Ahad, 10 Jun 2012

TUDIAA!! Gangster UMNO Pukul AJK Pemandu Bersih 2.0 Sampai parah?



Saja Mc letak tajuk tuu.. sebab apa, Mc tahu, bila ada apa-apa pun yang terjadi kat geng sebelah sana. Puak sana tu akan tuduh UMNO. Soo.. sebelum depa tuduh.. baik Mc letak sendiri.. dah bosan dah..

KUALA LUMPUR – Ahli jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 diserang lima pemuda ketika sedang jogging di Taman Kanagapuram di Seksyen 18, Petaling Jaya, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 pagi, Chin Huat Wong, 39, cedera di kepala selepas diserang menggunakan topi keledar dan ditumbuk oleh lima lelaki menaiki motosikal.

Huat Wong berkata, dia dikepung dan berlari sejauh 100 meter untuk menyelamatkan diri tetapi gagal selepas terjatuh.

“Saya dipukul bertubi-tubi dan salah seorang daripada mereka mengarahkan saya memberi wang.

“Lima pemuda tersebut beredar selepas saya tidak memberikan wang kepada mereka,” katanya.

Menurutnya, akibat serangan tersebut, dia menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Dia membuat laporan di pondok polis PPUM.

Dia yang juga pensyarah di salah sebuah universiti tempatan berkata, tidak menolak kemungkinan serangan ke atasnya bermotifkan politik kerana penyerang tidak menunjukkan kesungguhannya untuk menyamun.

Huat Wong berkata, hairan dengan tindakan penyerang kerana tidak memeriksa badannya selepas diberitahu tidak mempunyai wang walaupun dia mempunyai telefon bimbit di dalam poket seluarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunadi Mohamed mengesahkan menerima laporan tersebut.

Menurutnya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai cubaan samun dan pihaknya akan menjalankan siasatan. - SH

1 ulasan:

Unknown berkata...

akum MC, mintak tolong paut blog saya ke blog MC. blog MC sudah sedia paut. tq :)

orangpadi.blogspot.com