Khamis, 7 Jun 2012

PANASS!! Azizan Bagi Lesen Phahrolrazi Langgan GRO?? #SaveKedah


Hoi Azizan Razak apa lagi hang nak putaq belit pasal pusat pusat hiburan semakin bertambah di Kedah ni ??

Exco hang sendiri dah cakap lebih dari 400 pusat hiburan yang beroperasi secara haram kat Kedah ni..Kalau semuanya taktau jangan jadi MB la.

Sejahtera apa macam ni kalau pusat hiburan haram pun tak boleh nak bendung..Yang aku tak faham phahrolrazi siap offer suruh ambik lesen supaya premis premis tu boleh beroperasi secara halal..Bila dah halal maknanya Pas dah menghalalkan pusat hiburan bermaharajalela di Kedah..


Apa guna pusat hiburan banyak di Kedah sedangkan majoriti rakyat Kedah adalah Melayu..tak cukup ka yang dah ada sekarang ni ?? Bila masa tah kerajaan negeri ambik berat pasal benda ni ?? kalau ambik berat takkan boleh bertambah sampai beratus ?? pertanyaan menarik dari blog MTK

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Selasa, menafikan kerajaan negeri gagal mengawal aktiviti rumah urut dan pusat hiburan seperti yang didakwa enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pada Isnin.


“Kita (kerajaan negeri) ambil berat mengenai perkara tersebut, mereka saja yang tak tau,” katanya ketika ditemui pemberita selepas lawatan ke Ladang Nenas di Bukit Tangga, dekat sini, Selasa.


Beliau mengiringi Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah melawat ladang tersebut.


Azizan diminta mengulas demonstrasi aman enam NGO itu semalam yang mendesak kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS memantau operasi dan pengeluaran lesen pusat hiburan di negeri ini.


Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai isu itu turut menyifatkan NGO terbabit tidak ada kerja lain dan hanya mahu mencari kesalahan yang dilakukan kerajaan negeri sahaja.


Ditanya mengenai memorandum 11 tuntutan yang dihantar kepadanya oleh NGO terbabit, Azizan berkata beliau tidak melihat memorandum tersebut dan tidak tahu kepada siapa memorandum itu diserahkan.


Beliau juga meminta wakil media mendapatkan penjelasan daripada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) mengenai isu tersebut.


“Dia (NGO) yang cakap, you wartawan pi periksa tengok lah… Saya bukan ketua agama. Dekat mana pusat hiburan tu bertambah?,” kata Azizan.


Antara lain, enam NGO terbabit mendakwa hanya kira-kira 300 pusat hiburan dan rumah urut yang memiliki lesen, manakala banyak lagi beroperasi secara haram selain ada yang menyalah guna lesen perniagaan mereka.


NGO yang terlibat dalam demonstrasi di hadapan Wisma Darul Aman itu ialah Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kedah, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Kedah, Persatuan Penduduk Melayu Islam (PPMI), Persatuan Ibu Tunggal Kedah, Persatuan Penjaja Melayu Islam dan Badan Generasi Prihatin Kedah. – BERNAMA

McTheory: 
Puak ni bungkuih dahh.. serabut perut wehh..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Percayalah pentadsub PAS akan kata zaman UMNO pun dah ada pusat maksiat tu. Bila PAS perintah kita ikut aje menambahbanyakkan lagi. Itupun utk org bukan islam. Hampehhhhh! 2x5=10. Belanga kata kuali hitam. Chit! cakap tak serupa bikin!

hangkedee berkata...

Ingat Pas ingat ceramah.itu yang mereka pandai.Orang lain buat semua tak betul.ceramah ceramah ceramah ceramah ceramah masuk duit ceramah masuk peteh ceramah masuk lui ceramah masuk kasi ceramah masuk money ceramah.tak caya tenguk kat pokok pokok tepi jalan penuh poster Hampas. yang mereka tau berceramah .tambah bini.

Tanpa Nama berkata...

AZIZAN AKAN KATA LAGI, AKU MANA TAU, KALAU HANG PA TAU , BAGI LA TAU. HANG PA BUKAN ADA KERJA, YANG HANG PA TAU DOK KOMPLEN SAJA. HANG PA TAU TAK ? AKU NI TAK TAHU BUAT KERJA, MCM MANA AKU NAK BUAT. EXCO2 AKU PUN NAK BUAT DUIT JUGA, AKU KASI CAN LA KAT MEREKA, KAN DUIT MEREKA DAH BANYAK MEREKA LABUR. HISSSSS PENING KEPALA AKU. KETEPI2 AKU NAK KELIK, BANYAK KEJA LAGI AKU NAK BUAT.