Khamis, 30 Ogos 2012

PANASS!! Pelajar Tahfiz Pro Pembangkang Pukul Orang Sampai Mati?

hiasan semata

Mengejutkan kerana pelajar sekolah agama boleh membelasah seorang dewasa sehingga mati? Hukum apa yang mereka guna pakai hingga boleh mengambil tindakan undang-undang sendiri? Penceroboh terbabit hanya mencuri, tidak bolehkah mereka tangkap dan serahkan pada polis? Jika keadaan seperti ini berlaku dipihak polis. Akan ada peguam atau wakil dari Dap atau Pakatan Haram yang datang membela nasib si mati. Bagaimana pula dengan kes ini?

Siapa pula nak bela si pencuri yang mati dipukul oleh pelajar tahfiz disekolah agama yang sememangnya Pro Pas ni?

ALOR SETAR- Seorang lelaki berusia 35 tahun yang memecah masuk asrama sebuah sekolah agama swasta di Jalan Sultanah di sini hari ini, mati setelah dibelasah sekumpulan pelajar lelaki sekolah itu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, suspek, seorang penagih dadah, dikatakan memecah masuk asrama itu dan mencuri telefon bimbit dan sebuah beg, tetapi disedari oleh sekumpulan pelajar yang kemudiannya bergelut dengan lelaki itu untuk menangkapnya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata pergelutan antara kumpulan pelajar berusia awal 20-an dengan suspek, menyebabkannya mengalami kecederaan dalaman dan patah tulang rusuk kiri.

Beliau berkata suspek yang dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk mendapatkan rawatan disahkan meninggal dunia kira-kira 2 petang.

“Satu laporan polis mengenai kejadian tersebut dibuat oleh pelajar terbabit dan masih menunggu laporan hasil bedah siasat terhadap suspek,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Adzaman berkata berdasarkan rekod, suspek mempunyai empat kes jenayah lampau iaitu pada tahun 2006 termasuk satu kes curi dalam kediaman.

Katanya setakat ini polis belum menahan mana-mana pelajar untuk memberi keterangan sehingga keputusan hasil bedah siasat ke atas suspek diperoleh. -Bernama


McTheory:
Takkan Majlis Peguam nak tengok saja kot?

4 ulasan:

CIFUT berkata...

Itu lah HUDUD cara PAS.
Klu kena kat derang, mencuri pun dihukum mati, tp klu kena kt kerajaan BN bagi duit BRIM pun dikatanya zalim.

Abdul Haris berkata...

Lailaha'ilallah....
Knpe benda cmni pun dipolitikkan?? Sy pnyokong tegar UMNO okay, tp sy x mlampau mcm kamu semua. Tolonglah...kalo bende tu jd kat tmpt korang cmne? Org curi henpon korang then kalo dpt msti korg nk pukul kan??? Xkanlah nk biarkan cmtu aje? Ikotkan ati mmg sy da mencarut kat sini, tau x? Pliz la....tolg jgn politikkan sumer benda.

Lg 1, hina sgt ke plajar tahfiz??? Kalo dpandang dr sudut lain, mereka lg mulia dan lebih berilmu dr kita. Kita ni dunia lbih tp akhirat takde. Malu lah!!!

Abdul Haris berkata...

mcm awk taip kat sini, komen ikot akal bukan hati. Tp sy rasa ape yg awk update ni, akal xde hati pun xde! Sbb, cube fikir kalo bnde tu jd kat awak, mungkin awk akan mlakukan hal yg same dgn plajar tahfiz trsebut. Mereka pun manusia biasa. Ade prasaan mcm kita. BUKANNYA HIDOP DORG HABISKAN MASA DGN HADAP QURAN DAN MEROYAN PASAL POLITIK!!

Cube pakai akal n hati then buat ksimpulan. Haketuihh la ko nih!!

Kan x pasal2 aku da start mroyan.

Abdul Haris berkata...

mcm awk taip kat sini, komen ikot akal bukan hati. Tp sy rasa ape yg awk update ni, akal xde hati pun xde! Sbb, cube fikir kalo bnde tu jd kat awak, mungkin awk akan mlakukan hal yg same dgn plajar tahfiz trsebut. Mereka pun manusia biasa. Ade prasaan mcm kita. BUKANNYA HIDOP DORG HABISKAN MASA DGN HADAP QURAN DAN MEROYAN PASAL POLITIK!!

Cube pakai akal n hati then buat ksimpulan. Haketuihh la ko nih!!

Kan x pasal2 aku da start mroyan.