Ahad, 10 Jun 2012

PANASS!! Pemuda Pas Sokong BR1M? biaq betui!!

Berita dari Mstar, ulasan dari Mymassa, cilok dari Mc..

Pemuda PAS Sokong Cadangan BR1M Kedua?
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyokong cadangan kerajaan untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi pusingan kedua.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata pemberian itu merupakan sesuatu yang wajar diberi kepada rakyat dan DPPP tidak pernah memandang ringan usaha yang dilakukan oleh kerajaan itu.

"Kami tidak pernah halang dan pertikai hak rakyat daripada menerima sumbangan itu, malah orang PAS pun terima, tiada masalah. Cara ini dapat membantu mereka yang memerlukan.

"Ia juga satu cara baik bagi menyalurkan peruntukan daripada kerajaan kepada rakyat, satu asas penting dalam sesebuah kerajaan," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut di sini.

Nasrudin mengulas cadangan untuk meneruskan BR1M pusingan kedua yang telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dua hari lepas.

Bagaimanapun, Nasrudin berkata BR1M perlu diberi lebih awal dan tidak seharusnya dijadikan 'gula-gula' dalam meraih sokongan rakyat pada pilihan raya umum yang akan datang.


Nak tahu kenapa PAS sokong BR1M? Ini jawapannya.



Setiap BR1M yang Kerajaan bagi kepada ahli PAS akan dipaksa untuk derma kepada parti. Kejam tak?

*BR1M untuk tolong rakyat miskin, tapi PAS susahkan lagi rakyat miskin untuk kepentingan politik mereka.

McTheory:
Kalau kita, bagi kebajikan pada rakyat, tapi Pas rakyat bagi kebajikan pada dia..

Tiada ulasan: