoh) yang juga merupakan pemaju asal akan menerajui projek itu dan satu perjanjian baharu dengan syarikat terbabit akan dilakukan dalam masa terdekat.
"Kerajaan negeri akan berusaha sedaya upaya merealisasikan projek ini. Merapoh masih merupakan pemaju utama dan tidak timbul lagi soal dana kerana ada pelabur yang akan membantu. Perkara ini penting kerana melibatkan pelaburan berbilion ringgit," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan wakil Merapoh dan syarikat pelaburan dari Jepun di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.
ZIPY yang ditukar kepada projek Sungai Limau Hidrokarbon Hub (SULIHH) selepas Pas Kedah mengambil alih kerajaan negeri pada 2008 itu adalah projek penapisan minyak di kawasan laut yang ditambak di Sungai Limau, Yan dan minyak mentah dari Asia Barat akan diimport dan diproses untuk dieksport semula ke China dan negara Asia lain apabila loji tersebut siap.
Barisan Nasional (BN) pada 2007 mengumumkan projek itu hasil perancangan rapi dan menyasarkan keuntungan sebanyak RM400 juta setahun dalam bentuk cukai dari projek itu yang dijadual siap pada 2014 mengikut perancangan awal selain menawarkan pekerjaan kepada kira-kira 30,000 orang.
Mukhriz menambah, kerajaan negeri yakin kerjasama antara Merapoh dan syarikat pelabur asing baharu itu akan menjayakan projek terbabit yang disifatkan beliau semakin berskala besar daripada cadangan terdahulu.
"Hasil pembentangan Merapoh hari ini, ada banyak perubahan dari segi skala sekarang menjadi semakin besar. Merapoh juga memberikan keyakinan dalam soal bekalan bahan mentah tersebut iaitu dari mana dan ke mana akan dipasarkan.
"Soal sumber ini penting dan masalah sebelum ini timbul kerana tiada sebarang jaminan berhubung perkara itu. Seperti projek minyak lain, projek ini akan memakan masa antara lima hingga 10 tahun, namun kita berharap ZIPY akan dilaksanakan secepat mungkin.
"Kerajaan negeri akan memantau dan memastikannya berjaya direalisasikan," katanya
Alhamdullilah, jika ianya berjalan lancar, penduduk sekitar boleh cari kerja baru. Tak perlu nak pindah ke Pulau Pinang lagi untuk kerja kilang.
McTheory:
Baru sebulan, macam-macam dah jalan.. bagus..
Ahad, 2 Jun 2013
HOT INFO! Ustaz Azizan Mantan MB Kedah Kini Bergelar Tan Sri! #HanyaDiKedah
Tahniah Mc ucapkan pada Ustaz Azizan.. walaupun sering diserang oleh pengkhianat dalam Pas Kedah, namun YDP Agong nampak jasa-jasa Ustaz Azizan dan perlu diberi anugerah. Tahniah sekali lagi.
Tentang keadaan terkini Ustaz Azizan, Mc diberitahu, beliau dah semakin sihat, cuma masih tak boleh makan sendiri. Ustaz tetap setia ditemani oleh Ister-isteri dan anak-anaknya.
McTheory:
Doakan Ustaz semoga cepat sembuh..
Rabu, 29 Mei 2013
PANASS!! Luahan Rasa Dari Rakyat Kedah Mengenai Dato Paduka @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah
Kat bawah ni tulisan dari pembaca tetap Utusan Malaysia. Beliau meluahkan segala yang beliau rasa bila BN menang di Kedah dan Dato Paduka Mukhriz jadi Menteri Besar Kedah.
Mari kita baca tulisannya..
SAYA merupakan penggemar ruangan rencana dan juga Forum di akhbar Utusan Malaysia.
Hari ini saya mengambil tindakan untuk menulis di ruangan ini bagi meluahkan apa yang saya rasa sempena PRU-13 ini.
Selepas keputusan PRU-13 disahkan oleh SPR, bahawa BN menang dengan majoriti mudah 112 kerusi, saya melonjak kegembiraan dan suami melakukan sujud syukur.
Betapa bersyukurnya kami, kerana sekali lagi dengan izin Allah, BN dapat mentadbir negara tercinta ini.
Kegembiraan kami bertambah setelah negeri kelahiran saya, negeri Kedah berjaya ditawan kembali.
Untuk pengetahuan, semalam sebelum dan semasa hari mengundi saya dan suami keluar meninjau keadaan di sekitar bandar raya Alor Setar.
Pada perkiraan saya, majoriti kenderaan yang mempunyai bendera adalah penyokong pembangkang.
Sekiranya diadakan pertandingan memasang bendera dan sorakan penyokong, sudah pasti kemenangan milik mereka.
Mereka bermaharajalela di jalan raya. Namun begitu, saya optimis majoriti kenderaan lain yang tidak memasang bendera adalah pengundi BN.
Ini kerana, mengambil kira keseluruhan ahli keluarga saya yang merupakan pengundi tegar BN, tiada seorang pun di antara kami yang memasang bendera atas faktor keselamatan.
Kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir, saya percaya majoriti rakyat Kedah sungguh gembira di atas perlantikan Datuk Seri sebagai Menteri Besar.
Besar harapan kami agar Datuk Seri dapat membawa perubahan kepada negeri Kedah.
Ramai golongan belia di negeri Kedah yang bersedia untuk dipimpin dan ditunjukkan jalan agar dapat bersama-sama memajukan negeri tercinta ini khususnya dan negara amnya.
Isilah dada mereka dengan ilmu agama dan ilmu dunia yang dapat dimanfaatkan.
Jemputlah penceramah-penceramah yang digemari oleh golongan belia dan jadikan aktiviti mingguan atau bulanan supaya ilmu yang diterima dapat menghindarkan mereka daripada terpesong. Saya yakin Datuk Seri mampu melakukannya.
AMIRA - Alor Setar
Komen:
Memang hampir semua rakyat Kedah gembira bila Dato Mukhriz jadi Menteri Besar Kedah. Tak kira Pas atau UMNO, ramai yang menyokong, Mc tak nafikan. Namun Mc minta Dato Mukhriz jangan lupa jentera yang menolong semasa dan sebelum PRU.
Sebab dah ada bunyi-bunyi yang tidak sedap didengar. Mc sebagai penulis blog hanya menyampaikan saja. Suara kami kecil, kadang-kadang orang tak perasan pun. Sebab tu lepas PRU mana ada orang pedulikan bloggers, facebookers, twitterian dan troopers. Watak tak penting..
Waktu sekarang ni, siapa yang paling berjaya? Semestinya kaki-kaki bodek dan pengampu-pengampu orang kaya. Orang yang selama ni buat kerja akan disisihkann..begitulah kehidupan. Susah sesama, senang sesorang. he he he..orang kata, bukan Mc kata.
McTheory:
Itulah harga sebuah perjuangan..
Isnin, 13 Mei 2013
PANASS!! Siapa Exco Kerajaan Negeri Kedah? @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah
Diantara Exco Kedah yang disebut-sebut
Mc pun tertanya-tanya senarai exco yang akan dipilih oleh Menteri Besar Kedah yang baru. Kat bawah ni ada berita pasal tu. Exco yang dipilih akan membantu dan mencorakan pentadbiran negeri Kedah.
ALOR SETAR – Seramai lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah dijadual mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu di Istana Anak Bukit di sini Rabu ini.
Upacara mengangkat sumpah dijadual berlangsung di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah pada pukul 10 pagi.
Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir pagi semalam mengadakan pertemuan dengan ADUN Barisan Nasional (BN) di Wisma Darul Aman di sini.
Pertemuan tertutup itu antara lain dipercayai mempunyai kaitan dengan pemilihan barisan Exco Kerajaan Negeri.
Spekulasi ADUN yang bakal mengisi senarai Exco mula menjadi bualan setelah Mukhriz mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-10 pada 6 Mei lalu.
ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail yang berpengalaman dalam sektor korporat termasuk pernah memegang jawatan Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) dan merupakan Pengerusi Majlis Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) negeri dijangka mengisi portfolio industri.
ADUN Ayer Hangat, Mohd. Rawi Abdul Hamid yang boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Arab serta Siam selain fasih berbahasa Melayu dan Inggeris pula dijangka memegang portfolio pelancongan dan agama.
Sementara ADUN Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob yang memasuki penggal ketiga perkhidmatan pula disebut-sebut bakal memegang portfolio berkaitan wanita dan keluarga.
Wakil rakyat lain yang turut dijangka ialah ADUN Belantek, Datuk Mohd. Tajudin Abdullah dikatakan akan memegang portfolio luar bandar manakala ADUN Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain dalam portfolio pendidikan.
Muka baharu yang turut mendapat kepercayaan Mukhriz ialah ADUN Kuala Nerang, Badrol Hisham Hashim untuk memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan serta ADUN Jitra, Amiruddin Omar bagi portfolio belia dan sukan.
Turut mendapat tempat dalam Exco Kerajaan Negeri Kedah ialah ADUN Bandar Baharu, Datin
Noor Sabrina Mohd. Noor yang merupakan ahli biologi dengan memegang portfolio teknologi maklumat.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu, BN memperoleh 21 daripada 36 kerusi DUN sekali gus mendapat majoriti mudah bagi membolehkannya memerintah negeri ini.
Lazimnya kerajaan negeri sebelum ini melantik 10 Exco untuk memegang pelbagai portfolio, namun dipercayai kerajaan negeri pada kali ini akan melantik lapan orang sahaja untuk ke jawatan berkenaan.
Ia berikutan pendirian MCA untuk tidak meletakkan wakil rakyat parti itu dalam kerajaan negeri ekoran prestasi buruk pada PRU-13 selain tiada calon MIC Kedah yang menang.
Upacara mengangkat sumpah dijadual berlangsung di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah pada pukul 10 pagi.
Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir pagi semalam mengadakan pertemuan dengan ADUN Barisan Nasional (BN) di Wisma Darul Aman di sini.
Pertemuan tertutup itu antara lain dipercayai mempunyai kaitan dengan pemilihan barisan Exco Kerajaan Negeri.
Spekulasi ADUN yang bakal mengisi senarai Exco mula menjadi bualan setelah Mukhriz mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-10 pada 6 Mei lalu.
ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail yang berpengalaman dalam sektor korporat termasuk pernah memegang jawatan Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) dan merupakan Pengerusi Majlis Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) negeri dijangka mengisi portfolio industri.
ADUN Ayer Hangat, Mohd. Rawi Abdul Hamid yang boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Arab serta Siam selain fasih berbahasa Melayu dan Inggeris pula dijangka memegang portfolio pelancongan dan agama.
Sementara ADUN Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob yang memasuki penggal ketiga perkhidmatan pula disebut-sebut bakal memegang portfolio berkaitan wanita dan keluarga.
Wakil rakyat lain yang turut dijangka ialah ADUN Belantek, Datuk Mohd. Tajudin Abdullah dikatakan akan memegang portfolio luar bandar manakala ADUN Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain dalam portfolio pendidikan.
Muka baharu yang turut mendapat kepercayaan Mukhriz ialah ADUN Kuala Nerang, Badrol Hisham Hashim untuk memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan serta ADUN Jitra, Amiruddin Omar bagi portfolio belia dan sukan.
Turut mendapat tempat dalam Exco Kerajaan Negeri Kedah ialah ADUN Bandar Baharu, Datin
Noor Sabrina Mohd. Noor yang merupakan ahli biologi dengan memegang portfolio teknologi maklumat.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu, BN memperoleh 21 daripada 36 kerusi DUN sekali gus mendapat majoriti mudah bagi membolehkannya memerintah negeri ini.
Lazimnya kerajaan negeri sebelum ini melantik 10 Exco untuk memegang pelbagai portfolio, namun dipercayai kerajaan negeri pada kali ini akan melantik lapan orang sahaja untuk ke jawatan berkenaan.
Ia berikutan pendirian MCA untuk tidak meletakkan wakil rakyat parti itu dalam kerajaan negeri ekoran prestasi buruk pada PRU-13 selain tiada calon MIC Kedah yang menang.
Menteri Besar bagaimanapun boleh mewujudkan satu jawatan khas setaraf Exco masing-masing untuk mewakili kaum Cina, India dan Siam. - KOSMO
McTheory:
Kami sokong sesiapa saja Exco, atas lantikan Datuk Paduka Mukhriz..
Isnin, 1 Oktober 2012
Ne Nong! Ne Nong! Kecemasan Blog Kedah Ke KL!!
Salam pada semua pembaca, Mc sebenarnya berehat sebentar dalam 3, 4 hari ni pergi betapa di Gunung Jerai untuk merehatkan otak bagi persediaan menghadapi PRU ke 13 nanti.
Insyallah perjuangan akan diteruskan. Blog akan di UPDATE seperti biasa!
Follow blog Mc, kerana banyak isu Eksklusif, Terkini, Panass, Gempar dan Tudiaa.. akan menemui pembaca..
Next isu.. kita ke Bukit Kachi!! akan didedahkan pada bulan Oktober ini..
McTheory
Rabu, 29 Ogos 2012
KASI PANAS!! Pemimpin Kanan Parti Pembangkang ROGOL Anak Sendiri?
Seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang dan anak lelakinya ditahan bagi membantu polis berhubung satu kes sumbang mahram.
Pemimpin utama sebuah parti baru itu bersama anak lelakinya yang berumur 14 tahun ditahan reman pada 22 Ogos lepas bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki.
Mereka dibebaskan semalam.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim, mangsa, 15, melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lepas di sebuah pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur.
"Kedua-dua suspek, bapa dan anak itu bagaimanapun dibebaskan semalam atas jaminan pihak polis," katanya
Beliau berkata polis juga mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu.
Suspek yang juga saudara terdekat kepada seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang tanah air, pernah bertanding pada pilihan raya umum ke-12.
Bagaimanapun, suspek yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri di Pahang pada pilihan raya umum lepas itu kalah kepada calon Barisan Nasional..
Pemimpin utama sebuah parti baru itu bersama anak lelakinya yang berumur 14 tahun ditahan reman pada 22 Ogos lepas bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki.
Mereka dibebaskan semalam.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim, mangsa, 15, melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lepas di sebuah pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur.
"Kedua-dua suspek, bapa dan anak itu bagaimanapun dibebaskan semalam atas jaminan pihak polis," katanya
Beliau berkata polis juga mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu.
Suspek yang juga saudara terdekat kepada seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang tanah air, pernah bertanding pada pilihan raya umum ke-12.
Bagaimanapun, suspek yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri di Pahang pada pilihan raya umum lepas itu kalah kepada calon Barisan Nasional..
McTheory:
Aiyoo.. apa sudah jadi ni.. takdak agama ka?
Selasa, 15 Mei 2012
PANASS SEHH!! Rasanya @PapaGomo Perlu Ikuti Kursus UMB!!
![]() |
| Biar McTheory pulak yang bersuara!! |
Sebenarnya niat Mc menjadi blogger ni untuk berperang dengan Pakatan Haram. Semasa Mc mula menjadi blogger, Mc melihat blogger dan cybertroo BN ni agak kurang. Kalau nak dibandingkan dengan blogger dan Cybertroo sebelah sana kita jauh ketinggalan. Itu pada waktu 2009 la..
Selepas 2010 dan 2011, pertambahan blogger-blogger baru muncul tumbuh bak cendawan lepas hujan. Mungkin ada kesedaran diantara kita orang UMNO, sehingga ada yang berusaha membuka blog untuk menentang cybertroo dan blogger dari pro Pakatan.
Waktu ini, blogger BN cukup BERSATU. Jikalau ada blog baru, pasti ada yang akan membantu untuk promote dan LINKkan blog itu diblognya. Kiranya, zaman ni blogger pro BN cukup hebat dan tidak ada masalah.
Tetapi kini, blogger pro BN telah terbahagi kepada beberapa kumpulan. Malah Mc sendiri telah memilih untuk bersama UMB sebagai jentera parti dibawah Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia. Niat Mc hanya satu, untuk membantu UMNO/BN di alam mayadan memenangi PRU kali ini. Malah sejak berada dibawah UMB, Mc dan rakan-rakan di Kedah bergerak secara konsisten keserata Kedah untuk mengorek isu kemungkaran Pas Kedah.
Namun apabila Mc baca, tulisan PapaGomo yang menyindir peranan UMB dalam menghasilkan cybertroo. Mc rasa terpanggil untuk menulis, bagi meredakan keadaan. Mc rasa PapaGomo ni tak faham, atau sengaja buat-buat tak faham. Mc tak tahu niat PapaGomo menegur UMB itu secara ikhlas, atau tidak. Tetapi kalau benar ikhlas, PapaGomo boleh mengunakan cara lain, seperti mengadakan perjumpaan, berbincang atau berbual ditelefon untuk kenal pasti masalah sebenar.
Mc jugak agak sangsi dengan keikhlasan PapaGomo apabila menyebut peruntukan rm300k. Jika nak tegur mengenai cybertroo, tak usah diungkitkan sekali dengan peruntukan ataupun kewangan. Apakah benar UMB dibiayai RM300K? dan PapaGomo tidak dibayar? heh.. Mc malas nak sentuh soal kewangan, kerana ia perkara yang sensitif.
Jika prihatin sangat dengan UMB dan nasib cybertroo, apa kata PapaGomo cuba memberi pendapat serta idea yang bernas untuk UMB menguna pakai idea tersebut? Mana tau ilmu Tuan Pengerusi UMB tak sehebat PapaGomo blogger tersohor negara buat ketika ini.
Tak perlu kita terpekik di blog untuk menegur satu sama lain. Tulisan di blog BISAnya lain dan keikhlasannya kurang.
Untuk pengetahuan PapaGomo dan rakan blogger lain. Sejak Mc bernaung dibawah UMB, banyak perkara yang telah Mc pelajari dan perkara itu tidak dapat dipelajari ditempat lain. UMB memang organisasi jentera perang siber yang terbaik, cuma selalu di sabotaj oleh geng sendiri, hingga ada pemimpin UMNO yang menjadi buta tidak nampak kelibatnya.
Malah kursus-kursus anjuran UMB lebih berkesan dan menghasilkan ramai troopers (walaupun tidak menelan belanja sampai ratusan ribu). Mc tidak memperkecilkan pihak lain, dan berkata kursus mereka tidak bagus, tidak, namun Mc sendiri banyak belajar teknik dan taktik peperangan siber dari UMB. Mc rasa, PapaGomo kena ikut kursus UMB sekali, baru tahu apa itu UMB dan apa benda yang UMB buat selama ini.
Ramai diantara kita tidak faham mengenai peperangan siber. Peperangan siber amat unik, keputusannya peperangannya juga kita tidak boleh nampak secara terus, tapi kesannya boleh berpanjangan dan meninggalkan kesan tikaman yang mendalam iaitu persepsi.
Setahu Mc, UMB tidak pernah menyerang atau menghentam kumpulan blogger lain. Hubungan UMB diantara kumpulan blogger lain jugak baik, termasuk dengan PapaGomo, namun apa yang Mc nampak, hanya PapaGomo saja yang selalu menghentam (baginya menegur) UMB.
Mc pun tak tahu apa masalah sebenarnya PapaGomo dengan UMB? Dendamkah? Wangkah? Hinggakan ianya berlarutan berpanjangan. Sedangkan kita sekarang menghadapi saat paling getir dalam sejarah. Kita sedang menghadapi PRU yang paling sengit diantara semua PRU sebelum ini. Malah nasib Agama, bangsa dan tanah air kita sekarang, bergantung kepada PRU ke 13 ini. Apakah ada perkara lain yang lebih besar selain dari itu?
Tak bolehkah kita tinggalkan perkara yang remeh ini diselesaikan lepas PRU?
Kadang-kadang kita fikir, kita dah cukup hebat! tetapi kita tak sedar, kehebatan kita itu hanyalah pinjaman dari Allah SWT. Malah kita lupa, ada lagi orang yang lebih hebat dari kita. Malah orang yang lebih hebat itu pun, sentiasa mahu belajar ilmu hebat yang lain. Sedangkan kita yang rasa diri hebat, sentiasa mencebik bibir bongkak dan enggan menerima pendapat orang lain.
Namun adakah sebenarnya kita ini hebat? Tepuk dada tanya iman..
Tulisan PapaGomo turut disambut oleh rakan-rakan blog yang lain.. malah ada diantaranya lebih keras..
McTheory:
Tulisan ikhlas dari hati yang suci lagi murni.. heh..
Khamis, 19 Januari 2012
Selasa, 17 Januari 2012
GEMPAR!! Terakam Gambar Hantu di Kedah!!
Seorang pelanggan sebuah gerai minum di pekan Langgar secara tidak sengaja merakam gambar satu kepulan asap yang menyerupai wajah manusia beberapa hari lalu sewaktu bersantai di kedai berkenaan.
Usahawan, Zul Azri Abdul Khalil, 34, berkata, sewaktu kejadian kira-kira jam 5 petang, dia hanya mahu menguji kamera telefon bimbitnya sahaja dan mengambil gambar beberapa kali.
Menurutnya, selepas beberapa ketika dia meneliti kembali gambar yang diambil dan terkejut apabila mendapati terdapat satu kepulan asap seolah-olah menyerupai wajah manusia.
Selasa, 27 Disember 2011
Langgan:
Ulasan (Atom)



















.jpg)



