Rabu, 27 Jun 2012

TUDIAA!! Azizan dan Taulan ada Syer dengan Taukeh Kelab Hiburan ka?? #TukarKedah


Tak habis-habis kisah Pusat Hiburan Baru di Kedah. Lepas satu kes, ada pulak kes yang timbul. Kata nak buat negeri Kedah ni negeri ISLAM. Tapi makin lama dok tengok makin kelam la pulak!!

Baca kisah menarik yang di bawa oleh DUKE mengenai pentadbiran Pas Kedah yang cuba 'menghalalkan' pusat hiburan!

Baru-baru ni MB Kedah, Azizan Razak kata Kerajaan PAS Negeri Kedah ada luluskan 4 lesen PUSAT HIBURAN BARU di negeri jajahannya. Kononnya, masa nak buka tu tiada bantahan dari sesiapa...

Aku nak tanya Azizan...dia sendiri selaku MB yang kononnya "buat kerja cara Islam", dia tak bantah ke pusat-pusat hiburan ni dibuka? Beri lesen pusat hiburan banyak-banyak tu buat kerja cara Islam ke? Atau cara "agama PAS"?

Lebih pelik, Azizan sendiri mengaku tentang pusat hiburan yang baru kat Tesco Mergong tu, dia kata dia tak tauuu...

Aku nak tahu apa yang Azizan tahu? Lagipun, Mufti Kedah pun dah tegur pasal pusat-pusat hiburan di Kedah yang makin banyak tumbuh di seluruh negeri, khususnya di kawasan bandar...


Lagi satu, aku nak tanya Exco Agama kat Kedah ni, Taulan Rasul. Dalam masa 3 tahun, dia kata dia tak pernah luluskan lesen pusat hiburan. Empat lesen yang baru keluar tu apa benda? Kenapa dia tak bantah? 

Exco Agama apa lagu tu..??? Taulan redha ke kalau bukak pusat hiburan depan rumah dia?

Aku rasa, Kerajaan PAS Kedah ni nak jadi negeri ni macam negeri yang dipimpin DAP dah. Aku nak tanya, kat Kedah ni golongan mana yang majoriti? Umat Islam atau bukan Islam?

Takpa lah Azizan. Hari ni kat dunia, boleh la buat apa saja. Esok nanti menjawab la dalam kubur...


McTheory:
Depa ada syer kot.. sebab tu dok biaq saja..

1 ulasan:

Awanama berkata...

PAS Celaka..

Mufti Kedah pun sama pi sokong MB Laknat tu dlm hal roboh Madrasah.. Mufti tidak menjiwai ruh Islam.. nah skrg Allah buka aib masing2

masing2 letak keuntungan dunia dan soal perut shj.. akhirnya umat Islam dan kemuliaan Islam jd mangsa.. ditakui bala Allah turun!!