Ahad, 8 Julai 2012

GEMPAR!! Betina Gila yang Dera Anaknya Dulu Minta Di Berikan Peluang Kedua!!

Gambar ketika dia sedang mendera anaknya..

“Saya terima hukuman ini dengan ikhlas. Malah, kalau lebih berat pun tidak mengapa…” kata Ika (bukan nama sebenar), wanita yang video rakaman penderaan terhadap anaknya telah tersiar dengan meluas menerusi media.

Video 4 minit 19 saat itu menjadi bukti jelas sikap negatif seorang yang bergelar ibu terhadap anaknya.

Semasa video itu tersebar dengan meluas menerusi media, Ika sedang menerima hukuman setimpal terhadap perbuatannya.

Dia yang telah dibebaskan dari Penjara Kajang baru-baru ini mengakui insaf dengan perlakuan yang dilakukannya dan mengaku telah bersifat seperti orang bodoh apabila bertindak kasar terhadap bayi berusia setahun yang juga anak kandungnya.

“Pada hari kejadian, saya dan anak dihalau dari rumah oleh kenalan yang menumpangkan kami berdua.

“Bekas teman lelaki pula menghantar pelbagai mesej (SMS) menyakitkan hati,” kata Ika memetik dari laporan Harian Metro hari ini.

Ujarnya, dia turut berasa seperti hilang pertimbangan dan umpama dikuasai oleh syaitan ketika hari kejadian itu.

“Saya terima apa saja yang berlaku, tapi saya harap masyarakat tidak terus menyalahkan saya bulat-bulat,” katanya lagi.

Justeru, wanita itu memohon kepada ibu angkat kepada bayi tersebut dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya diberi peluang untuk berjumpa dengan anaknya semula.

Namun, jika dinilai semula video tersebut, jelas menunjukkan Ika memberi seluruh amarah dirinya kepada anaknya yang tidak faham apa pun ketika itu.

Seolah-olah anaknya dijadikan mangsa dek masalah perhubungan dia dengan bekas teman lelakinya.

Ketika anak yang masih kecil itu memerlukan kasih sayang darinya, dia sibuk dengan masalah melibatkan jantan lain.

Adakah layak bagi seorang wanita yang pernah berkelakuan sebegitu terhadap anaknya untuk diberi peluang kedua?

Apakah jaminan yang boleh kita dapat yang wanita ini telah insaf? Takut insafnya hanya di hadapan wartawan yang datang berjumpa.

Perempuan jenis ini senang cakap, makan tak cukup takpe, tapi boyfriend kena ada.

Kalau anaknya dikembalikan, nanti datang teman lelaki baru, ada masalah, bukankah aksi ‘menyepak’ anaknya boleh berulang lagi.

Ramai mak bapak yang makan tak cukup, serba kekurangan, tapi anak itu jangan kata dijentik, marah pun tidak.

Dia sudah diberikan peluang untuk menjadi ibu sekali, dia musnahkan, perlukah dia diberikan peluang lagi sekali?

Apa yang kita tahu, anaknya lebih selamat dan lebih bahagia di samping ibu angkatnya.

Perlukah raksasa yang lebih mementingkan kasih sayang teman lelaki ini mendapat kembali anaknya?

Pandangan peribadi penulis, yang nyata dipengaruhi emosi, DIA TIDAK LAYAK.

Apa kata anda? Sumber cerita Mc ambil dari SINI

Pada yang belum pernah mengikuti cerita ini, Mc akan syorkan anda semua boleh klik kat SINI

Mc cuba mencari kembali video penderaan tersebut, namun semuanya telah dibuang oleh pihak You Tube. hmm..



McTheory:
layakkah dia diberi peluang kedua? huh!!

Tiada ulasan: