Sabtu, 28 Julai 2012

PANASS!! Tun Dr Mahathir BIDAS DAP Adalah RASIS!!



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata golongan pembangkang khususnya DAP akan menggunakan label ‘rasis’ kepada golongan Melayu apabila mereka berusaha mempertahankan bangsa mereka.

Menurutnya, label itu sengaja dibuat untuk melindungi satu hakikat utama iaitu golongan yang menuduh rasis itu sebenarnya pengamal sikap rasis untuk melindungi bangsanya sendiri.

“Saya dapati pihak parti lawan terutamanya DAP telah berjaya mengalihkan (konsep) perjuangan kepada kepentingan bangsa kepada kepentingan yang tidak berasas kepada bangsa..kepada sesiapa yang bercakap berkenaan bangsa akan dicap sebagai rasis”.

“Malangnya orang Melayu terbawa-bawa dengan kemungkinan mereka dicap sebagai rasis…(sehingga) dengan itu mereka tidak nampak bahawa orang yang menegur yang berkata mereka rasis, (sebenarnya) mereka sendiri adalah rasis, sebab itu mereka membuat teguran.

“Mereka membuat teguran itu untuk kepentingan bangsa mereka, tetapi kerana orang Melayu tidak begitu berani ataupun tidak begitu bijak untuk menunjuk perasaan terhadap orang menegur ini, maka kita sampai kepada satu tahap, kita tidak berani bercakap berkenaan orang Melayu kerana kita takut buat satu kesalahan.

“Inilah yang jadi satu masalah sekarang ini. Ini adalah satu dilema Melayu yang baru” - AIDC



McTheory:
Dap sudahla rasis, Harbi pulak tu..

Tiada ulasan: