Selasa, 5 Jun 2012

TUDIAA!! Pemimpin Pas Sanggup Makan Babi dengan Dap?? - Hasan Ali



Pas ganti UMNO? kah kah kah.. Pas nak ganti UMNO? Lawak ehh.. parti Katak Hijau SeMalaysia nak gantikan UMNO sebagai tulang belakang kerajaan? Perkara ni lagi lawak dari Super Spontan.

Pas parti Melayu yang mengaku terlebih ISLAM dari orang lain semua, kemudian Pas parti yang tidak pernah ada telur untuk menegur Dap jika hukum Islam di langgar. Kini berani cakap untuk mengantikan UMNO? Dah kena sawan babi ka apa puak Pas ni?

SEGAMAT - Pas perlu cermin diri dan mengukur baju di badan sendiri terlebih dahulu sebelum berangan-angan untuk menggantikan UMNO sebagai parti utama orang Melayu dan Islam di negara ini.


Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, parti tersebut tidak layak menjadi pengganti UMNO kerana tidak mempunyai kekuatan dan hanya berperanan sebagai 'pak turut' dalam pakatan pembangkang.


"Saya tidak fikir Pas boleh lakukan (Pas ganti UMNO) kerana bilangan kerusi Pas tidak mencukupi untuk menggantikan UMNO. UMNO adalah tulang belakang Barisan Nasional (BN), ini berbeza dengan Pas kerana sudah tentu tidak boleh menjadi tulang belakang pakatan pembangkang.


"Sebab kedua ialah Pas hanya pengikut, dia bukan di depan atau di kiri atau kanan tetapi di belakang DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya kepada pemberita selepas majlis Wacana Minda Islam di Dataran Segamat, di sini malam tadi.


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sempena Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Alor Setar, Kedah kelmarin, menyatakan kesediaan parti itu menggantikan UMNO sebagai parti utama masyarakat Melayu dan Islam di negara ini.


Hasan yang juga bekas Exco Selangor berkata, berbeza dengan kedudukan UMNO yang diterima dan diiktiraf MCA dan MIC, Pas sebenarnya hanya dipergunakan untuk kepentingan pakatan pembangkang.


"Jadi macam mana nak tandingi UMNO kerana Pas hanya jadi parti di belakang. UMNO sudah lama di depan dalam BN dan hakikat ini diterima MCA dan MIC. Pas hanya menyusur di akar, yang tegak menjadi dahan dan batang ialah DAP dan PKR," katanya.


Beliau berkata, Pas juga tidak mempunyai pengalaman, ilmu dan kemahiran dalam mengurus negara dan ia dibuktikan di negeri yang kini ditadbir oleh parti itu.


Mengenai kemampuan BN menawan semula Selangor, beliau berkata, strategi yang harus digunakan adalah meletakkan 60 peratus muka baru dan jika itu tidak dilakukan, peluang menawan semula negeri tersebut adalah tipis.


Terdahulu dalam ceramahnya, Hasan mendedahkan semasa beliau menjadi pemimpin Pas, seorang pemimpin tertinggi parti tersebut pernah menyatakan 'sanggup makan babi' bersama pemimpin DAP daripada makan ayam bersama Perdana Menteri sebagai kiasan menolak kerjasama dan perpaduan antara UMNO dan Pas yang dicadangkannya.


Beliau berkata, kata-kata itu jelas menunjukkan Pas tidak akan bekerjasama dengan UMNO berbanding keikhlasan UMNO menerusi Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedia menerima kerjasama dan perpaduan antara dua parti Melayu itu. - Utusan

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan Empunya Blog,
mohon di link www.dtubes.tv
dengan blog tuan ini.

Terima Kasih
Che Chu Bidin

Tanpa Nama berkata...

Ang nie duk tudia-tudia ap pasai!! Tau la ang tu balaci BN pun tp jngan la duk sebar berita buhung ang ADMIN aku rsa boleh join la HASAN ALI angpa bwat parti baru ap mcam..??