Isnin, 25 Jun 2012

TUDIAA!! Phahrolrazi Aniaya Azizan Mengenai Kes Kelab Maksiat!! #TukarKedah


Ternyata tuduhan timb YDP Pas Alor star (zulkifli yahaya) yang juga penulis blog kedahla yang menyalahkan segelintir pegawai kerajaan negeri kerana tidak mengambil tindakkan kepada pengusaha pusat pusat hiburan sekadar mahu menutup kelemahan pentadbiran Pas Kedah semata mata.

Setiap kali isu pusat hiburan didedahkan pelbagai alasan tidak masuk akal diberikan,selain itu juga banyak penafian dibuat oleh exco yang terlibat seolah olah mahu melepaskan diri dari di hentam oleh rakyat..

kenyataan exco



MTK hanya mampu tersenyum melihat dua orang exco yang saling menunding jari kepada pihak lain sedangkan mereka yang terlibat dalam meluluskan lesen pusat hiburan..Sebagai exco yang bertanggungjawab dalam urusan PBT,Phahrolrazi sepatutnya tampil berhadapan dengan isu besar ini..Jangan hanya menunding jari kepada pihak lain semata mata mahu melepaskan diri..

Kenyataan Phahrolrazi baru baru ini juga menafikan PBT mengeluarkan lesen pusat hiburan sedangkan MB sendiri mengakui Kerajaan Pas Kedah telah meluluskan lesen bagi premis hiburan beroperasi..Yang peliknya EXCO yang bertanggungjawab masih tidak tahu kelulusan premis hiburan dibawah portfolionya..lihat carta dibawah

struktur organisasi pemerintahan exco atau ahli mesyuarat negeri adalah yg bertangong jawab dlm soal apa yg berlaku di dlm kedah diatas dasar amanah yg telah di berikan

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengesahkan kerajaan negeri baru-baru ini mengeluarkan empat lesen baru kepada pengusaha pusat hiburan.
Azizan berkata, kerajaan negeri tidak boleh menghalang rakyat negeri ini untuk berhibur tetapi perjalanan pusat berkenaan adalah dalam kawalan pihak berkuasa tempatan.

“Kita bagi lesen untuk hiburan tetapi di bawah kawalan kerajaan negeri termasuk kawalan keselamatan, tatasusila dan sensitiviti kaum…” katanya ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang mendakwa kemunculan pusat hiburan ‘secara berleluasa’ di negeri ini. Azizan berkata, untuk rekod di Alor Setar hanya empat pengusaha pusat hiburan itu dalam proses untuk memulakan perniagaan dan mereka diberikan lesen baru.

Selebihnya adalah pusat hiburan yang hendak aktif semula selepas lama tidak beroperasi.
Azizan tidak pula menyatakan jumlah pusat hiburan yang kembali aktif.
Azizan berkata, semua pengusaha berkenaan akan diberi taklimat minggu depan mengenai etika perjalanan dan operasi pusat hiburan mereka.

Taklimat ini turut disampaikan pihak berkuasa tempatan dan polis.
“Kita akan panggil semua pengusaha pusat hiburan yang lama dan baru, tidak adil kalau kita bertindak terus, tetapi jika (selepas ini) mereka melanggar peraturan dan syarat ditetapkan, kemudian baru kita bertindak,” katanya.

Diminta mengulas mengenai dakwaan wujudnya pusat hiburan baru terbesar di Mergong, Azizan berkata beliau tidak tahu tentang kewujudan pusat itu.
- BERNAMA

Jadi kenyataan mengelirukan yang dibuat oleh MB dan Exco menunjukkan Pentadbiran Pas Kedah sekarang bercelaru..Setiap kali isu isu besar timbul seperti biasa pas akan menuduh UMNO punca semua ini,sedangkan mereka yang mentadbir negeri..

Bila diasak dengan dengan wartawan, jawapan pertama yang akan keluar mesti ada sangkut paut dengan kerajaan BN yang lalu..Jadi tak guna lah pas memerintah jika tiada perubahan dasar yang berlaku dalam pentadbiran sekarang..Sedangkan sebelum ini pas sudah berjanji akan melakukan banyak perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri..

Isu pusat hiburan ini juga membuatkan pengikut pas tidak senang duduk dalam ruangan komen Facebook..Kebanyakkan mereka marah dan tidak puas hati dengan sikap Phahrolrazi yang menunding jari kepada pihak lain sedangkan mereka tahu phahrolrazi terlibat...

Medan Tempur Kedah

Tiada ulasan: