Jumaat, 22 Jun 2012

PANASS!! Seorang Lagi Artis Tempah Tiket Ke SYORGA Nik Aziz!! #Pasrabut


Alah bisa tegal biasa.. bila seseorang artis menyertai pembangkang, mereka akan bersungguh-sungguh mengutuk kerajaan dan UMNO. Sedangkan dahulunya, mereka hidup mewah dan bekerja dengan aman dibawah pemerintah kerajaan UMNO/BN.

Bila mereka tidak lagi laku dipasaran malah dicemari dengan aktiviti yang tidak sehat, mulalah mereka meroyan mencari pelindungan dan cara pengampunan dosa dengan pantas dan cepat. Satu cara yang amat mudah untuk 'menyucikan' dosa mereka adalah dengan menyertai Pas!

Menurut Hairie, beliau bersama-sama pelakon, Zulkifli Ismail akan menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohammad Sabu dalam satu program di Taman Melewar, Gombak 6 julai ini.


Beliau tampil dalam siri ceramah PAS di Batu Gajah bersama Leman Raja Lawak yang baru sahaja sertai PAS, semalam.


Turut menyampaikan ceramah ialah Pengarang Berita Harakah, Tarmizi Mat Jam, Setiausaha Pakatan Rakyat Perak, Dr Khairuddin Abdul Malik dan Bekas Setiausaha Dewan Negara, Salleh Bakar.


Dalam ucapan sulungnya di pentas PAS, Hairie berkata, faktor mendorongnya untuk menyertai PAS ialah atas kesedarannya sendiri.


"Tidak sesiapa yang mempengaruhi dan memaksa saya masuk perjuangan ini tetapi atas kesedaran saya sendiri," katanya di hadapan ratusan hadirin.


Katanya, ramai artis yang menyokong BN kerana untuk mencari 'makan' dan meneruskan karier dalam bidang hiburan.


Anak kelahiran Negeri Kedah ini sangat kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapha Mohamad yang mendakwa artis yang menyertai PAS ini bukanlah untuk berdakwah sebaliknya untuk berpolitik.


"Kenapa jika artis yang tidak sealiran dengan mereka dihina dan dijadikan isu sedangkan yang menyertai Umno tidak pula dibangkitkan?


"Saya telah memberikan komen tentang kenyataan menteri itu di facebook dan ramai yang menyokong komen saya itu," jelasnya.


Hairie berkata, ramai yang memberi sokongan kepadanya selepas komen-komennya dalam laman facebook seolah-olah pro kepada pembangkang.


"Ramai yang memberi sokongan dan mengajak saya sertai PAS dan hari ini, hari bersejarah saya berucap pertama kami dipentas PAS," katanya dalam nada gembira.


Beliau mengakui tindakan ini akan memberi kesan kepada karier lakonannya namun beliau sanggup menghadapinya.


"Kalau saya fikir dunia, saya tidak akan membuat keputusan menyertai perjuangan ini namun saya sanggup menerima risiko kerana yang memberi rezeki bukannya BN tetapi Allah ," jelasnya.


Hairi menjelaskan, umat Islam perlu mengetahui serta mengakui politik dan Islam tidak boleh dipisahkan.


Oleh itu, katanya Umat Islam perlulah menyokong parti yang memperjuangan Islam iaitu PAS dan menolak parti yang memperjuangkan assobiyyah.


"Saya akan bersama-sama membantu dalam misi menawan Putrajaya dan saya sanggup untuk turun ke seluruh negara untuk bantu berkempen dan memberi ceramah kepada rakyat," jelasnya.

Hairie Othman ni pernah ditangkap khalwat bersama dengan dua wanita disebuah Hotel di Langkawi satu ketika dahulu. Malah selepas dia ditangkap khalwat, imejnya teruk terjejas dan kerjayanya sebagai pelakon turut terjejas. Mungkin disebabkan demikian, Hairie memilih jalan mudah untuk ke syurga, dengan menyertai Pas.

Tengok video dibawah apabila seorang pemaksiat cuba untuk mencuci dosanya!


Bagi Mc, memang sesuai Hairie memilih Pas untuk bernaung. Disebabkan Pas dan Pakatan Haram memang tempat mengumpul para pemaksiat untuk bekerjasama dan mencuci dosa.


McTheory:
Berebut depa nak jumpa Nik Aziz untuk ambil tiket ke syurga!! he he..

2 ulasan:

femes berkata...

ha ha, dia cakap nak bantu berkempen. tapi dia tak cakap, mesti kena bayar lah, bukan free. mamat ni dah tak laku sebab kes khalwat. tak ada pilihan selain dari terjun lombong masuk pas.

Tanpa Nama berkata...

habis tu nak terus bergelumang dalam tong taik?
berapa ramai manusia tak sedar sampai ajal, alangkah celaka. tunggulah malaikat maut datang mengajak, masa tu meraung tak guna sekepeng. firaun pun cakap besar, sebelum nak mampos dalam laut, baru tersentak. rajin rajinlah duduk tepi orang tengah nazak, ada beza kawan ooi..