Sabtu, 7 Julai 2012
PANASS!! Kenapa Islam Larang Setubuh Isteri Dari Belakang?
Haa..Bagi korang yang teringin nak melayari bahtera rumah tangga tu, boleh la ambil informasi ni sebagai satu pengetahuan dalam kehidupan seks korang nanti..Bukan apa, mungkin ada antara korang yakni lelaki yang teringin nak cuba-cuba masuk ikut "pintu belakang" ni kan? Mungkin selepas membaca informasi ni nanti, korang akan fikirkan "rancangan" korang tu semula..Apa-apa pun, meh baca dulu cerita kat bawah ni..
Imam Syafie berkata dari Khuzaimah bin Thabit, "Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang menggauli isteri dari belakang (dari arah dubur). Rasulullah S.A.W menjawab: "Itu halal". Apabila orang itu hendak pulang, Rasulullah S.A.W memanggilnya dan bertanya: "Apa yang kau tanyakan tadi? Pada lubang mana antara dua lubang? Pada lubang yang mana? Pada yang mana? Apakah dari belakang (tapi) farajnya? Itu memang halal, ataukah dari belakang duburnya? Maka itu tidak boleh (haram). Sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran, janganlah menggauli wanita dari duburnya."
Menurut Ibnu Qayyim, larangan berjimak melalui dubur kerana:-
1. Tempat terjadinya janin pada rahim dan bukannya dubur, iaitu tempat najis.
2. Isteri tidak dapat haknya menikmati jimak sepenuhnya.
3. Dubur diciptakan oleh Allah bukan untuk disetubuhi.
4. Air mani tidak dapat keluar sepenuhnya.
5. Ia menyakitkan wanita kerana jauh daripada tabiat semula jadi.
6. Mendatangkan fobia kepada pasangan.
7. Merosakkan jiwa kecuali bertaubat.
8. Wajah tidak berseri.
9. Mewarisi kehinaan dan kerendahan diri.
10. Menimbulkan kebencian.
Sedangkan Pas menghalalkan perbuatan yang haram ni. Pas membenarkan ahlinya meliwat isteri, sedangkan Rasulullah sendiri melarang keras umatnya berbuat demikian.
Sebagai umat Islam yang mana kita nak ikut? Islam Rasululah SAW, atau Islam songsang Pas Nik Aziz?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Kok ye pun nak bertazkirah, tajuk tu biar betul..kan dah menunjukkan kebodohan tu..dari belakang Islam tak larang pun..ianya halal tapi mesti masuk ke faraj bukan dubur.yg dilarang ialah setubuhi isteri melalui dubur.dah cerdik sikit dah???lps ni bg tajuk biar bijak yerrrr...kikikikiki
Tanpa Nama 1156,dari tajuk tu la suruh org baca artikel,kalo tajuk poyo sape nak bace?ko tu yg bijak sikit ye,bahalol,tq!
Betul!..tajuk mestilah boleh menarik kepada ingin tahu...kalo tak...biasa saja...tak nak ambik tau pon ... artikal yg bagus...untuk peringatan..uztaz-ustaz PAS pon sekarang dah tak berapa nak cerita...cuma ingat nak jadi keladai DAP je..
Kalo jimak dubur, same je jimak dgn pondan. Ish3... Aib sungguh
Catat Ulasan