Sabtu, 14 Disember 2013

INFO! Akhirnya Candi Lembah Bujang Ke Unesco Jugak!! #CandiLembahBujang


Setelah sekian lama menunggu keputusan Kerajaan Kedah untuk membuat pemohonan pengiktirafan Unesco terhadap Candi-Candi di Lembah Bujang. Akhirnya, semalam Menteri Besar Kedah membuat kenyataan tersebut.

Cadangan itu turut disambut baik oleh MIC Kedah kerana langkah kerajaan negeri mendapatkan pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) bagi menjadikan tapak warisan sejarah sekitar Lembah Bujang di Merbok sebagai tapak warisan dunia.

Timbalan Pengerusinya, M.L. Maran berkata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir membuat keputusan betul dalam usaha memelihara warisan berkenaan.

"Kenyataan Mukhriz semalam membuktikan kerajaan negeri tidak lepas tangan. MIC berharap tidak ada lagi kenyataan mana-mana pihak bahawa kerajaan negeri tidak peka dengan isu ini," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah semalam bahawa kajian akademik akan dihantar kepada Unesco selewat-lewatnya hujung tahun depan sebagai usaha mendapatkan pengiktirafan bagi menjadikan Lembah Bujang tapak warisan dunia.

Candi 11 iaitu monumen binaan semula pada 1974 di Sungai Batu menjadi kontroversi apabila banyak pihak khususnya badan-badan bukan kerajaan marah dengan tindakan sebuah syarikat pemaju merobohkannya bulan lepas selain menyifatkan kerajaan negeri tidak peka dengan isu sejarah.

Maran berkata masyarakat India khususnya harus berterima kasih dengan ketelusan dan komitmen Mukhriz dan kerajaan Kedah untuk menangani isu ini sebaik mungkin.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan berikan orang india mileage dalam isu ini kerana ia adalah tamaddun melayu bukan tamadun india.

sayful puddin berkata...

sejak bila org India sembahyang d sana? lol.. sepatutnya warisan sejarah melayu bukan warisan sejarah India.

raja merah berkata...

bro, baca artikel oleh org India ni, tamadun tu melayu punya bukan india yg baru dtg ke tanah melayu ni

http://sharmalanthevar.blogspot.com/2013/12/bujang-valley-malaysian-indian.html

dia pun heran mengapa melayu tak defend sejarah tamadun sendiri

tukang telek berkata...

Kebanyakan melayu buta sejarah dan mudah lupa.

Tanpa Nama berkata...

"'To make the problem worst, the modern Malaysian Malays are not speaking up to defend what their ancestors built. This is because their ancestors were not Muslims like them. Their ancestors were Hindus and Buddhist"
so, the modern malays are such...

Tanpa Nama berkata...

the writer says that the current Malays are not descendents of the ancient ppl..further quotes''-The Malays should learn from their cousins in Indonesia. Despite being the most populous Muslim country in the world, Indonesia accepts and preserves the Hindu-Buddhist past of the country. They don't live in denial"

Tanpa Nama berkata...

The above monument is definitely not a buddist neither a hindu temple. It is HIS ROYAL SWIMMING POOL attached to HIS ROYAL BATHS of the King of the ancient kingdom of MALAY BRAHMA. Merupakan senibina gabungan pengaruh Yemen, Mediteranean, South India dan Campa. Kolam begitu selalunya dibina di dalam taman larangan di mana terdapat Kolam takungan air, Kolam santai di Raja, dewan terbuka Balai Rong Seri, Istana Hinggap, Gazebo di Raja, Bangunan Istana Utama dll. Kerajaan dan Bangsa Mala di seluruh Nusaserantau menganut AJARAN IBRAHIM atau BRAHMA termasuk KERAJAAN AWAL KEDAH TUA, KERAJAAN KUTAI, KERAJAAN LOWO dll yang nyata-nyata mengamalkan acara sembelihan lembu atau sapi, sempena sambutan gantian korban Ismail, Putera Ibrahim AS. Agama hindu menganggap lembu itu dewa mereka, masakan mereka menyembelih dewa mereka pula. Sila rujuk 'Kerajaan Kutai' dan perbetulkan statement yang menyebut kerjaan kutai beragama hindu tersebut...begitu juga dengan Kerajaan Kedah Tua dan yg lainnya...SAMA SEKALI BUKAN HINDU MAUPUN BUDDHA!!! KERAJAAN MELAYU BRAHMA sebenarnya. Silakan tulis semula fakta sejarah tersebut.