Dalam sidang media Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang menunjukan dasar perumahan yang cuba di perbaharui Kerajaan Negeri telah menyekat orang luar dari Kedah membeli rumah di Kedah.
Jadi lepas ni kalau siapa-siapa kad pengenalan selain dari 02 tidak akan di layan untuk memiliki rumah di Kedah sekiranya dasar perumahan baru di luluskan dalam sidang DUN.
Ternyata niat yang cuba di lakukan Azizan Razak hanyalah menyusahkan rakyat di Kedah yang bukan anak jati Kedah.
Selain itu salah satu punca lain yang mendorong Azizan Razak mahu menyaman Tan Keng Liang, adalah pendedahan kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji dalam manifestor PRU 12 akan membina rumah mampu milik dan rumah kos rendah di sekitar kawasan Jitra dan Alor Setar.
Akibat kegagalan kerajaan negeri melalui anak syarikat kerajaan negeri dalam pembinaan rumah mampu milik dan rumah kos rendah, kerajaan negeri terpaksa memberi projek perumahan kepada syarikat perumahan swasta dan di sebabkan itu harga rumah meningkat tinggi sehingga menyusahkan golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah memiliki rumah seperti yang di janjikan pada PRU 12 akan meringgankan beban rakyat.
Media Kedah
1 ulasan:
takkan org kedah masih nak setia dan sokong kerajaan yg berpengalaman hanya sebagai pembangkai kot...tolong la matangkan fikiran demi masa depan anak2 dan cucu cicit...
pejuang hamas...
Catat Ulasan