Video youtube Monorel rosak dan terkandas di Brickfields KL Selama 2 Jam ini telah membuatkan ramai penumpang panik. Ada yang pengsan akibat kekurangan osigen dalam tren monorel tersebut. Dalam kejadian berlaku jam 2 petang, kira-kira seramai 183 orang penumpang yang berada didalam monorel yang rosak dan terkandas tiba-tiba itu terpaksa menunggu selama sejam sebelum tiba bantuan dari pihak bomba untuk menyelamatkan mereka.
Petikan Akhbar UTUSAN MALAYSIA
Tren tersebut dipercayai hilang kuasa akibat terlebih muatan lalu terkandas. Tren dua gerabak itu yang bermula dari Stesen KL Sentral bergerak dari Stesen Tun Sambanthan selepas mengambil penumpang. Bagaimanapun, tidak sampai 100 meter selepas stesen itu. Seorang wanita yang hamil empat bulan mengalami sesak nafas manakala dua penumpang lain cedera ringan akibat terkena serpihan kaca kerana cuba memecahkan kaca tren tersebut dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.
Seorang penumpang, Muhaimi berkata, gerabak itu yang dalam perjalanan dari KL Sentral ke pusat bandar raya tiba-tiba terkandas menyebabkan semua penumpang terperangkap.
“Kami bagaikan berada dalam ketuhar dan sukar bernafas,” kata Mohd Muhaimi Azraie, 15, menceritakan detik cemas dia dan 182 penumpang terperangkap lebih sejam dalam gerabak KL Monorel yang terkandas berhampiran Kompleks Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) Brickfields.
“Ada beberapa penumpang menjerit apabila monorel terhenti tiba-tiba dan saya dapat rasakan gerabak itu senget.
“Pada masa itu, saya lihat pemandu monorel itu sibuk memeriksa kerosakan, tapi selepas lebih 20 minit, dia masih gagal membaikinya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Menurutnya, keadaan menjadi semakin buruk apabila ada penumpang menangis dan mengalami sesak nafas malah ada yang pengsan.
“Kami bernasib baik apabila anggota bomba dan penyelamat datang membantu mengeluarkan kami,” katanya.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat, Ahmad Zaidi Safuan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.19 petang memaklumkan ada mangsa terperangkap dalam gerabak monorel.
Berikutan itu, katanya, sepasukan 47 anggota bomba bersama enam jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan tiba kira-kira 10 minit kemudian bagi menjalankan operasi menyelamat.
“Tindakan pertama kami ialah menghantar anggota ke atas untuk memecahkan tingkap gerabak bagi membolehkan udara masuk dan mengurangkan kepanasan.
“Seterusnya, kami menggunakan tangga cakera putar (TTL) untuk menurunkan mangsa dari landasan pada ketinggian kira-kira 25 meter.
“Operasi ini sebagai berjaya kerana tidak mengalami sebarang kesukaran, malah pihak pengurusan monorel turut memberi kerjasama,” katanya.
Katanya, seramai 63 mangsa dikeluarkan anggota bomba, manakala 120 penumpang lagi dipindahkan ke Stesen Monorel Tun Sambanthan yang terletak kira-kira 200 meter dari tempat kejadian oleh Pasukan Kecemasan KL Monorel.
“KL Monorel mempraktikkan segala prosedur kecemasan yang dipelajari dalam latihan bersama kami sebelum ini bagi menghadapi kemungkinan,” katanya.
Katanya, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan, namun tidak menolak kemungkinan ia berpunca dari masalah teknikal.
Video Monorial rosak boleh dilihat dibawah,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan